DAY 2 - PETANG
Petang tu kami cuma bercadang untuk ke Jalan Cibaduyut saja kerana kedudukannya agak hampir dengan hotel. Jalan Cibaduyut merupakan pusat jualan barangan dari kulit di kota Bandung ini.
Untuk ke Jalan Cibaduyut dari sini, boleh je ambil teksi atau angkut. Kebetulan masa kami menunggu teksi ada sebuah angkut yang kosong menawarkan kami trip terus ke Cibaduyut. Caj yang dikenakan cuma Rp5K seorang. Sangat murah tu.