Bangun awal pagi kerana waktu solat subuh di sini lebih kurang pada jam 5.00 pagi. Kami bercadang keluar untuk membuat lawatan seawal yang boleh kerana lokasi yang akan dilawati adalah di luar kawasan Bukittinggi. Cuaca agak baik pada hari ini. Sarapan yang disediakan hanya bermula jam 7.00 pagi. Selepas bersarapan van mula bertolak ke destinasi pada jam 8.00 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih sejam melalui jalan berbukit dan sempit walaupun jarak tempat yang kami lawati hanya lebih kurang 50 km sahaja dari Bukittinggi dengan pemandangan yang cantik.
Sawah berteres adalah pemandangan biasa di sini kerana keadaan rupa bentuk muka buminya yang berbukit.
Lokasi pertama yang kami singgahi ialah Istano Basa (Istana Besar) atau Istana Pagaruyung yang terletak di Batusangkar. Istana ini merupakan objek pelancongan yang terkenal di Sumatra Barat. Kami merupakan kumpulan pelancong pertama yang sampai ke sini pada hari tersebut.
Istana ini masih lagi dalam proses pemulihan setelah terbakar akibat disambar petir yang memusnahkan sebahagian besar bahan-bahan sejarah yang terdapat di dalamnya. Apa yang dapat dibuat hanyalah mengambil gambar dan berehat sebentar di sini.
Destinasi seterusnya ialah Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau yang terletak di Padang Panjang. Ia merupakan pusat penyimpanan artikel dan segala hal tentang dokumentasi kebudayaan Minangkabau. Bahannya adalah dalam bentuk buku-buku, foto dan mikrofilem. Bumbung rumah adat Minangkabau yang dipanggil Rumah Gadang memiliki rupa bentuk yang unik kerana ia menyerupai tanduk kerbau. Terdapat juga prinsip-prinsip tertentu yang perlu dipatuhi dalam pembinaan rumah adat ini. Bagi mereka yang tertarik dengan kebudayaan Minangkabau, pusat ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat rujukan dalam membuat penulisan. Rombongan kami sampai di sini hampir serentak dengan satu rombongan dari Malaysia yang datang dengan bas pelancong.
Tipikal rumah adat yang berbumbung seperti tanduk kerbau
Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang
Di kiri dan kanan rumah terdapat bangsal yang digunakan untuk menyimpan benih-benih padi.
Di rumah ini pelawat-pelawat diberi peluang untuk mencuba pakaian tradisi Minangkabau dengan dikenakan sedikit bayaran.
Bestnya.....
ReplyDeleteIstana Basa Pagaruyung tu saling tak tumpah macam Istana Lama Seri Menanti....dan landscapingnya pun seakan-akan.... asal usul Yg Dpertuan Besar....
"urang awak, mantari gadang".....mmmmmm.
Asal-usulnya kan dari tempat yang sama....
ReplyDeletebro mie : ai suka blog jenjalan ni...apa² kalo ai nak gi becuti mana² insyaAllah ai akan mintak pandangan dari bro yam banyak experience...('',)
ReplyDeletep/s : Sila lah BlogWalking ye...tengkiu...
1.New Entry ".:.TERHARU & MENGHARGAI.:."
BRO_MONDAY: No problem...
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteJauh perjalanan, luas pemandangan. Bukan hanya pemandangan dengan mata zahir, bahkan yang lebih utama adalah pandangan mata hati agar kita sentiasa mengkagumi betapa luas dan indah bumi ciptaan Ilahi. Juga bersyukur kerana diberi rezeki...
TQ
Admin P@P: Begitulah, semoga kita mendapat semuanya dan begitu bersyukur kerana dilahirkan di bumi bertuah ini berbanding negara lain yg pernah saya lawati..
ReplyDeletepatut ler nampak lain macam je , terbakar rupanya. dulu nampak klasik sikit
ReplyDeletexplorer: Istana tu sedang diperbaiki dan berpagar jadi langsung tak dapat masuk ke dalamnya. Hampeh betul..
ReplyDeletememang suka tengok bangunan minang ni...cantik dan unik...kat sini punya bangunan tak begitu tajam macam ni...
ReplyDeleteFadzli: Memang cantik dan unik, tapi satu kelemahan binaan spt ini ialah mudah disambar petir kerana bentuknya yang sebegitu..
ReplyDeleteTQVM Mas Tonimono..
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.