Saturday, August 20, 2022

Bukit Fraser 2022

Kalau tidak kerana cuacanya yang nyaman, memang banyak kali kena fikir sama ada nak ke sana atau tidak. Beratus selekoh tajam terpaksa di lalui. Ada banyak pula tebing runtuh yang membuat kita perlu lebih berhati-hati.  Sekarang ni dah ramai pula orang yang naik ke atas menggunakan basikal. Kadang-kadang selepas mengambil selekoh tetiba ada dia orang ni. Tapi agak okay jika kita bertolak waktu pagi kerana kurang kenderaan yang turun berbanding yang naik ke atas. Bila sampai di atas terus terasa lega dengan udaranya yang segar. Hilang terus pening-pening lalat.

Musim bunga di Bukit Fraser.

Penunggu setia di sini.

Masih kurang kenderaan di sini tapi menjelang petang susah nak cari tempat parkir.

Bunga-bunga yang dijaga dengan baik di kawasan dataran Bukit Fraser.


Punck Inn antara hotel yang terletak di kawasan dataran Bukit Fraser.

Cantik bunga-bunga hiasan di Cafe Puncak Inn. 

Kami sampai di sini hampir jam dua belas tengah hari. Tak banyak tempat makan-makan di Bukit Fraser  ni, jadi kami ke kawasan medan selera saja berhampiran Taman Awam. Banyak pilihan makanan di sini dan kedai-kedai pun banyak yang dibuka sebab hujung minggu. Lepas makan kami cadang nak ke air terjun Jeriau sebab cuaca pun agak baik tapi jalannya agak mengelirukan. Salah masuk simpang dan berakhir di jalan mati iaitu di kawasan kuarters. Batal terus nak ke sana. 

Singgah di sini nak melayan si kecik bagi makan ikan.


Trip sebelumnya kami balik hari saja. Kali ini kami menginap di sini. Lagipun lengkap satu keluarga rombongan kami. Tempat pilihan kami ialah di Rest and Relax Retreat Silverpark Apartment yang terletak di kawasan paling tinggi di Bukit Fraser ini. 

Antara blok apartment yang terdapat di sini.

Ada empat bilik dan dua bilik air semuanya. Kawasan letak kenderaannya pun mencukupi.

Pemandangan dari balkoni apartment. 

Malam tu kami tak keluar sebab nak potong kek. Kebetulan ada tiga orang yang hari jadinya berdekatan tarikhnya. Buat di balkoni saja kerana memang luas dan siap ada kerusi meja sekali.

Esoknya keluar awal sikit sebab nak pergi ke bebeapa tempat lagi sebelum balik. Singgah di Paddock untuk tengok apa-apa aktiviti yang boleh dibuat di situ. Selalunya bila ke Bukit Fraser memang tak pernah singgah.


Pemandangan yang cantik macam di obersi.

Laluan untuk berkuda lebih kurang 200 meter sepusingan.



Kandang kuda yang bersih dan cantik.

Caj untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5 sahaja.

Ada empat ekor kuda di sini tapi cuma dua saja yang bertugas hari itu.

Boleh juga kalau nak menguji kecekapan memanah di sini. Ada empat terminal memanah yang boleh dijalankan sekali gus. Harga untuk satu set sebanyak sepuluh anak panah ialah RM10 sahaja.

Pondok tempat memanah.

Jom kita cuba. Sebelum memanah kita akan di ajarkan cara-cara yang betul oleh seorang panjaga di situ.

Jarak lebih kurang 30 meter.

Not bad. Tapi ada juga yang tersasar ke belakang.

Kalau ada pendakap tangan tentu lebih ngam sebab tangan akan lebih stabil.

Sebelum balik sempat singgah di Glass House untuk mengopi. Kecil saja cafe nya. Ada pula orang ambil gambar untuk pre wedding kat dalam tu. Jadi kami pilih untuk duduk di luar dan sebenarnya lebih selesa sebab redup dan berangin.



Tempat ambil pesanan.

Pokok kektus mini untuk jualan pun ada.

Pilih minuman ikut citarasa masing-masing. 

Selesai mengopi kami teruskan perjalanan ke Kuala Kubu Bharu untuk makan tengah hari dan singgah di masjid. Destinasi terakhir kami pada hari itu ialah di kawasan Alor Lempah Ampang Pecah Sungai Selangor.


Sesuai untuk mandi kerana tiada batu-batu.

10 comments:

  1. menariknya kedai kopi tu...view mie snap semua lawa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik je cafenya.. pilihan dessert nya pun tak banyak..

      Delete
  2. Assalamualaikum Tuan Mie. Apa khabar. Lama saya tak berkunjung. Tahniah masih terus menulis blog, ketika manusia berpusu2 ke dunia maya yg baru Tiktok. Semoga terus sukses dlm penulisan blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. tuan pun masih berblog.. moga sukses bisnesnya. Saya dah kurang aktif berblog sejak dah bersara ni. Tiktok ni tak berapa sesuai dengan jiwa saya..

      Delete
  3. Saya belum pernah naik Bukit Fraser. Seram pulak bayangkan jalan selekoh2 lepas tu ada orang berbasikal. Patutnya tak payah la berbasikal di jalan berbukit sempit.

    Menariknya boleh memanah dan berkuda. Harganya pun tak mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah cuba ke sana satu hari nanti.. Tempatnya tak sesak macam di Cameron Highlands.. cuma tak banyak sangat tempat lawatan..

      Delete
  4. Cantik sangat pemandangan di Fraser Hill seperti di oversea.. Ini salah satu tempat saya teringin pergi tapi masih belum berkesempatan.. Hopefully someday, in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan berbelit-belit yang kadang-kadang buat rasa serik nak naik ke sana..

      Delete
  5. Tak pernah smpai lagi di bukit fraser ni.. Plan nyer berkali2 tapi yg jdi nya sekali pun tak pernh.. Hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat je tempatnya.. day trip pun ok.. tapi eloklah stay semalam di sana.. sejuk nyaman waktu malam..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...