Thursday, April 8, 2021

Morib Gold Coast

Nak melintas negeri pun masih tak boleh lagi, jadi kitaorang tinjaulah beberapa lokasi berhampran yang boleh dijadikan tempat melepak pada hujung minggu. Akhirnya kami pilih Morib Gold Coast yang nampak macam OK sikit. Sebenarnya pusat peranginan ini dah agak lama jadi memang tak berharap sangat untuk dapat kemudahan yang terbaik. Ramai yang mungkn tertarik untuk datang ke sini sebab pusat peranginan ini ada taman tema airnya sendiri. Tapi sangat mengecewakan kerana ianya di tutup, alasannya dalam tempoh PKPB sedangkan taman tema air lain sudah pun beroperasi. 

Ramai yang datang ke sini terasa tertipu.

Antara aktiviti yang ada di sini tapi semuanya tidak beroperasi.

Tarikan utama di sini.

Kami sampai awal sikit di sini. Ronda-ronda dulu kawasan tepi pantainya. Cuaca agak baik dan hari itu agak berangin. Selesa jugalah melepak kat bawah pokok rhu yang ada agak banyak di situ. Waktu tu air sedang surut jauh ke tengah. Air pasang dijangkakan pada sebelah malam dan awal pagi esoknya.

Berpusing ligat benda ini bila ditiup angin.


Seronok dia sebab ramai yang melayan.

Antara kemudahan yang macam dah tak selamat digunakan.

Masuk je ke bilik daktu terus nak berendam. Nasib baiklah ada benda ni sebagai pengganti.

Lepas check in memang tak ada apa-apa pun aktiviti selain melepak sambil menunggu waktu petang untuk melihat matahari terbenam. Sebelum sampai di sini kami sempat singgah di kedai kerepek Ros di Banting, jadi memang banyaklah bahan kudapan untuk dikunyah sambil membunuh waktu.

Pemandangan tempat penginapan dari tengah laut. Jauh betul air surutnya. 


Dalam tiga ratus meter jugalah baru sampai ke kawasan berair.



Daktu memang pantang jumpa air. Kolam air pancut kat IOI City Mall pun dia nak masuk.

Ramai yang turun menjelang senja.

Melepak kat atas jeti lama.



Agak berawan di kaki langit, sunset pun tak berapa meriah.

Walaupun pantainya tak secantk mana, ramai juga yang bermandi-manda.

Malam tu kami keluar nak cari tempat makan malam di kawasan dataran Pantai Morib tapi manusia punyalah ramai dan kawasan letak kereta pun agak jauh. Jadi kami keluar dari kawsan ini untuk ke Morib Station. Keadaannya pun serupa. Akhirnya kami ke kedai makan Suriyah yang memang tak ada pun dalam Maps. Alhamdulillah sedap juga masakannya.

Esoknya memang tak ada apa-apa aktiviti selain mencari nasi lemak bungkus untuk breakfast dan potong kek harjadi salah seorang ahli keluarga kami. Dia tak bagi fotonya disiarkan. Selepas tu berguling lagi di bilik sambil menunggu masa untuk check out.

11 comments:

  1. salam ramadhan PLM dan family =)
    haih.. mmg rasa gatai kaki nak jalan2 tp itula kekangan banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan juga buat CT mummy.. moga thn depan kita dpt jln² lagi..

      Delete
  2. Replies
    1. Bolehlah.. nak rentas negeri pun tak dibenarkan..

      Delete
  3. singgah sni tunggu cerita raya PLM.. hehe selamat hari raya PLM sekeluarga.
    stay safe maaf zahir batin =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHR MZB juga dari PLM. Raya duk rumah je.. tidor je yg lebih.. 😴😴

      Delete
  4. Kita jalan2 dekat mukim kita je la kan sekarang ni moga semua amik vaksin & terhapus covid ni, Aamin

    ReplyDelete
  5. Blog yang menarik….mengingatkan saya akan Bangkok, di Malam Hari. Banyak pasar malam yang paling sibuk terletak di sepanjang daerah lampu merah yang populer, misalnya pasar malam Silom.
    Saya mencoba menulis blog tentang Bangkok, semoga anda juga suka: http://stenote-berkata.blogspot.com/2020/10/bangkok-di-malam-hari.html

    ReplyDelete
  6. Dalam.. Nk ronda tp daerah pon xlepas.. Pkpd lg.. Lockdown lg.. Kesian..
    Singgah umah baru sy bro..

    ReplyDelete
  7. Smpat ke Morib jenjalanb masa PKP tempoh hari hihihii..

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...