Monday, March 28, 2011

Percutian ke Bukittinggi Pt 3

Kota Padang

Perjalanan diteruskan menuju ke Kota Padang yang mengambil masa lebih sejam dari Padang Panjang. Sampai di Kota Padang kami singgah makan tengah hari di Restoran Sederhana iaitu sebuah restoran masakan khusus Padang.



Satu perkara jika makan nasi padang di sini ialah kita akan dihidangkan dengan segala jenis lauk yang ada di restoran tersebut. Kadang-kadang boleh mencapai lebih dari sepuluh jenis lauk. Caj akan dikenakan bagi setiap lauk yang dimakan walaupun sedikit. Jadi kalau tidak mahu dicaj mahal jangan sentuh lauk-lauk yang kita rasa tidak perlu. Minuman yang dihidangkan biasanya ialah air teh tawar.


Ada sahabat blogger yang mencadangkan untuk mencuba makan sate Padang apabila ke sini. Jadi kami cuba memesan sedikit sate lembu. Memang berlainan sekali rasanya dari segi daging yang diperap dan kuahnya. Memang tidak kena langsung dengan selera semua ahli rombongan kami. Cukuplah merasa secucuk seorang.

Sate Minang

Kesan Gempa Bumi di Padang

Masa yang ada di Padang agak terhad kerana kami cuba untuk sampai di Bukittinggi sebelum waktu malam. Jadi kami meminta pemandu kami, Pak Bobi untuk membawa kami  meronda-ronda sekitar kota Padang untuk melihat kesan-kesan runtuhan akibat gempa bumi yang berlaku pada tahun 2009. Gempa berskala 7.6 Richter ini berpusat 57 km barat laut bandar Pariaman pada kedalaman 71 km. Bandar Pariaman terletak kira-kira 60 km dari Padang.






Menurut pemandu kami, kesan kemusnahan akibat gempa bumi itu seakan mempunyai jaluran tersendiri. Ada sebaris bangunan yang musnah dengan teruk sedangkan bangunan bersetentang dengannya kelihatan seperti tidak terjejas langsung. Masa yang diambil agak panjang untuk membangunkan semula kota Padang seperti keadaan sebelum kejadian.

19 comments:

  1. pasal mie satay dia tak sodap ko...nampak semuanya cam sodap yo..hehehe..kalau aku makan tu tak lepas jalan laa jawab nya...hehehehe..

    ReplyDelete
  2. azmnor: Satenya mungkin OK, cuma kuahnya yg tak tahan... kureng sikit...

    ReplyDelete
  3. sate minang ler power bro , kalau tak silap aku dalam salah satu gambar tu hotel bumi minang kan? aku biasa duduk situ , dah hancur rupanya.mmg dah tutup terus ke hotel tu?

    ReplyDelete
  4. xplorer: memang tekak saya tak dapat menerima sate minang tu...
    Hotel tu memang hotel Bumiminang, rasanya tidak dapat diselamatkan kerana strukturnya nampak rosak teruk, dipagar dan tidak kelihatan kerja-kerja pemulihan.

    ReplyDelete
  5. saya mmg selalu gak ke indon ni.kalau shopping tu prefer bandung/jakarta.the best bagi saya.Kat padang/bukit tinggi ni lebih kepada kain2 sulam dan budaya minangkabau.have u been to palembang? terkejut tgok batik/songket mereka..cantik sungguh.

    ReplyDelete
  6. Hani: Saya pernah ke Palembang, ada la beli barang sikit barang kat pasar Ilir tu..

    BW ke posting:~Palembang~ TQ

    ReplyDelete
  7. Mohamadazhan: Bagi sesetengah orang mungkin sedap sate tu, tapi saya tak jalan sangat la..

    ReplyDelete
  8. akak dan hubby kuat makan(tgok body laa...hehehe)kemana jua kami pergi, mesti nak cuba taste baru.kalau jumpa tempat makan best2 tu khabarkan lah..nak juga cuba, tak kira lah dlm atau luar negara.

    ReplyDelete
  9. Pn Hani: Sila masuk ke link kategori makan-makan. Ada la dua tiga tempat yang saya pergi..

    ReplyDelete
  10. walaupun banyak, tapi sedap2 gak rasanya...terutama ayam kampung goreng...

    ReplyDelete
  11. Fadzli: Saya rasa ayam kampung yg digunakan ialah ayam muda, sbb tu kecil, lembut dan sodap...

    ReplyDelete
  12. menariknye percutian u ni. saya bercadang nk pegi sane bulan 9 ni.bole x bagi saya email or contact no agent/guide yg bole saya hubungi

    ReplyDelete
  13. Pn hidayahjaz: Puan boleh hubungi no hp ini +628126697001 (Ida) untuk penyewaan pengangkutan dan hotel. Tiada email kerana agen ini adalah kenalan kpd ipar saya... TQ

    ReplyDelete
  14. Salam.

    bole saya tahu, kos pengankutan n hotel berapa ye?
    InsyaAllah bulan 1 2013 saya akan ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaaf, semuanya diuruskan oleh adik ipar...
      Hotel agak murah, boleh dapat <RM100...

      Delete
  15. Nak bercuti ke Padang Bukittinggi? Kami uruskan untuk anda semuanya.Urusan dijalankan di Malaysia.Jimat dan mudah.
    Lawati blog kami di:

    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...