Minggu lepas kami ada jemputan majlis kahwin di Ulu Yam Baru. Masa kehadiran kami sudah disetkan pada jam 2.00 hingga 3.00 petang. Keluar rumah lebih awal kerana nak melayan sikecik mandi sungai dulu. Di sekitar Ulu Yam ini memang banyak sungai yang bersih dan cantik untuk kita bersantai.
Kedudukan Ulu Yam ni tak berapa jauh dari Genting Highlands. Jadi selepas habis kenduri kami bercadang nak naik ke sana. Keputusan dibuat beberapa hari sebelumnya jadi memang susah nak cari tempat penginapan yang sesuai. Maklumlah sekarang ni musim cuti-cuti dalam negeri.
Dengan bantuan uncle Agoda dapatlah kami penginapan seperti di atas. Apartment ini terletak di kawasan Midhill berhampiran Gohtong Jaya. Kedudukannya agak jauh ke dalam dari jalan utama untuk ke Genting. Boleh dikatakan tempat paling hujung di kawasan Midhill ini. Jarak dari sini ke Genting lebih kurang 10 km. Udara pun tak terasa sangat sejuknya berbanding di puncak.
Penginapan ini tidak menyediakan kaunter check in. Jadi sebelum itu kenalah buat check in secara online. Sesiapa yang tidak membuat check in secara online memang tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini.
Kunci bilik ambil di kotak peti surat dan maklumat dihantar melalui whatsapp berserta nombor kod kuncinya. Ada dua pilihan penginapan di sini iaitu bilik studio dan apartment tiga bilik.
Semua kelengkapan disediakan tapi kami tak gunakan pun.
Pemandangan dari bilik penginapan.
Kawasan Midhill ni sudah menjadi kawasan petempatan penduduk secara tetap dan bukan hanya hotel dan apartment sewaan saja. Buktinya di sini terdapat sekolah kebangsaan dan sekolah menengah untuk keperluan penduduknya.
Kolam renangnya.
Seronok sikecik walaupun airnya agak sejuk.
Gym pun ada.
Landskap di sekitar kawasan ini pun cantik.
Cuti cuti mlsysia sekarang.. tempat menarik memang sentiasa penuh dgn org ramai.
ReplyDeleteTu lah.. tempat yg kurang popular pun padat dg orang..
DeleteSeronok dapat bercuti dalam negara. Tiba-tiba covid-19 merata negeri pulak dah. Sedihnya! Plan untuk cuti-cuti Malaysia hujung tahun ini entah kesampaian entah tidak.
ReplyDeleteCuti tu kena on juga tapi kena cari tempat² yg kurang berisiko..
Deletelamanya rasa tak pergi bercuti. Sekarang ni saya memang elakkan ke Cameron, sebab letih nak layan jem. Aduhaiii...Tambah2 covid ni, lagi lah terperuk dekat rumah.
ReplyDeleteCuti tu satu kemestian tak kiralah jauh dekat. Kalau ke CH sekurang-kurangnya 3H2M baru puas kalau sehari memang memenatkan badan je..
Deletenampak mewah dan cantik kawasan nature sekeliling.. sesuai
ReplyDeletenak escape dari sibok KL ni.. last pegi sana rasanya 3 tahun lepas kot..
nyopping di GPO hehe..
Tempatnya memang best untuk santai².. pastu gi nyoping.. mummy tentu suka..
ReplyDelete