Sembalun merupakan satu kawasan tanah tinggi yang terletak berhampiran Gunung Rinjani. Udara di sini agak nyaman dan pemandangannya pun cukup cantik tapi tak banyak pokok seperti di Cameron Highlands.
Dari Senggigi ada dua jalan untuk sampai di Sembalun. Ronie ikut jalan yang lebih dekat untuk ke sana tetapi terpaksa melalui kota Mataram yang agak sibuk pada waktu pagi. Perjalanan mengambil masa hampir tiga jam.
Orang tak berapa ramai kerana hari itu hari Jumaat.
Pemandangan yang cantik.
Ada kawasan pertanian di bahagian kaki bukit.
Ada banyak penjual makanan di sini. Salah seorang daripadanya merupakan penyokong pasukan JDT. Dia pernah tinggal dan bekerja di Parit Sulong, Johor selama beberapa tahun.
Bukit-bukit botak dan ladang stroberi.
Mulanya macam malas juga nak petik stroberi ni tapi dah masuk dalam bayaran pakej sekali. jadi kita pun petiklah juga.
Perjalanan diteruskan untuk mencari tempat untuk makan tengah hari. Hari ini adalah hari Jumaat jadi Ronie singgahkan kami di kedai makan Lesehan Balamo sementara dia ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Ada banyak masjid di kawasan tanah tinggi Sembalun ini dan kedudukannya tidak begitu jauh antara satu sama yang lain.
Lesehan Balamo. Ada juga pilihan tempat makan yang bermeja di bahagian dalam.
Kami memilih untuk makan di sini.
Kolam ikan di bawahnya. Di bahagian hujung sekali ada disediakan tempat untuk bersolat.
Pemandangan dari sini pun cantik juga.
Tak banyak pilihan lauk di sini. Cuma ada sayur bening, sup dan ikan nila goreng cicah sambal.
Makanan biasa-biasa pun jadi sedap sebab udara yang nyaman.
Selesai makan Ronie bawa kami ke satu penempatan Sasak lama di kaki Bukit Selong. Penempatan ini tidak berpenghuni tapi dijaga rapi sebagai tempat lawatan untuk pelancong. Tapi tarikan utama di sini ialah naik ke Bukit Selong untuk mendapatkan pemandangan kawasan pertanian yang lebih cantik berbanding dari Pusuk Sembalun.
Laluan naik ke Bukit Selong. Tak tinggi mana pun bukitnya.
Panoramic view
Ada bukit yang lebih tinggi tapi rasa macam tak sanggup pulak nak naik.
Dari sini kami bergerak keluar untuk ke tempat lawatan terakhir di kawasan Sembalun iaitu masjd kuno. Kena cepat keluar dari kawasan ini kerana pada petangnya kami akan bertolak ke Gili Trawangan sedangkan perjalanannya masih jauh lagi.
Laluan masuk untuk ke laluan pendakian Gunung Rinjani.
Tempat pendaftaran dan bayaran masuk untuk ke Gunung Rinjani.
Kawasan masjid kuno ini dikelilingi sawah padi.
Masjid ini terletak di atas bukit.
Bentuknya seakan-akan rumah tradisi orang Sasak.
Kawasan Sembalun merupakan pusat pengeluaran gajus bagi Pulau Lombok. Sepanjang jalan turun banyak pokoknya di kiri kanan jalan. Gajus di sini di panggil sebagai kacang mete.
Macamana lah keadaan diarang ni sekarang lepas gempa hari tu kan.
ReplyDeleteKhabarnya masih ada lagi gegaran kecil hingga hari ini... Tak boleh nak bayangkan keadaan diaorang macam mana... mudah-mudahan semuanya bertambah baik...
Deletemenarik restoran tu, view pun cantik...luas kwsn pertanian di kaki bukit, mereka tanam pokok sayur kot..mesti subur tanah sbb kwsn gunung berapi..
ReplyDeleteSelain stroberi memang banyak sayur-sayuran yang di tanam...
DeleteMasuk ke dalam ke rumah-rumah di situ?
ReplyDeleteRumah-rumah tu agak kotor dan berhabuk sebab tak berpenghuni jadi memang tak sesuai untuk kita masuk en Din...
DeleteMasjid Kuno, satu-satunya masjid yang saya jumpa yang tak bagi orang solat.
ReplyDeleteMasjidnya pun uzur dan mungkin tidak sesuai digunakan untuk bersolat... dalamannya mungkin berhabuk sebab sesekali saja digunakan...
DeleteYa, betul. Lantainya tanah dan ada tempat sajian/tokong kecil seperti yang terdapat di hadapan rumah orang Hindu-Bali.
DeleteOh yeke... tak perasan pulak... pengaruh Hindu masih bertapak di sana...
DeletePray For Lombok! a thousand masjid island.
ReplyDeleteBertabahlah saudara... Allah SWT sedang menguji umatnya...
Deletesuatu hari mesti nak datang sini juga.. teruja membaca pengalaman saudara.
ReplyDeleteTapi tak ada banyak tempat lawatan macam di Cameron Highlands...
Deletesekali tengok permandangan tu macam Banjaran Titiwangsa yang kita singgah kalau nak ke Kelantan tu.. lebih kurang tapi sure feeling tak sama =D
ReplyDeleteTapi gunungnya kurang berpokok... seakan-akan Gunung Batok di Bromo...
Deletejalan2 murah ke jepang http://travepintar.com
ReplyDelete