Sebelum berlepas lebih baik kita download dulu subway map untuk kota Beijing dalam handphone. Jadi tak payahlah buka kertas setiap kali nak guna subway. Aplikasi di bawah ini adalah antara yang terbaik rasanya. Jelas dan tak bercampur aduk dengan tulisan China.
Logo bagi aplikasi Beijing subway map.
Jom... AAX dan siap menunggu. Penerbangan berlepas pada jam 7.20 malam.
Ramai penumpang pada hari tu. Kebetulan masa tu pelajar UA sedang bercuti pertengahan semester jadi memang ramai kumpulan anak-anak muda pergi bercuti.
Kalau dah jemu dengan nasi lemak Pak Nasser, pesan yang ini pun sedap juga. Dapat dodol tu sekali jika pesan nasi dagang. Yang itu pilihan OR.
Sampai di Beijing Capital International Airport (BCIA) Terminal 2 pada jam 1.20 pagi. Waktu di Beijing dan Malaysia adalah sama. Ambil mood dulu berfoto di Great Wall katanya.
Jam 2.00 pagi, melepak di kawasan ketibaan selepas semua urusan selesai.
Sampai di luar kawasan ketibaan, perkara pertama yang nak dicari ialah tempat nak menunaikan kewajipan. Mengikut beberapa orang yang pernah ke sana, tempat solat ada disediakan di Terminal 3 BCIA. Tapi kedudukannya agak jauh dan memerlukan kenderaan untuk ke sana.
Nasib baik kami tak ke sana kerana ada sekumpulan tiga orang yang menaiki penerbangan yang sama pergi ke sana tapi jumpa pun tempat solatnya. Macamana kami tahu? Sebab secara kebetulan diaorang menginap di hotel yang sama dan tarikh baliknya juga sama dengan kami.
Mula-mula kami ronda dulu kawasan ketibaan ini. Tapi tak nampak satu sudut pun yang sesuai. Akhirnya kami duduk di kawasan kiri sebelah hujung kawasan ketibaan. Di situ ada eskalator yang menuju ke bawah. Rupanya di bahagian bawah langsung tak ada orang sebab tak disediakan bangku di situ. Jadi memang aman damai betullah tempatnya. Nak bentang tikar tidur kat situ pun boleh.
Selesai semua urusan perut rasa macam lapar pulak. Sebelum tidur kami pekena mee segera cawan yang dah memang kami siapkan dalam bagpack. Dispenser air panas pun ada disediakan. Memang ngamlah.
Harga tiket train ekspres dari BCIA ke stesyen Dongzhimen ialah 25 yuan. Trip pertama berlepas pada jam 6.21 pagi. Train ekspres ini hanya berhenti di dua stesyen sahaja. Sebelum Dongzhimen, stesyennya ialah Sanyuanqiao.
Hotel penginapan kami terletak berhampiran stesyen subway Dongsi. Tukar dua subway untuk sampai.
Agak mudah mencari hotel penginapan kami. Yang penting kena keluar dari subway mengikut pintu yang betul. Hotel 161 ini terletak di Lishi Hutong, kira-kira 200 m dari exit C line 5 subway. Kami sampai di hotel penginapan pada jam 8.30 pagi. Mula-mula cuma nak tinggalkan beg dulu dan keluar meronda. Tapi dapat pulak terus check in. Memang terbaiklah.
Bilik penginapan yang agak selesa. Ada di sediakan meja dan flat TV.
Secara kebetulan ada restoran China Muslim berselang dua pintu dari hotel penginapan kami. Memang senanglah soal makan di sini.
Masjid Dongsi berhampiran hotel penginapan.
Suhu agak sejuk pada masa tu. Siangnya di bawah 10 darjah dan waktu malam mencecah 0 darjah Celcius. Selesai check in, kami tak mahu buang masa. Pagi ini kami nak tengok sarang burung gergasi iaitu sebuah stadium yang di bina sempena Beijing menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2008. Waktu itu sudah jam 10 pagi jadi subway pun dah tak berapa sesak.
Destinasi pertama Olympic Sports Center.
Pokok-pokok ginkgo berhampiran pintu keluar subway.
Dah tak berapa cantik, daun dah terlebih gugur.
Bangunan IBM yang unik berhampiran Stadium sarang burung.
Pintu masuk ke kawasan stadium di sebelah kanan. Kat China ni dia orang memang gila mengimbas barang-barang yang di bawa. Akur sajalah.
Nampak macam dekat tapi sebenarnya agak jauh juga berjalan untuk sampai,
Dari sudut yang berlainan.
Happynya dia...
Yang di dalam kawasan berpagar masih lebat daunnya. Dah macam daun emas.
Water Cube, stadium acara sukan renang.
Lebih sejam kami di sini. Di bahagian luar pagar ada banyak kedai cenderamata tapi kami tak beli kerana mahal. Dari sini kami bergerak ke destinasi seterusnya...
wah backpacker sungguh ni...tidor kat airport ye.....jimat 1 mlam bayar hotel kan
ReplyDeletekami pun slalu csrik hujung hujung kawasan yg sunyi utk solat....
DeleteAlah Nekcik cuma 4 jam je menunggu siang... rugi kalau terus pergi hotel. Lagipun train dah tak jalan masa tu...
Deleteahaa..kalau bagi JM plak lebih suka guna kertas sbb gadjet tu kerap sangat habis bateri..so gunalah kertas tu until nak balik dah mcm belacan..Ikut kesesuaian dan keselesaan kan PLM
ReplyDeleteJM... apps tu offline... tak mencekik bateri punya... Lagipun nampak canggih sikitlah...
Deletepelajar Universiti sekarang berduit kan, time belajar pun leh g travel..
ReplyDeleteKalau dah hobi... sanggup ikat perut untuk jalan2 diaorang ni... Tapi JM ada banyak tabung.. so no hal lah...
DeleteWooowww!! PLM! hotel yang di pilih sgt menarik dari segi lokasi, dekat masjid dan bilik pun best..yang peting dekat tempat makan tu
ReplyDeleteMemang terbaik lokasi hotel tu... recommended untuk sesiapa jika ke Beijing... tapi bintang2 memang takde lah...
DeleteMenarik!!! Stadium sarang burung dan Water Cube antara tempat yg wajib singgah..bestnya backpack ni sbb kalau pegi ngan agent dorang suka bawak pegi ke kedai2 kain sutera lah, teh china lah, urutan kaki lah, kedai jade lah pastu kena tipu..harga x menahan..sambung..menarik ni nk baca lagi
ReplyDeleteTu yang lecehnya pergi dengan pakej...pastu masa dihadkan...terkejar2 jadinya... PLM suka ikut pace sendiri...
DeleteAA tengah buat SALE..so blog PLM lah JM rujuk nanti...nak skodeng tiket ke Beijing lah hehehehe
ReplyDeletelajuuuuuu je dia.. ahaha..
DeleteHaah JM... bawak adik CT tu sekali...
Deleteuntunglaaa CT kalo ada orang sudi bawak itew sama..
Deletememang kusam sungguh warna langit tu En. Mie...Chengdu pula waktu itu, daun byk lagi tak tukar warna..daerah lain pun macam tu juga...x berapa nk ada rezeki tgk daun berwarna-warni huhuhu
ReplyDeleteMacam itulah langit Beijing sepanjang saya di sana... nasib baik daun kaler2 dapat menggantikannya...
Deletecantek pokok dedaun kuning tu
ReplyDeleteTapi macam kurang variasi... Korea lebih meriah rasanya...
Deletewoaaaah PLM.. daun2 tu semua kuning2 da.. xde oren oren eh..
ReplyDeletekiranya that night memang bermalam di airport la kan ? dulu CT nak pergi Beijing la time ke Hangzhou..
haha tetiba kawan2 tukar destination.. insyallah one day ke Beijing pula..
PLM ada pergi di kawasan perbukitan...naik cable car lagi. Banyak pokok warna warni tapi berkabus pulak...frust tul...
DeleteCheapskate memang kena tidor kat airport CT. Kos satu malam duit hotel boleh buat belanja lain... AA tengah sale tu... apa kata ajak hakak JM CT tu...
Hakak JM tu mana layan travel dengan CT hehe.. tengah sale dan menggoda2 semuanya..
Deletetapi kena tunggu dululah.. tengok sale kemudian2 kot ada rezeki..
cute bilik hotel tu...ok juga Beijing kalau jalan sendiri2..belum pernah sampai China lagi..huhu..
ReplyDeleteChina ni tempat percutian murah nohas... rugi tak pergi...
Deletebilik hotel tu ceria sgt..hehee
ReplyDeletesaya betul2 baca catatan en.mie ni, utk amik tips..sbb lagi berapa hari je nak ke China. Pertama kali..nervous gak. Redah berdua je.
Wah ramai yang suka bilik hotel tu...
DeleteUjie nak ke mana... kalau tunggu entry saya memang lambat lagi nak habis, Boleh je email saya kalau ada apa2 yang boleh saya bantu...
Biasalah tu... memang nervous bila first time... Tapi bila dah sampai sana semuanya kacang je...hehe
Anak lebih besar daripada ayah dah..
ReplyDeleteBudak2 sekarang en Din... cepat membesar...tak macm kita dulu2... kurang zat makanan kot..
DeleteCantiknya, daun-daun ginko tuh. Masa pergi Beijing 2013, time summer, panas.
ReplyDeleteRugi pergi negara empat musim masa summer... so Sarah kena mengulang lagi nampaknya...
DeleteMemang lawa pokok Ginko tu....nasi lemak Pak Naser tu memang dah tak sedapp..!Wa gi beijing tahun 2005...dah 10 tahun rupanya..... hihihi. Tapi kalau restoran halal dekat dengan hotel memanglah bestttt kan..kan..kan....hihihi
ReplyDeleteDah lama sangat tu...dah boleh mengulang dah ni... Memang kira bonuslah ada restoran dekat dengan hotel...
DeleteJumpa ke tak jumpa tempat solat di airport tu? Nampak macam Mie tertinggal perkataan dalam ayat di atas.
ReplyDeleteMemang tiada tempat solat di Terminal 2 BCIA. Itu memang sudah maklum sebelum ke sana lagi. Jadi saya gunakan ruang di tingkat bawah yang memang langsung tiada orang...
DeleteSaya sendiri pun tak pernah jumpa bilik solat di Beijing Airport, kalau pernah ada pun mungkin ketika Sukan Olimpik diadakan di sana pada suatu masa dahulu.
DeleteKawasan Dongsi itu amat 'familiar' dengan saya sebab selalu ke masjid di situ. Bagusnya Hotel tu dekat dengan masjid dan stesen keretapi.
ReplyDeleteDan bersebelahan dengan restoran halal lagi...hehe
Deleteenmie cpt update...saya nak copy paste jeeee...hehehe!
ReplyDeleteDJ... apdet mungkin lambat sampai tahun depan... tapi kalau nak itinerary boleh email saya...hehe
DeleteBermlm di airport..hmmm.... blm pnh merasa lg pngalamn itu... bln brp ni plm. . Dulu saya p end of oct tp berkabus giler... pokok pon dh togel dkt burd nest stadium . Salute PLM terjah beijing sendiri. Sya guna khidmat TA. Sbb costnya murah sngt rasa mcm berbaloi guna khidmat mereka... seingt saya rm430 all in 6 hr... mkn hotel jln... so, guna TA lah kmi...hehe
ReplyDeleteDah beberapa kali juga bermalam di airport sebab dah lewat sangat. Saya pergi minggu kedua bulan November. Kira nasib baik jugalah sebab daun pokok masih belum gugur semua, Sebenarnya sistem pengangkutan di Beijing amat mudah dan murah. Redah sendiri je lebih jimat cik Fari...
Deletehr tu ingat nk try gak nasik dage tu...ha..ha... sedap x..?
DeleteOR kata sedap... dapat dodol lagi...
DeleteAssalam. Seronoknya.. muda-muda dah pergi berjalan jauh. Alhamdulillah
ReplyDeleteNasiblah ada AA dan rezeki yang Allah bagikan... dapatlah berjalan bawa anak sekali...
Deleteindah sekali, apalahi pohon yang berdaun kuning itu.
ReplyDeleteSalam PLM,
ReplyDeleteLama saya tak berkujung. Sibuk sangat. Blog saya pon dah 10 inci sawangnya... Saya nak tanya sikit, Flight PLM samapi pukul 1 kan... selesai urusan di imigresen dan lain2 tu ambil masa berapa lama...? sementara nak tunggu pukul 6 tu, PLM memang lepak di airport aja lah kan... Hotel tu, booking dari mana ya..?
Nak pergi lagi ke cik Fari... Flight sampai jam satu lebih. Gitu gini jam dua lebih dapatlah keluar ke kawasan menunggu. Kitaorang lepak je kat airport sebab ramai orang... so no hal lah. Bolehlah cik Fari merasa sendiri nanti... hehe
DeleteHotel 161 tu rasanya saya book melalui booking.com
Insyaallah PLM...:) nak ke tempat lain tp transit jap di Beijing... Hotel 161 tu cantik saya tngk.. Ada tempat jual winter wear murah2 tak berdekatan situ...? Ingat nak belik aja bila sampai...Dr KL bawak satu ja...huhi.... Sya dok gigih ambik cara PLM naik public transport.. nak bawak kawan ke Great wall naik train ingatnye....
DeleteKedai jual baju winter memang banyak di sepanang jalan ke hotel. Rugi saya tak beli dulu. Naik pengangkutan awam memang cara yang paling murah untuk ke GWOC... Insya Allah cik Fari boleh...
DeleteTerima kasih PLM... saya harap ok ler kot semuanya..cuma waktu tu winter sejuk sangat... takut peniaga tepi jalan pon tak ada... lagi satu nak tnya, kalau saya nak terus ke hotel, mahal ke taxi pepagi buta gitu?
DeleteOfkos lah mahal... sebab dah lepas waktu tengah malam. Stay je kat airport... jimat kos hotel utk semalam... hehe
Deleteadoiii...naya....huhuhi
Delete