Friday, December 21, 2018

Anjung Senibong Seafood

Awal Disember lalu kami ada jemputan kahwin anak saudara di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Sebab esokya hari Ahad jadi kami ambil kesempatan untuk bermalam di sana. Jadi malam itu anak-anak cadangkan untuk makan di kawasan Senibong yang popular dengan restoran makanan lautnya. Senibong merupakan sebuah kampung yang terletak di tepil laut di berhampiran kawasan perumahan Permas Jaya. Semua restoran di sini menghadap Selat Tebrau.

Bandar raya Johor Bahru dilihat dari Kampung Senibong. Astaka kondominium setinggi 70 tingkat mendominasi langit JB. Kondo tertinggi di Malaysia.

Hampir menjelang maghrib.

Masjid berhampiaran kawasan restoran.

Laluan ke restoran. Ada banyak restoran yang besar-besar kat dalam tu. Pilih saja mana yang berkenan.

Udang dan sotong yang besar-besar.

Pelbagai jenis ikan.

Semua ketam jantan je yang ada pada hari itu. Ketam betina yang lebih banyak isi semua dah habis.

Ketam Alaska pun ada. Mahu sampai RM500 tu harganya seekor.

Sikecil sebagai pengerusi.

Ketam telur masin, sotong goreng tepung dan udang goreng mentega.

Ikan merah masak tiga rasa,


Pemandangan sebahagian Pulau Singapura.

JB waktu malam.


Secara keseluruhan makan kat sini agak best. Malam tu kami dapat diskaun 15% dari harga asal. Dicadangkan jika hendak ke sini, datanglah lebih awal kerana tempat letak kenderaan agak terhad. Bayaran parkir sekali masuk RM3 saja.

11 comments:

  1. view cantik, makanan sedap, dapat diskaun lagi, mmg terbaik..

    ReplyDelete
  2. Ketam Alaska tu tak berani nak makan, kecuali Mie yg belanja :D

    ReplyDelete
  3. Memang mengancam en mie..semua nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi menu seafood ni memang standard macam tu kat mana-mana cuma rasa je ada sikit berlainan kot...

      Delete
  4. JB tak pernah sampai lagi. CT memang slowly tengah merancang road trip ke selatan.
    hehehe.. mak aaaih ketam gabak tu. begitu sekali harganya. tak mengapalah haha..

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...