Dari Olympic Sports Center kami bergerak pula ke Tian'anmen Square dan Forbidden City. Tukar dua laluan subway dan berhenti di stesyen Tian'anmen East di laluan 1.
Keluar dari stesyen terus saja menuju ke pintu gerbang ini. Memang ramai orang di situ. Jalan dan jalan tapi tak nampak pintu masuk ke Forbidden City tu. Rupanya ini adalah laluan keluar. Kenapalah tak tengok dulu peta yang ada di stesyen tu. Sepatutnya kami ambil laluan di bahagian kanan barulah betul. OR dah mula keletihan. Jadi dia kata dia tunggu saja di hadapan stesyen subway.
Sebelum dapat masuk ke luar kawasannya pun dah terpaksa melalui pusat pemeriksaan keselamatan. Memang leceh betul rasanya. Ramai orang berbaris masa tu. Lebih daripada sepuluh minit baru dapat melepasinya.
Orang tetap ramai walaupun cuaca agak sejuk.
Selepas melalui pemeriksaan keselamatan.
Pintu masuk ke kawasan Forbidden City.
Selepas melepasi pintu masuk utama.
Sempadan kawasan tidak berbayar.
Kami cuma sampai ke kawasan ini saja. Bukan tak mahu masuk. Jika masuk tentu akan mengambil masa berjam lagi kat dalam tu sedangkan OR ada menunggu di stesyen subway. Di sini laluan adalah sehala. Kalau hendak keluar terpaksa melalui jalan lain dan terpaksa berjalan lebih sekilometer untuk sampai ke pintu gerbang berhampiran stesyen subway tadi. Tian'anmen Square pun kami sampai terlupa nak singgah, padahal cuma di seberang jalan. Inilah risiko pergi sendiri, kekadang kita tewas dengan keupayaan sendiri walaupun telah dirancang sebaiknya.
Cukuplah berfoto di sekitar kawasan ini.
Laluan keluar.
Pokok keemasan yang cantik berhampiran pintu keluar ini pengubat rasa kecewa.
warna daun kekuningan ...wa cantiknya
ReplyDeleteKebanyakan tempat pokonya berwarna kuning...kalau banyak merah tentu lebih cantik...
Deleteaduh lemah tgk kawasaan besarrr sgt nih...kena fit kan kaki ni..hehehe
ReplyDeleteMemang luas kawasannya... tapi kalau udara nyaman...OK je...
Deletepenat berjalan dalam tu..tapi macam rugi je tak masuk..:)..tak pe la PL Mie..tahun depan nanti pergi lagi k...hihihi
ReplyDeleteNak buat macam mana wa... kalau masuk berjam tu... orang yang menunggu risau hilang pulak nanti...
Deletebestnya..tengah layan drama cina Bu Bu Xing Ji..citer zaman Qing Dynasty..shooting di Forbidden City...besar sungguh kwsannya..teringin nak pergi..kena berjalan berkilo-kilo tu yg lemah sikit...huhu..ni belum daki Great Wall lagi..hihi..
ReplyDeleteTapi nohas kena pergi juga ke Beijing satu hari nanti...rugi ooo... banyak tempat menarik kat sana...
DeleteForbidden city ni mmg sokmo rmai org kan? Dulu sya masok halfway, pas tu gave up.. rmai na umat...
ReplyDeleteDahlah orang ramai kawasannya pun luas sangat...Kalau nak ke sana kena reserve satu hari penuh rasanya untuk cover keseluruhan bahagian...
DeleteOh..lupa nak tanya ..jejaka pakai winter coat biru yang selalu jadi model dalam blog ni siapa ye..anak Mie ka..hihihi
ReplyDeleteItu anak bungsu saya wa... first year engineering student kat UA...
Deleteooooo..seronoklah ya... ayah kuat berjalan ... untung oooo...:)
DeleteAnak2 wa pun manyak huntung juga...kecik2 lagi dah dapat berjalan jauh2...
DeleteCantik autumn di korea.. mampu tengok jela setakat nie
ReplyDeleteSebenarnya autumn kat Beijibg tu. Boleh je saudara ke sana satu hari nanti sebab kos percutian ke China agak murah...
Deletememang best kan jenjalan waktu sejuk ni.. tak terasa penat sesangat.
ReplyDeleteteringat2 masa ke Forbidden City in 2001.. i muntah2 masuk sini.. tak tau kenapa.
Kalau pergi ke negara empat musim, rugilah kalau pergi pada musim panas Yan. Kitaorang lebih suka gigil kesejukan daripada berlengas ketiak...
DeleteTapi memang rasa rugi tak dapat cover kawasan tu... Kami ok je, cuma kaki yang tak tahan...
Lama sangat xsinggah rumah PLM. Alhamdulillah kebetulan tengah cari more info pasal Beijing. Kena study dengan tekun ni.
ReplyDeleteBie ke mana kamu sebulan dua ni... Beijing ni sebenarnya agak mudah untuk di explore...sistem pengangkutannya best... DJ pun nak ke Beijing juga khabarnya masa winter nanti...
DeleteMusim gugur di mana2 selalu cakep ya. ;)
ReplyDeleteMemang cantik mas Adie... silalah ke negara empat musim jika berpeluang...
Deletekota di cina bersih.
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Memang agak bersih... satu ciri penting kearah negara maju...
Deletealaaa sianya...OR rumah x masuk forbidden city tu..ye lah dah jauh jln kan mesti penat
ReplyDeleteMemang luas betul tempat JM... pastu baliknya kena ikut jalan lain yang jauhnya lebih satu km...
DeleteTak perlu nak jelajah semua tempat di Forbidden city tu sebab tempatnya luas...kalau nak jelajah habis kena pergi 3-4 kali, macam saya ha ha ha...saya pergi banyak kali sebab bawa saudara mara berjalan-jalan. Tapi orang sentiasa ramai di situ, tak kira musim. Tiananmen Square tu dekat, sebelah je...kalau ada peluang lagi...lain kali Mie boleh datang lagi. Saya pun pada kunjungan pertama, terlepas melawat Tiananmen..hanya setelah kunjungan kedua dan ketiga baru dapat.
ReplyDeleteMungkin terpaksa luangkan masa sehari suntuk kat Forbidden City tu supaya dapat menjelajah ke semua ceruk... Nak pergi lagi??? Memang ada kawan yang mengajak lagi ke sana... tapi tunggu dululah nampaknya...
Deletewaktu PLM datang ni snow xdak eh ? selalu tengok orang main snow kat Forbbiden City..
ReplyDeletekalo ada snow CT lah nak golek2 dulu hehe..
Masa tu belum cukup sejuk lagi di Beijing... tapi di luar kota memang dah ada snow...tapi jumpa yang dah beku... tak sesuai nak guling2...
Delete