Friday, April 1, 2011

Percutian ke Bukittinggi Pt 4

Sekitar Bukittinggi

Dari Padang kami  sampai di Bukittinggi pada jam lima petang. Kesempatan ini digunakan untuk bersiar-siar di sekitar Menara jam Gadang dan membeli sedikit barangan cenderahati untuk sendiri dan kawan-kawan. Kawasan membeli-belah di kawasan ini dipanggil Pasar Atas.

Di hadapan hotel penginapan

Kenderaan seperti di atas masih digunakan sebagai salah satu tarikan pelancong.


Objek yang paling terkenal di Bukittinggi ialah Menara Jam Gadang. Menara ini dibina pada tahun 1926 dan tingginya ialah 26 meter. Jam Gadang yang terletak dipuncaknya, bergerak secara mekanikal dan terdiri dari empat buah jam (empat muka jam) yang menghadap ke empat arah penjuru mata angin dengan setiap muka jam berdiameter 80 cm. Menara jam ini telah mengalami beberapa kali perubahan bentuk pada bahagian puncaknya. Pada awalnya puncak menara jam ini berbentuk bulat dan di atasnya berdiri patung ayam jantan. Semasa menjajah Indonesia, pemerintah Jepun telah mengubah bahagian puncak menara menjadi berbentuk seperti tokong. Selepas kemerdekaan, bentuknya diubah lagi menjadi seperti rumah adat Minangkabau seperti yang ada sekarang.



Keesokan harinya, masa yang ada pada sebelah pagi sebelum bertolak ke Pekanbaru kami gunakan untuk melawat satu kawasan seperti Grand Canyon di USA iaitu Ngarai Sianok. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandar Bukittinggi. Satu kawasan yang dinamakan Taman Panorama dibina khas untuk menikmati pemandangan ngarai ini dari atas. Sedikit bayaran dikenakan untuk masuk ke kawasan ini. Ngarai merupakan satu lembah yang mempunyai tebing berkecuraman hampir 90 darjah. Kelihatan seperti tembok menegak yang ketinggiannya hampir seratus meter dan lebarnya dua ratus meter. Di bahagian bawah ngarai ini terdpat sungai yang boleh digunakan untuk aktiviti berkayak. Di dalam Taman Panorama juga terdapat gua bekas persembunyian tentara Jepun sewaktu Perang Dunia II yang disebut sebagai Lubang Jepang Bukittinggi.

Pintu masuk untuk melihat panorama Ngarai Sianok

Pemandangan ngarai dari atas.



Bahagian bawah ngarai dengan sungai mengalir didasarnya.

Ada bahagian tertentu ngarai ini yang boleh dituruni dengan menggunakan kenderaan. Sempat juga kami sampai ke bawah ngarai dan di sini dapat kita rasakan yang diri kita begitu kecil berbanding keluasan ngarai tersebut.

Jambatan Limpapeh

Sebelum keluar dari kawasan Bukittinggi kami melalui satu jambatan yang dipanggil Jambatan Limpapeh. Jambatan ini ialah sebuah jambatan yang menghubungkan zoo Bukittinggi dengan Kota Fort de Kock yang melintasi Jalan A Yani yang merupakan salah satu jalan utama di sini.

17 comments:

  1. Seronoknya berjalan-jalan. Walau penat tapi ada kepuasan dihati....

    ReplyDelete
  2. Memang mnengujakan....

    Jam Gadang ..... ongkosnya kok gadang pak...

    bila saya bisa kesana......mmmmm

    ReplyDelete
  3. Kakzakie: Takla penat sangat, tapi yang penting dapat melihat tempat orang...

    ReplyDelete
  4. azmnor: Kalau tak pergi dgn pakej, banyak kos boleh dijimatkan, lagipun bebas ke mana nak pergi.. Sampailah tu satu hari nanti.

    ReplyDelete
  5. salam bro

    sempoi menara jam tu...ala2 minang..:)

    ReplyDelete
  6. Wilayah Sumatra Barat termasuk Bukittinggi ialah kawasan majoriti penduduk keturunan Minang, jadi kebanyakan bumbung bangunan berbentuk sebegitu.

    ReplyDelete
  7. en_me: memang seronok bercuti dan berjalan ni. Anyway saya suka blog sdra, fotonya cantek banget...

    ReplyDelete
  8. terima kasih kerana sudi follow blog saya.

    saya belum pernah sampai ke bukit tinggi. teringin juga nak pergi satu hari nanti.

    ReplyDelete
  9. al-lavendari: TQ kerana ikut saya juga. Tentu saja tuan boleh ke sana kerana saya selalu baca blog tuan ttg pengalaman dan lawatan ke luar negara.

    ReplyDelete
  10. bestnya pergi bercuti... penat2 pun puas...

    ReplyDelete
  11. Wah! Bisa saya kesana....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bisa saja, setkan cuti dan tiketnya...then redah...

      Delete
  12. Sudah 3 kali saya ke Bukittinggi. Kenangan paling mengusik jiwa adalah semasa melalui jalan Kelok 9. Pertama kali tu, perjalanan waktu malam, jadi tidak berapa menikmati pemandangannya. Selepas itu, perjalanan di siang hari dengan kereta. Sempat pula berhenti untuk melihat pemandangan dari atas ke bawah. Seterusnya, semasa pembinaan jambatan Kelok 9 sedang dijalankan. Kini, pada pengetahuan saya, jambatan itu sudah siap. Jadi, saya akan sekali lagi ke sana untuk merasai pula perjalanan melalui jambatan yang tinggi itu. Insya Allah, 2013 nanti sampailah saya ke Pekanbaru - Padang - Bukittinggi - Pekanbaru.

    Semoga Allah SWT permudahkan perancangan dan perlaksaan perjalanan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah rajinnya ke sana. Perjalanan dari Pekanbaru ke Bukittinggi amat memenatkan. Kalau saya nak ke sana lagi mingkin akan terus mendarat di Padang...

      Delete

  13. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Izinkanlah kami untuk memperkenalkan diri pada Tuan/Puan

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan dengan sepenuh hati di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Motto kami adalah : Kesenangan dan kegembiraan tamu adalah kebahagiaan kami.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...