Monday, October 19, 2026

SAPA Menyapa - Fansipan dan Moana Sapa

 Fansifan

Pagi yang cerah. Hari ini kami nak ke Gunung Fansipan. Tempat permulaan Funicular train ialah di Sun Plaza yang dapat dilihat dari hotel penginapan kami. Jaraknya lebih kurang 300 meter saja tapi jalannya agak curam. Kami sayang lutut jadi terpaksa ambil Grab. Padahal kalau menapak tak sampai pun sepuluh minit.

Sun Plaza

Ada tiga peringkat untuk mencapai puncak Fansipan. Pertama dengan funicular train sambung dengan cable car dan akhirnya dengan funicular summit train. Sebelum beli tiket kami dah berbincang untuk tidak mahu naik sampai ke puncak sebab di situ cuma terdapat patung-patung besar.

Ramai sungguh orang pagi itu tapi tak mengambil masa lama sangat sebab setiap train boleh memuatkan ramai penumpang.

Harga tiket yang kami dapat dari Klook ialah RM173 seorang untuk perjalanan pergi balik hingga peringkat kedua. Jika berhajat untuk naik sampai ke puncak tambahan VND320K return.

Funicular train ini noleh memuatkan sehingga 200 penumpang.

Masa yang diambil untuk sampai ke cable car cuma 5 minit dengan jarak 2 kilometer.

Rumah-rumah penduduk di sepanjang laluan train.

Sampai di perhentian pertama.

Sebenarnya ramai orang pada pagi tu tapi kami jalan perlahan-lahan biar senang nak ambil foto. Jarak dari perhentian pertama ke cable car agak jauh dan jalannya agak menaik. Ada banyak spot menarik untuk berfoto. 

 
Tapi kalau nak ambil jalan pintas boleh masuk ke bahagian hujung bangunan di atas. Tak ada penunjuk arahnya dan kami perasan masa nak balik dari atas.

Puncak Fansipan adalah 3143 mdpl. Tapi binaan ini ada di laluan ke cable car. Kalau ikut jalan pintas memang tak jumpa binaan ini.

Ada bermacam jenis bunga.

Kalau tak larat menapak boleh naik kuda ini dengan sedikit bayaran.

Banyak kedai menjual pop corn di sini.

Di hujung jalan barulah keadaan jalannya agak mendatar. Sempat minum-minum dulu sebelum meneruskan perjalanan. Keadaan dah mula panas. Terasa sedikit dingin bila berangin.

Sampai di kawasan cable car.

Berbaris semula untuk perjalanan seterusnya.

Setiap cable car boleh memuatkan sehingga 25 orang.

Jarak perjalanan sepanjang 6.3 kilometer dan merupakan pemegang rekod dunia bagi laluan cable car tanpa henti. Masa yang diambil untuk sampai ke stesyen seterusnya lebih kurang 15 hingga 20 minit bergantung kepada keadaan angin dan cuaca.

Kebun sayur dan sawah luar musim nampak cantik dari atas.

Tak pasti awan atau kabus di kawasan ini.

Suasana agak berkabus tapi tak sejuk. Kami ambil langkah yang betul untuk tidak naik sampai ke puncak sebab tak nampak apa pun. Mungkin kena datang lebih awal lagi sebelum kabus memasuki kawasan. Seperti juga di Kundasang, kalau nak tengok Gunung Kinabalu kena datang awal pagi. Selepas jam lapan memang awan dah mula masuk.

Bagi yang nak naik ke atas tanpa perlu membayar tiket bolehlah naik ikut 600 mata anak tangga ini.

Kami balik ikut jalan di bahagian hujung bangunan ini. Cepat saja sampai sebab jalannya menurun.

Sampai semula di stesen train.

Dari Sun Plaza kami terus ke Restoran Hajah Hawa untuk makan tengah hari yang dah terlewat. Sekarang dah banyak restoran halal di Sapa dan di setiap restoran biasanya akan berjumpa dengan orang Malaysia.

Selepas makan kami tak balik ke hotel tapi terus bergerak ke Moana Sapa. Jarak dari Restoran Hajah Hawa cuma lebih kurang 2 km tapi agak mengambil masa kerana banyak kederaan dan jalan di Sapa ni agak sempit di luar kotanya.

Tiket masuk ke Moana Sapa ialah 100K Dong dan layak untuk dapat secawan kopi setiap satunya.

Tanda dah sampai di sini.

Bandar Sapa nampak jelas dari sini.

Bandar yang berbukit-bukit dan agak mencabar bagi golongan senior jika berjakan kaki.

Antara monumen yang ada di sini.

Berbaris untuk mengambil giliran berfoto.

Saya dan OR tidak ikut sepenuhnya jalan-jalan di sini dan duduk di kafe melayan internet. Biarkan yang muda-muda berfoto sepuasnya.

Untuk internet kami ambil pakej roaming TM mobile postpaid. Taliannya sangat bagus dan cajnya sangat murah iaitu RM39 untuk tempoh seminggu tapi kami guna untuk lima hari saja. TM ada berkerjasama dengan Viettel iaitu syarikat telekomunikasi terbesar di Vietnam.

Selesai di sini kami balik dulu ke hotel dan keluar semula pada malamnya untuk makan dan ke pasar malam. Lokasi pasar malam ini terletak berhampiran Sapa Market. Sama macam di Hanoi dan HCM City.

Seronok diaorang dapat shopping. Keadaan pasar malamnya lebih kuang sama seperti di Hanoi dan HCM City

Malam ini kami makan di Faizal Halal Kitchen. Lokasinya berhampiran tapak pasar malam.

Apa yang menarik di setiap restoran halal mesti ada yang fasih berbahasa Melayu. Saya bertanya sendri kepada seorang pekerja di situ. Macam mana boleh berbahasa Melayu, katanya dia belajar sendiri. Respek.

No comments:

Post a Comment

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...