Tuesday, March 22, 2011

Percutian ke Bukittinggi Pt 1

Hari Pertama - Pekanbaru ke Bukittinggi

Biasanya kalau hendak ke Bukittinggi orang akan memilih untuk mendarat di Padang, Sumatra Barat kerana ianya lebih hampir. Rombongan kami pula memilih untuk mendarat di Pekanbaru, iaitu di dalam wilayah Riau. Pergi bersama keluarga adik ipar, rombongan kami adalah seramai 9 orang. Berlepas dari LCCT pada jam 4.00 petang dan sampai di Lapangan Sultan Syarif Kasim II Pekanbaru pada jam 3.50 petang waktu Indonesia (perbezaan waktu adalah satu jam).

Melalui autogate imigresen LCCT KLIA dengan lancar.

Lapangan terbang ini sedang dalam proses pembesaran dan pengubahsuaian jadi keadaannya agak kurang teratur. Balai ketibaan antarabangsa yang ada sekarang terlalu sempit dan hanya boleh memproses satu ketibaan sahaja pada satu-satu masa. Itupun terpaksa bersesak-sesak. Melepasi kawasan imigresen ialah ruang kastam dan tempat pengambilan bagasi yang juga sangat kecil.


Sebaik keluar dari lapangan terbang, kenderaan yang ditempah sudah menunggu iaitu sebuah van  yang boleh menempatkan seramai 10 orang penumpang yang akan membawa kami terus ke Bukittinggi. Perjalanan dari lapangan terbang ke Bukittinggi mengambil masa lebih kurang 5 hingga 6 jam bergantung kepada keadaan cuaca. Perhubungan dari Padang ke Bukittinggi adalah melalui jalan yang melintasi kawasan pergunungan. Kemungkinan untuk membina lebuhraya adalah agak mustahil. Jalannya pula agak sempit dan berliku. Kebanyakan rumah-rumah di sepanjang jalan ini dibina begitu hampir dengan jalanraya kerana tidak terdapat kawasan landai yang lebar untuk membina rumah kecuali kawasan yang menghampiri pekan atau bandar.


Oleh kerana perjalanan yang agak jauh, rombongan kami berhenti rehat makan di satu kawasan yang dinamakan Kelok Indah iaitu satu kawasan selepas menempuhi banyak selekoh (di sini dipanggil kelok) di sempadan antara Wilayah Riau dan Wilayah Sumatra Barat. Kelok Indah masih terletak di Wilayah Riau.

Kerana kelaparan habis licin semua lauk-pauk yang dihidangkan. Makan bersama pemandu kami iaitu Pak Bobi yang di sebelah kiri.

Perjalanan diteruskan melalui jalan yang lebih mencabar iaitu melewati kawasan yang dinamakan kelok sembilan.  Di sini kenderaan terpaksa menuruni kawasan bukit hingga ke bawah dan kemudian naik semula ke bahagian yang satu lagi dengan selekoh-selekoh yang tajam. Itulah satu-satunya jalan yang ada untuk ke Bukittinggi melalui Pekanbaru.  Walaubagaimanapun satu laluan pintas kawasan ini sedang dalam pembinaan yang akan memudahkan perjalanan pada masa hadapan.



Foto diambil dalam perjalanan pulang dari Bukittinggi ke Pekanbaru kerana pada waktu pergi keadaan sudah gelap.

Rombongan kami selamat sampai di Bukittinggi pada jam sebelas malam dalam keadaan hujan. Hotel penginapan ialah Hotel Ambunsuri yang terletak tidak jauh dari Menara Jam Gadang. Satu rombongan dari Malaysia yang mengadakan persembahan kebudayaan Minang juga menginap di sini.


Suhu di sini tidaklah sesejuk seperti di Cameron Highlands dan hotel-hotel di sini masih terpaksa menggunakan penghawa dingin untuk menyejukkan bilik-biliknya. Jadi sesiapa yang bertujuan datang ke sini tak payahlah memenuhkan beg dengan baju-baju sejuk.

17 comments:

  1. tertunggu en3 ni dr pagi tadi... yer laa jalan nya jauh yer pak, tempat nya tinggi dan kelok nya banyak sekali.....
    mungkin time aku pergi sok jln short cut tu dah siap...

    ReplyDelete
  2. Azmnor: Kalau nak ke sana nanti mendarat je di Padang, lebih dekat. Tapi jauh berjalan luas pemandangan kan....

    ReplyDelete
  3. jauh jugak ye dari pekan baru ke bukit tinggi , kenapa tak mendarat direct di padang , dekat sikit dlm 2 jam lebih je

    ReplyDelete
  4. xplorer: Mula-mula cuma bercadang bercuti di Pekanbaru je, last minute tukar program.. tapi berbalui juga kerana dapat pergi banyak tempat sekaligus, sampai ke Padang...

    ReplyDelete
  5. Memang best kalau dapat berjalan ke tempat org ni...

    ReplyDelete
  6. Fadzli: Memang tak dapat dinafikan...

    ReplyDelete
  7. salam, berapa tambang dr pekanbaru ke bukittinggi? blh dptkan no contact.. dok fikir nak buat cenggitu juga..

    ReplyDelete
  8. Safuaria: Kami menyewa van untuk tiga hari dengan kos RM300 sehari tidak termasuk minyak. Van disewa dari Bukittinggi bukan Padang. Semua diuruskan oleh adik ipar.. Kalau berminat saya akan tanyakan padanya. Boleh hubungi saya melalui email.. TQ

    ReplyDelete
  9. nak tahu klu sewa van 3 hari dari padang nak ke bukit tinggi brape harganya?

    ReplyDelete
  10. Khairiah,

    Jawapan seperti soalan oleh safuaria di atas. Contact no pun dah hilang. Sorry...

    ReplyDelete
  11. hi, saya khairul..saya plan hendak ke pekan baru, bukit tinggi dan padang. walaubagaimanapun, saya akan mendarat di pekan baru dan terbang semula di padang..agak2x berapa sewa van tersebut..untuk 4 hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapannya ada pd soalan2 di atas. Jika pergi berkumpulan berbaloi sbb boleh dikongsi. Kalau bersama keluarga agak mahal juga. Tetapi kena sewa juga kenderaan kerana tempat2 tarikan terletak jauh antara satu sama lain...

      Delete
  12. Hi, kami buat rombongan ke bukit tinggi bln lepas. Bagi sy agak sejuk. Hotel pun takde kipas & aircon. Hotel Indria. Mgkn cuaca mendung & hujan selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungla cuaca nyaman. Mungkin sebab musim hujan tu...

      Delete

  13. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  14. Salam,
    Entry yang menarik!! Nak berkongsi dengan semua pembaca…
    Saya ada menyediakan ground pakej ke Padang Bukittinggi Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia dan ianya lebih selamat,murah dan meyakinkan.
    Pelbagai pakej ke Padang Bukittinggi untuk anda. Kami akan guide anda dari anda menjejakkan kaki ke bumi Padang sehinggalah anda meninggalkan bumi Minang.
    Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
    Sebarang pertanyaan akan kami layan.
    Atau boleh juga ke Blog kami untuk pelbagai info tentang Padang Bukittinggi:

    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete