Sunday, January 10, 2010

Palembang

Saya  sekeluarga mengambil kesempatan bercuti di Palembang setelah anak saya  selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendahnya. Kami pergi bersama keluarga adik ipar.

Kota Palembang adalah kota kedua terbesar di Sumatera setelah Medan sekaligus merupakan ibu kota dari provinsi Sumatera Selatan dengan penduduk menghampiri 1.4 juta orang. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu utara dan selatan oleh sungai Musi yang terkenal dengan Jambatan Ampera.

Palembang bukanlah sebuah kota pelancungan bagi mereka yang benar-benar mahu bercuti. Ke sini kerana mengikut ajakan adik ipar yang kononnya tersalah booking. Dia sebenarnya mahu ke Pekan Baru iaitu bandar minyak Indonesia dan diiktiraf sebagai bandar terbersih di Indonesia. Tapi apa nak buat benda sudah terjadi, layan sajalah. Penerbangan yang pada asalnya berlepas pada tengahari telah dijadualkan semula kepada sebelah petang. Penerbangan sekali sehari ini pun hanya memenuhi dua pertiga kapalterbang sahaja. Lapangan terbang Sultah Mahmud Badarudin II di Palembang adalah lapangan terbang antarabangsa, tapi hanya mempunyai penerbangan keluar ke Malaysia dan Singapura sahaja.

Teksi di bandar Palembang tidak menggunakan meter. Harga tambang main belasah je, terutama kepada orang-orang luar. Nasib kami agak baik kerana sebelum ke sana, kami ada berhubung dengan pelajar-pelajar Malaysia yang mengambil jurusan perubatan di Universiti Sriwijaya. Jadi merekalah yang banyak memberikan tip-tip semasa di sana. Untuk bergerak secara berkumpulan kami menyewa angkutan kota bagi ahli keluarga kami seramai 10 orang. Harga boleh dirunding. Harga untuk perjalanan kurang lima km anggaran Rp35,000 hingga Rp40,000. Antara tempat membeli belah (bukan shopping kompleks) ialah Pasar Ilir. Di sini kita boleh membeli barangan daripada batik dan songket. Telekung juga banyak dijual di sini. Bagi yang hendak membeli barang-barang makanan khusus Palembang dan dari daerah lain di Indonesia bolehlah bolehlah pergi ke pasar Cinde. Terdapat juga kompleks belibelah yang agak baik seperti Palembang Indah Mall, Palembang Square dan Palembang Trade Center.

Kalau di Jakarta makanan yang paling popular ialah bakso, di sini makanannya ialah pempek iaitu sejenis makanan seakan-akan Yong Tau Fu. Ia diperbuat menggunakan tepung sagu dan campuran bahan-bahan perasa seperti ikan dsb. Ianya dimakan dengan cuka yang dicampur lada. Ianya seakan-akan kicap cair.

Mercutanda paling popular di Palembang ialah Jambatan Ampera yang merentasi Sungai Musi. Sungai Musi membahagi dua Palembang kepada bahagian utara dan selatan. Kawasan komersial lebih tertumpu di bahagian utara.

Masjid Agung

Pempek

Benteng Kuto Besak

Jambatan Ampera

Hotel penginapan, Jalan Letkol Iskandar

Palembang Indah Mall, di hadapan hotel

4 comments:

  1. sungguh menarik, teringt bibik haku asal palembang, ;-)

    salamm,

    ReplyDelete
  2. Salam..nak tanya kat palembang ade jual baju renang x ??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. .boleh berikan saya cara untuk berhubung dengan pelajar malaysia yg mengambil perubatan di universiti sriwijaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia orang semua dah grad... Pelajar baru pulak tak pasti macam mana nak contact...

      Delete