Thursday, October 25, 2018

Pontianak Pt 3 - Istana Kadriah | Masjid Sultan Syarif Abdurrahman | Aloe Vera Center

Selepas makan tengah hari supir bawa kami ke destinasi seterusnya iaitu Istana Kadriah. Istana ini merupakan sebuah istana Kesultanan Melayu yang mula didirikan pada tahun 1771 dan siap pada tahun 1778 oleh Sultan Syarif Abdurrahman AlKadrie yang keturunannya berasal dari Yaman. Istana ini telah mengalami banyak pemulihan dan penambahbaikan hingga ke bentuk yang ada sekarang ini. Di bina daripada kayu belian yang sangat keras. Tidak lagi berfungsi seperti kebanyakan istana sultan di negara kita. Kini dijadikan sebagai sebuah muzium yang berkaitan tentang salasilah keturunan serta barang-barang lama kesultanan dan merupakan salah satu objek pelancungan utama di Pontianak.

Tak ramai orang pada hari itu.

Berwarna kuning iaitu warna yang sinonim dengan warna diRaja.

Sudah berusia lebih dua ratus tahun.

Pintu masuk utama.

Ruang utama yang dijadikan tempat pameran.

Singgahsana.

Salah seorang sultan.

Ruang legar.

Bersama rakan otai.

Terletak berhampiran dengan Istana Kadriah ini ialah Masjid lama Sultan Syarif Abdurrahman yang dikenali juga sebagai Masjid Jami'. Hari itu hari Jumaat jadi sempatlah bersolat di masjid ini. Kedudukannya menghadap sungai Kapuas. Ruang solat dalamannya boleh menampung sehingga 1500 orang jemaah.

Bot-bot penduduk kampung sekitar masjid ini.

Kampung Beting.

90 peratus binaan dalamannya juga daripada kayu belian.

Kubah yang unik seakan kuncup bunga.

Masjid ini juga sebagai salah satu petanda berdirinya kota Pontianak selain Istana Kadriah.

Menghadap kota Pontianak bahagian Selatan.

Suasana solat Hari Raya di masjid ini. (cilok kat Google)

Tempat persinggahan terakhir hari ini ialah ke Aloe Vera center a.k.a. lidah buaya. Macam tak pernah tengok lidah buayalah pulak tapi okaylah juga untuk mengisi masa terluang petang tu. Lagipun memang belum pernah tengok ladangnya dari dekat. Hanya kami dan dua orang pelawat dari Miri yang ada di sini pada waktu itu.


Kebanyakan aloe vera di sini di tanam di dalam pasu.

Subur dan agak besar saiznya.

Abang Long kawasan. Spesis yang agak berbeza dari yang lainnya.

Kawasannya sekitarnya pun agak cantik dan bersih.

Antara produk dari aloe vera yang dijual di sini.

6 comments:

  1. Senibina masjid itu agak unik.
    Sangat menarik melihat jemaah solat sampai ke atas sampan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik... tak pernah nampak kubah masjid macam itu sebelum ini...

      Delete
  2. menarik senibina masjid & istana...solat berjemaah diatas sampan, first time tengok mcm ni..tapi kenapa tk penuhkan saf diatas daratan, mcm ada lg ruang kosong agaknyalah..mngkin dah penuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sebelah masjid tu ada padang... tapi rasanya dah penuh juga... maklumlah Hari Raya semuanya balik kampung...

      Delete
  3. Bagus sekali informasi yang diberikan, terima kasih ya sudah berbagi pengalaman yang bermanfaat. Jadi pengen berkunjung kesana :)

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...