Percutian kali ini agak singkat. Cuma 6H5M saja walaupun banyak tempat yang boleh kita pergi. Jadi terpaksalah memilih salah satu tempat dan mengorbankan tempat yang lain.
Antara pilihan yang terpaksa dibuat ialah sama ada nak ke Cervantes atau ke Rottnest Island. Juga antara Albany dan Katanning. Akhirnya kami memilih untuk untuk ke Rottnest Island dan Katanning.
Kalau cuti panjang memang kalau boleh kami nak pergi ke semuanya.
Tempat-tempat lain di luar Perth yang sempat kami singgah ialah Fremantle, Mandurah, Busselton, Margaret River dan Augusta. Juga ke Caversham wildlife Park.
Penerbangan berlepas pada jam 12.05 pagi dan mengambil masa 5 jam 40 minit untuk ke Perth. Apa yang best, Perth dan Malaysia berada dalam satu zon waktu yang sama. Waktu subuhnya juga sama, cuma waktu maghribnya agak cepat iaitu pada jam 5.30 petang. Jadi pagi itu sempatlah kami menunaikan kewajipan dulu sebelum ke tempat kereta sewa.
Proses di imigresen dan kastam pun lancar. Yang penting istihar saja apa yang kita bawa. Semuanya tak ada masalah.
Proses di imigresen dan kastam pun lancar. Yang penting istihar saja apa yang kita bawa. Semuanya tak ada masalah.
Prayer's room. Laluannya betul-betul di sebelah kanan kaunter kereta sewa.
Sebelum keluar sempat beli Vodafone simcard.
Penting untuk ada simcard di Australia kerana kebanyakan tempat penginapan tidak menyediakan wifi percuma. Kalau tak ada talian internet boleh mati kutu dibuatnya. Tak mahal pun cuma AU$20 je dan boleh digunakan selama sebulan. Tapi kami kongsi berempat jadi ngam-ngam plan tu habis semasa kami nak balik. Selesai semuanya barulah kami bergerak Bayswater car rental.
Tempat menunggu teksi terletak di sebelah kiri balai ketibaan. Tak perlu kupon bagai.
Teksi stail klasik tapi kereta baru sebenarnya. Siap ada wifi sekali.
Bayswater Car Rental yang terletak di Adelaide Terrace, Perth. Ada beberapa cawangannya yang lain, tapi kami memilih yang ini kerana lokasinya dekat dengan Perth CBD. Senang untuk memulangkan nanti. Lagipun dekat dengan laluan bas red CAT.
Selesaikan urusan di kaunter.
Bila memandu menggunakan GPS perlu ada seorang navigator supaya perjalanan lebih lancar. Alhamdulillah navigator kami cekap orangnya. Kalau tak berjaya guna GPS dia guna offline map yang interaktif.
Sampai di Fremantle Market. Sistem parking berkupon lebih kurang sama macam kat tempat kita.
Fremantle market.
Mencari bekalan sayuran untuk perjalanan keluar dari Perth.
Beli pisang untuk makanan segera yang boleh mengenyangkan.
Ceri yakamat mahalnya, hampir RM60 sekilo.
Pasar yang bersih dan tersusun. Tak nampak orang jual ikan di sini.
Selesai di pasar, singgah ke Coles Supermarket untuk mencari barang-barang kering.
E-Shed Markets Fremantle yang dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
E-Shed adalah destinasi wajib jika ke Perth. Di sini banyak kedai menjual barangan souvenir. Kebetulan kami sampai di sini pada hari Sabtu. Jadi hari pertama kami sampai di Perth aktiviti shopping sudah bermula. Bukan sebab apa, cuma waktu bukanya yang terhad tiga hari dalam seminggu. Kalau tak pergi hari ini memang tak dapatlah nak mencari souvenir yang agak murah berbanding di tempat lain.
Kedai yang menjadi tumpuan sebab harga barangannya lebih murah.
Terjumpa ramai orang Malaysia yang datang ke sini secara pakej rombongan.
Kalau nak makan tak ada masalah kat E-Shed kerana ada kedai kebab di sini.
Bangunan E-Shed ini menghadap Pelabuhan Fremantle.
Banyak tarikan di Perth, tapi tak sempat nak diterjah.
Cicerello's - Restoran Fish 'N" Chips yang terkenal di Fremantle.
Lokasinya tak jauh dari E-Shed.
Pager bergegar bila pesanan siap.
Big portion, memang mengenyangkan.
Boleh juga kalau nak ke Kailis', yang terletak bersebelahan Cicerello's.
Meninggalkan Fremantle untuk ke Mandurah.
Destinasi kami seterusnya ialah untuk ke Mandurah. Cadangnya nak singgah di satu pantai di sana. Tak ingat pulak namanya. Kata orang kalau bernasib baik boleh nampak kelibat paus di sini. Tapi sebenarnya kami ke sini adalah untuk mencari port untuk tunaikan kewajipan, sebab memang tak sempat nanti bila sampai di Augusta.
Alhamdulillah tempat yang kami berhenti tak ramai orang dan ada kemudahan bilik air. Cuaca tengah hari itu agak panas tapi nyaman kerana udara laut agak sejuk.
Pit stop pertama, tepian pantai di Mandurah.
Pantainya cantik tapi tak ada orang mandi, mungkin sejuk agaknya.
Best kalau dapat rumah kat tepi pantai macam ni.
Farmers market, Bunbury.
Pit stop kedua kami ialah di Farmers market, bandar Bunbury. Masa tu terasa teramatlah mengantuknya sebab tak berapa lelap semasa dalam penerbangan.. Jadi kami berhenti sekejap untuk mengopi.
AU$4.80 segelas...
Dah masuk waktu maghrib semasa menghampiri bandar Augusta.
Sampai di tempat penginapan, Augusta Escape hari dah pun gelap. Sunyi macam tak ada orang, Tekan loceng berkali-kali barulah ada seorang perempuan tua buka pintu. Tak usah risau ya DJ, tempat ini tak menyeramkan macam kat NZ tu... .hehe. Rupanya orang yang incharge hari itu keluar jadi dialah yang uruskan semuanya.
Caj semalam rumah satu bilik untuk bertiga ialah AU130. Tapi kami datang berempat jadi dia minta caj extra AUD20. It's OK, tapi masalahnya dia minta semua bayarannya dalam tunai. Padahal bayaran dah dibuat melalui kad kredit di booking.com. Tak apalah mungkin dia tak faham prosesnya.
Selepas balik dari Perth, kitaorang email ke pihak pengurusan Augusta Escape bertanyakan hal tersebut. Alhamdulillah dalam masa dua hari semuanya sudah selesai. Respek betul dengan cara dia orang bekerja.
Antara kemudahan yang disediakan.
Bolehlah memasak macam kat rumah sendiri. Tapi tak gunakan alat memasak yang disediakan. Kita orang bawa travel cooker sendiri.
Tempat tidur yang best, lena ekspres terus sampai ke pagi.
Augusta Escape di pagi hari.
akhirnya ada gak entri Perth ni..ingatkan PLM nk tunggu lepas raya baru nk update....jap nak sambung baca
ReplyDeleteKena buat juga posting... tak mau blog ni jadi sunyi nanti...
DeleteBagus le... Boleh saya membaca berterusan
Deletecab tu kiut teringat Mr Bean
ReplyDeleteTapi memang kat London banyak teksinya pun stail macam ni JM...
DeleteMr bean tu john kaki berangan ke JM
DeleteMr Bean tu adik beradik kacang x de kaitan dengan John Kaki Berangan heeee..
DeleteJohn Kaki Berangan tu My Travel Idol :-)
berapa org trip kali ni PLM...bertiga?
ReplyDeleteahaks...pergi berempat
Deletekedai souviner MEGABES tu mmg menjadi tourist spot dari Msia kerana ownernya org singapore dan YES!!! harga lebih murah berbanding kedai2 yg lain...dulu JM ke kedai ni lepas baca blog Kaki Berangan tu
ReplyDeleteSetuju dengan JM... harga barangannya lebih murah berbanding kedai lain dalam E-Shed tu. Wah... KB boleh minta komisen dari kedai tu...
Deleteaugusta travel tu nampak mcm lebih kurang tempat saya menginap dlu di sana. adakah dah tukar nama? hihihih
ReplyDeleteMungkin juga John... sebab nama Augusta Escape nampak lebih sesuai untuk tempat tu...
DeleteRindu dengan Fremantle ni, bandar dia tenang je.
ReplyDeleteBoleh repeat Ren... AA tengah offer tu...hehe
DeleteBanyak tempat lain.. Saya mungkin tak repeat... Tapi saya belum sampai ke perth lagi
DeleteBest en Din... memang tenang dan syok memandu kat sana... Sila cari tiket cepat...
Deletememang rindu nak g perth, best sgt memandu dengan cuaca yg sejuk..klu pekena kopi panas tu mmg umphh..ok juga korg g rottnest island ngn katanning tu sbb ramai yg dh pegi cervantes n albany, so boleh share pengalaman yang lain sikit drp yg lain..
ReplyDeleteTQ itinerarynya Yayan... sebahagiannya saya guna. Memang kena buat pilihan, tapi rasa rugi sebab tak dapat cover semuanya...
DeleteTak care...moga ibu dan kandungannya sihat2 hendaknya...
Semoga yayanrahman sihat selalu
Deletemengidapa ceri , tapi bila tengok harga..telan air liur je la
ReplyDeleteSaya pada mulanya nak juga beli sikit walaupun mahal... tapi akhirnya terlupa... hehe
DeleteIngat Fremantle... Ingat Fish n Chip...
ReplyDeleteAussie memang terkenal dengan Fish n chipnya...sodap tapi harganya boleh tahan...
DeletePLM..JM balik umah etang tadi..tergerak hati nk check peti surat pastu ada sekeping sampul kunig, terus JM senyum lebar...x lain x bukan ni mesti dari PLM..yes..benar tekaan JM...terima kasih PLM atas ingatan...suka sgt...terus up dalam entri heeee
ReplyDeletePatutlah hit hari ni semacam je...dari blog JM lah tu agaknya...
Deleteyuuuhuu entry baru daaaah up hehe =D
ReplyDeletesyiok.. bukan tngh winter ke PLM ? awat pakai tshirt ja ? ke x sejuk ? hehehe.. ceri tu huurm.. kalo CT p fremantle tu mau memborong buah jugak.. pantang tngk..
ok about the simcard.. aud20 utk sbulan ? coverage intrnet n size brapa ? huhuhu kalo untuk sbulan n guna brdua ckup x ? lagi satu.. mcm ne guna brempat ? maknanya 1 phone kongsi ke ? hehehe
silap.. kalau untuk seminggu.. hehehe gigih la bangkrap kalo sbulan =P hehehe..
Deleten yes PLM.. parcel da sampai.. tngk tau dah sapa kasi.. thank u PLM.. murah rezeki slalu yaaa..
Baru nak masuk winter CT...tapi kalau matahari terang, panas juga rasanya... ceri tu hampir RM60 sekilo CT...
DeleteSimcard tu katanya AU$20 untuk sebulan. Pasal coverage dia akan tanya nak pergi sampai ke mana...diaorang akan setkan nanti.
Satu kad guna berempat... macam pelik kan... Sebenarnya ambil satu hp jadikan hub... pastu gunakanlah hp masing2...tapi syaratnya jangan jauh2 sangat...
nanti CT email PLM la tanya lebih lanjut pasal simkad tu.. ada bace kat entry Melbourne tu PLM pakai simkad lain pulak kan.. betul tu.. tak ada internet bleh mati kutu.. hehehe..
Deletepejam mata lah bayar harga ceri =P
Lebih senang explain kat email... saya tunggu..
Deletehihi baik.. CT kumpul soalan bnyk2 dlu nnt CT email.. dah boleh mula atur itinerary..!! imma super excited PLM ^^
Deletewaduh saya lupa kirim alamat via email. mudah mudahan oleh oleh Perth masih ada buat saya ya Pak Mie.. hehe.
ReplyDeleteCepat mas Gunadi... sebelum kehabisan stok...tapi InsyaAllah masih ada lagi...
Deletehahahaha nasib baikkkk takde 'hantu' kat sana...kuikuikui...bestnyaaaa aussie...saya tengok tiket baru ni rm408 jer...terasa nak pergi....tapi pikir balik macam nak tggu lagi laaa....haishhh....banyak sangat pikir skng nih...tak macam dulu main rembat jer....hehehehe
ReplyDeleteNak fikir apa lagi DJ... rembat aje lah... lagipun untuk tahun depan... lama lagi tu... kang menyosal... hehe
DeleteSaya pun sama... Tak boleh rembat2.. Byk hal lain.. Hi3
Deletebukan ke planning trip dah full
DeleteJM punya trip tahu depan sure dah full... Nak ke mana lagi agaknya...
Deleteahakss...SURPRISE!!!
DeleteMega trip lah tu agaknya... Europe tunggu JM tu!!!!
Deletealaaa..ingatkan ada pakwe yg sedang tunggu di Europe hihihih
DeletePlm rajin mengepos... Saya belum pos jeju dan busan..
ReplyDeleteSaya bagi kepada blogger yang konsisten rajin mengomen kat blog ni...hehe
DeleteThanks for the oleh2...
ReplyDeleteAbe MKL pun dapat? PLM mmg suka bagi ole2...ole2 dari JM utk abe MKL on the way
DeleteTq JM..
DeleteAda perkhidmatan bas atau train tak
ReplyDeleteMemang ada... yang free pun ada, pilih saja. Train pulak bayar ikut zon dan kalau kita balik semula ke tempat asal kurang dari dua jam... tiket tu masih boleh digunakan lagi...
DeleteSusah juga mencari hotel yg ada widi di aussie ye
ReplyDeleteBeli saja kad sim untuk internet... boleh online kat mana2...tak mahal pun en Din....
DeleteAnak lelaki tu sebiji muka PLM
ReplyDeletekalau sebiji cukup ke? sahh PLM mmg hensem!
DeletePLM memang handsome tapi suka bertopeng..
Deleteabe MKL..kalau dh hensem haruslah bertopeng...nanti ramai tergoda susah...bukan nya abelaible lagi hehehe
Deletebest jg Perth..banyak market yg menarik..selain kebab, fish n chips jd pilihan..
ReplyDeleteMemang best nohas...boleh buat plan untuk destinasi seterusnya...
DeleteE-Shed tu buka hari apa? Apa souvenir yang Mie beli?
ReplyDeleteSedap tak fish & chips tu? Mest sedap kan? Terliur tengok pose pose ni :)
E-Shed hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jadi kena set masa bila nak ke sana. Banyak jugalah hasil rembatan kat situ sebab harganya lebih murah berbanding di Perth CBD.g Fish N chips...biasalah...memang mantop...
DeletePak Mie, saya sudah kirim alamat saya via email ya. Niat banget ya saya ingin dapat oleh oleh dari Pak Mie...hehe. jadi malu.
ReplyDeleteOk saja mas Gunadi. Itu kan tawaran dari saya...
DeleteBila tang perempuan tua yang buka pintu, saya pun direct je fikiran ke DJ hahaha. Sibaik xde kejadian ngeri. Kalau jumpa lagi tix murah gi Perth rasa nak rembat jelah. Kawan yang dah gi pun kata best.
ReplyDeleteKes DJ memang real skeri...sebab chaletnya agak tersorok... Sekarang ni tiket tengah murah apa... DJ kata boleh dapat RM400+ return... boleh rembat utk tahun depan Bie...
Deletesaya ingin sekali ke perth.
ReplyDeleteBiaya penginapan disana berapa?
Biaya penginapan adalah yang paling mahal berbanding biaya yang lain-lain. Tempat saya tinggal semuanya ada kemudahan dapur jadi kosnya lebih RM400 semalam...
Deletecar rental tu kita bayar skali ngan minyak ke?
ReplyDeleteMinyak kena isi sendiri... cuma bila kereta dipulangkan minyak mesti diisi penuh seperti asal...
DeletePLM.. ehehe CT kembali ke entry ini =)
ReplyDeleteHehe... cikgu buat revision lah tu...
DeleteMengapa pilih Rottnest dan Katanning berbanding dengan Albany dan Cervants ?
ReplyDeleteSebab ramai yang dah ke Albany dan Cervantes. Tapi en Din tak payahlah ke Rottnest tu... dahlah kos ke sana mahal... takada apa pun yang menarik...
DeleteTapi jangan lupa ke Katanning...
Saya nak ty, kenapa ambil bayswater rental ni eh?lebih murah ke berbanding hertz etc?
ReplyDeleteSebenarnya saya kurang pasti sama ada lebih murah atau tidak, tapi ramai blogger yang menggunakan perkhimatan Bayswater ni. Lagipun keretanya baru dan best...
DeleteUsing RentalCars you can find cheap car rentals from over 49000 locations globally.
ReplyDelete