Thursday, September 13, 2018

Lombok Pt 5 - Gili Trawangan

Turun dari Tanah Tinggi Sembalun Ronie terus bawa kami ke pangkalan bot untuk ke Gili Trawangan. Kalau tak salah pangkalan botnya berada di Teluk Nara. Kami naik tak ikut jeti dan terpaksa buka kasut untuk naik ke atas bot. Kebanyakan speed boat bergerak dari sini. 

Gili Trawangan lebih popular berbanding Gili Air dan Gili Meno.

Best naik speed boat ini kerana cuma kami tiga orang.

Menghampiri jeti di Gili Trawangan.

Dari jeti kami terus bergerak menuju ke hotel penginapan. Tak susah nak mencarinya kerana jalan masuknya betul-betul bertentangan dengan jeti. Jalan cuma lebih kurang 100 meter jadi tak perlu ambl kereta kuda untuk ke sana. Di Gili Trawangan memang tidak dibenarkan langsung kenderaan yang bermotor.

Pintu masuk ke Rumah Saga.

Rumah Saga ini bukannya rumah tapi macam hotel-hotel lain juga. Cuma ada empat bilik saja di sini jadi keadaannya memang aman damai. Ada kolam renang lagi tapi kami tak masuk pun walau sekali. Sampai di sini dah agak petang. Lepas selesai semuanya kami tidur dulu sebab agak letih setelah melalui perjalanan yang agak jauh hari ini. Trip ini untuk rilek-rilek je lagipun kami ada dua malam di pulau ini. Malamnya baru kami keluar untuk makan. Banyak kedai makan di jalan ini berbanding jalan-jalan lainnya di kawasan ini. Harga pun agak berpatutan.

Kolam renang di hadapan bilik.

Besoknya barulah kami keluar jalan-jalan tapi memang tak berniat langsung untuk ambil pakej yang melibatkan apa-apa aktiviti air. Cuma bersiar-siar ambil ambl angin segar dan melihat gelagat mat salleh yang merupakan pengunjung paling ramai di sini.

Cuaca cerah hari ini.

Jeti berlatarbelakangkan Pulau Lombok yang berbukit-bukit.

Jadi pagi ini kami nak mengelilingi pulau dengan menaiki kereta kuda atau di sini dipanggil cidomo. Harga untuk menaiki sebuah cidomo ialah 150 ribu rupiah untuk perjalanan lebih kurang 5 kilometer. Agak mahal tapi menarik kerana tak pernah naik mana-mana kereta kuda sebelumnya. Penumpang maksima yang boleh dibawanya ialah empat orang dewasa. Tapi kalau mat salleh yang besar gedabak naik memang agak terjongket tempat duduk penumpangnya.

Cidomo Gili Trawangan.






Kami minta pemandu cidomo untuk berhenti di Pantai Ombak Sunset. Pantai ini terletak di bahagian yang bertentangan dengan jeti. Keadaan di kawasan ini lebih tenang. Banyak hotel yang bagus terletak di kawasan ini.









Siap buat rondaan sepusingan kami balik ke bilik untuk ambil basikal. Dengan basikal ni dapatlah kita masuk semua jalan-jalan dan celah lorong yang ada di sini. Kalau menapak memanglah tak larat.




Ada dua buah masjid di pulau ini. Masjid Baiturrahman lebih besar berbanding yang satu lagi.


Melepak sekejap di tepi pantai. Tak ramai orang mandi di sini sebab panas berdenting.

Petangnya keluar lagi dengan basikal untuk ke Pantai Ombak Sunset. Lokasinya taklah jauh mana tapi keadaan jalan yang tak bertar agak kurang selesa untuk berbasikal. Ke sini kononnya nak tengok suasana matahari terbenam. Tapi cuaca petang tu tak berapa nak cerah.

Ini nak ambil gambar orang bersantai ke... atau orang berkuda...

Hotel Ombak Sunset.


Kat kawasan buaian tu agak ramai orang, jadi kita duduk jauh sikitla...







Hari terakhir di Gili Trawangan memang tak ada rancangan apa-apa. Bot laju yang akan ambl kami akan sampai di jeti pada jam sebelas pagi. Jadi selepas sarapan kami bergolek semula di katil.

Sarapan di tepian kolam renang. Sarapan disiapkan selepas ada pesanan.

Suasana di jeti yang sentiasa sibuk.


Yang datang dan pergi silih berganti.

Selamat tinggal Gili Trawangan.

6 comments:

  1. tak boleh guna kenderaan bermotor...bagus jugak, kurang sesak dan bebas pencemaran asap kenderaan. menarik!

    ReplyDelete
  2. hellloooo PLM im back !!

    cantik haih krusi kaler2 tu macam bean cushion tapi panas2 terik takdak sapa kot nak pi berjemur situ ngeh2.. tengok gambar anak PLM tu sunburn kemain ihik =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari mana tu CT... hehe

      Rasanya tempat tu sesuai untuk melepak pada waktu petang... memang panas yakamat kalau cuaca cerah...

      Delete
  3. cantik sunset di Ombak Sunset...banyak props utk photoshoot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi lokasinya agak jauh dari jeti... di bahagian balik pulau...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...