Hari ini TL bawa kami melawat Cat Cat Village iaitu kawasan penempatan etnik Hmong. Sudah terbayang tangga-tangga yang perlu dituruni untuk sampai ke bawah. Kami biarkan orang muda jalan dulu sementara kami gerak ikut rentak sendiri.
Pemandu Grab terus bawa kami ke kedai sewa pakaian tradisi masyarakat di sini yang terletak di dalam kawasan letak kereta. Mungkin dia dapat komisyen kerana bawa pelanggan. Di sepanjang jalan menuju ke sini pun memang ada banyak kedai yang serupa tapi yang di sini lebih rapi keadaannya.
Terdapat banyak design yang boleh dipilih. Jika hendak make up ada bayaran tambahan.
Antara pakaian yang ada di sini.
Diaorang pilih warna yang terang dan agak ringkas designnya.
Dari kawasan tempat membeli tiket ke kawasan pintu masik utama ada perkhidmatan buggy yang disediakan dengan bayaran VND10K. Bayaran masuknya pula VND100K seroang. Dari situ bermulalah kita menuruni tangga untuk ke bawah.
Pemandangan dari kawasan atas.
Dari kawasan pertengahan.
Pemandangan di bawah.
Ada banyak cafe untuk melepak di sini.
Kedai-kedai cenderamata yang di bina di atas sungai yang cetek.
Di atas jambatan yang menghubungkan ke kawasan di seberang.
Anak-anak etnik Hmong yang dibiarkan bebas di dalam kawasan ini.
Macam tengah shooting.
Ada jeram dan air terjun dalam kawasan ini.
Tak pasti air terjun asli atau buatan sebab di atasnya macam tak ada sumber air.
Jalan untuk menuju ke kawasan di atas. Tangga-tangga menunggu lagi.
Di bahagian atas ada tempat gelunsur yang mengenakan bayaran tambahan.
Sorry kerana tak banyak kawasan yang kami pergi sebab memang tak larat. Yang lain-lain tu memang lenjan habis. Kami lebih banyak menunggu dari meronda. Di kawasan ini ada tempat pertunjukan dan pementasan tradisi masyarakat Hmong tapi selalu penuh. Untuk menunggu giliran yang seterusnya agak mengambil masa.
Untuk makan tengah hari kami singgah di Restoran Sapa Pak Tam. Pemiliknya fasih berbahasa Melayu. Pemandangan dari restoran ini adalah yang terbaik. Kalau rajin menunggu dapatlah melihat funicular train lalu. Tapi meja-meja yang menghadapi kawasan itu sudah dipenuhi.
Restoran halal keempat yang kami singgahi.
Ke Hanoi
Petang itu kami dah tak ke mana-mana. Bersiap-siap berkemas untuk perjalanan seterusnya dengan sleeper bus. Bas bergerak pada jam sebelas malam, jadi selepas berkemas dapatlah melelapkan mata sekejap sebab belum tentu dapat tidur nyenyak di dalam bas nanti.
Tak sangka pula malam tu kami dapat tidur dengan agak lena mungkin disebabkan perjalanan pada waktu malam. Sampai di Hanoi pada jam lima pagi. Jarak dari tempat bas berhenti ke hotel penginapan agak dekat jadi kami menapak saja.
Selepas tinggalkan beg di lobi hotel terus kami bergerak ke Masjid Al Noor. Nak check in pun memang belum boleh lagi. kami bersedia untuk bayaran tambahan jika dibenarkan check in awal tapi bilik semuanya penuh. Malangnya Masjid di tutup untuk proses baik pulih. Ada notis yang di tampal di bahagian luar pagarnya.
Menebeng sekejap.
Pandang-pandang sajalah.
Masa tu memang rasa agak kelaparan. Menyinggah sekejap di Cafe Ji.An untuk minum-minum sementara menunggu restoran halal atau tempat makan-makan lain dibuka.
Cafe ini di usahakan sepasang suami isteri Muslim. Lokasinya betul-betul di hadapan Masjid.
Dong Xuan Market pun masih belum dibuka lagi.
Keadaan masih agak awal pagi lagi jadi kami jalan-jalan dulu hingga sampai ke Tasik Hoan Kiem. Orang agak ramai beriadah sebab hujung minggu. Cuaca pula dah mula suram dan hujan renyai mula turun.
Tasik Hoan Kiem, Hanoi.
Antara bangunan di kawasan Old Quarter berhampiran tasik.
Keadaan bangunan di kawasan ini, agak sempit dan meninggi.
Tempat persembahan water puppet show pun masih di tutup.
Sebelum pergi ada terbaca review tentang hotel Hanoi Little Town. Jadi dari Tasik kami terus ke sini dengan Grab. Kami cuba untuk dapatkan room stay untuk setengah hari hingga jam dua petang. Alhamdulillah dibenarkan. Kami ambil satu bilik family untuk berehat sementara sebelum dapat check in di hotel. Kebetulan sebaik saja dapat bilik hujan turun dengan lebatnya.
Sebelum itu sempat bersarapan di hotel ini dengan bayaran yang agak berpatutan.
Info mengenai hotel ini.
Seblum check ini sempat makan tengah hari di Restoran Halal Abdul Karim yang terletak tak jauh dari hotel penginapan. Selain makanan di sini ada juga pelbagai jenis kopi, telekung dan tudung untuk jualan.
Hotel penginapan.
Sebelah petangnya sempat berbelanja di Cho Dong Xuan. Tempat ini ditutup pada jam enam petang dan disambung dengan pasar malam di bahagian luarnya. Masing-masing puashati membeli di sini jadi kami tak pergi pun ke pasar malamnya.
Esoknya flight pada jam sebelas pagi dan dah tak ada apa-apa program lain. Pagi itu kami bersarapan di Restoran Halal Karim lagi.





























No comments:
Post a Comment
En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...