Hari kedua di bumi kangaroo. Hari ini kami keluar agak awal sikit. Di Australia waktu ini hampir masuk ke musim sejuk, jadi siangnya agak pendek. Jam 5.30 petang hari dan mula gelap. Kalau berlengah payah nak mencari tempat penginapan nanti kerana kami akan ke Kojonup pada hari ini yang jaraknya lebih 300 km dari Augusta.
Sunrise di Augusta Escape, Augusta.
Jadual hari ini adalah untuk ke Margaret River dan Busselton. Dalam perjalanan ke Augusta semalam kami lalui kawasan Margaret River dan Busselton ni tapi melalui jalan yang berlainan. Perjalanan hari ini seakan berpatah balik ke Perth sebab kami akan ke Kojonup melalui Busselton. Tak faham tak apa, boleh tengok Google map.
Sebelum tu antara tempat menarik yang paling dekat dengan Augusta ialah Cape Leeuwin Lighthouse. Cuma 8 km dari Augusta. Kami sampai di sini sebelum jam lapan pagi, tapi tempat tu dibuka mulai jam 8.45 pagi. Tak adalah nak menunggu lama-lama kat sini. Snap gambar lebih kurang lepas tu kami sambung perjalanan.
Info: Historic Cape Leeuwin Lighthouse is situated at the most south westerly tip of Australia, standing at the point where the Indian and Southern Oceans meet - 8 kilometres south of Augusta. With a stunning blue backdrop of the ocean meeting the sky the lighthouse appears to glow in white splendour during summer, whilst during winter the awesome force of the fierce Southern Ocean and powerful Indian Ocean crashing against the Cape makes your visit a unique, awesome and contrasting experience year round.
Kiranya Cape Leeuwin ni ialah tempat pertembungan di antara Lautan Hindi dan Laut Selatan.
Bayaran masuk AU$8 dan kalau nak memanjat lighthouse tu bayaranya ialah AU$20. Bolehlah singgah website Cape Leeuwin Lighthouse kalau nak tahu info lainnya.
Lighthouse tertinggi di Australia.
Berhampiran kawasan ini juga terdapat satu water wheel yang dianggap bersejarah. Ia dibina bertujuan untuk membekalkan air bersih untuk pekerja yang membina lighthouse dan pekerja di kuari berhampiran pada suatu ketika dahulu.
Gambaran asal water wheel.
Yang ada sekarang. Sudah tidak digunakan lagi walaupun masih mengalirkan air.
Laluan airnya diperbuat daripada kayu.
Mungkin laluan air daripada kayu ini sudah banyak kali berganti.
Kawasan larangan sebab ombak agak kuat di sini.
Jam 9.00 kami bergerak meninggalkan kawasan ini.
Selamat tinggal Augusta. Pekan kecil yang cantik.
Sebelum meninggalkan Augusta kami singgah di stesyen minyak. Pergi ke kaunter untuk buat pembayaran macam biasa dilakukan kat tempat kita. Tapi di sini lain caranya. Isi dulu minyak, lepas tu baru beritahu kaunter pam mana yang kita guna dan buat pembayaran. Begitu percayanya diaorang kat pelanggan dengan tak ada sesiapa yang memantau.
Destinasi seterusnya ialah Margaret River untuk ke kilang membuat coklat terkenal di sini. Lokasinya terletak di satu kawasan yang agak tersorok. Alamatnya : Harmans Mill Road, Metricup. Kalau tak mahu pergi jauh-jauh boleh saja singgah ke cawangannya di Perth yang terletak di 317 Murray Street.
Margaret River terletak 31 km dari simpang ini.
Pekan Margaret River, berhenti sekejap untuk ambil gambar. Tapi tempat coklat tu masih agak jauh dari sini.
Sampai di Margaret River Chocolate Company dalam hujan renyai.
Tempat ini belum lama beroperasi.
Free sample. Boleh ambil berapa banyak kita suka, tapi tak boleh tapau. Ada tiga jenis coklat iaitu hitam, biasa dan putih. Yang hitam agak kurang sedap.
Lepas segenggam, segenggam lagi kitaorang kaut.
Antara coklat yang dijual di sini. Harga sesangat mahal.
Sedikit hasil tuaian.
Hot chocolate yang meresap ke jiwa sedapnya.
Pokok maple di penghujung musim luruh di kawasan ini.
Cuma ini satu-satunya pokok maple di sini. Kalau banyak memang lebih cantik.
Selamat tinggal Margaret River Chocolate Company.
sedapnya hot chocolate tu..
ReplyDeleteMemang sangat sedap nohas... cuma harganya yang tak berapa sedap..
DeleteMie klau pergi Perth ni mmg kena drive jejauh ye
ReplyDeleteNampaknya gitulah Nekcik... sebab tempat menarik banyak di luar kota Perth... Kalau Nekcik ke sana kenalah bawa supir dari Malaya...hehe
Deletecokelat margaret river dengan cokelat beryl di KL sedap mana pak Mie? saya pernah makan cokelat beryl di KL rasanya enak banget.
ReplyDeleteYang di KL..,saya belum pernah sampai..hehe. Tapi semua coklat yang berkualiti memang tidak banyak beza keenakannya...
Deleteamboi syioknya makan coklat free tu bergenggam-genggam...hehehe terliurrr tgk hot choc tuh...
ReplyDeleteBenda free memang sedap... hehe. Maknanya kalau DJ ke Perth nanti... jangan miss tempat ni...
DeleteCape Leuwin ni mmg cantik sangat. Rasa tenang je ada kat situ.
ReplyDeleteSetuju Ren... rasa macam nak stay sehari dua kat sana... tapi...
DeleteHaha tapi apa ? Ye la kan mana boleh lupa kampung sendiri ;)
Deletehot coklat time posa ni mengoda jiwa dan raga sungguh
ReplyDeleteSorry la Nieda...tapi memang sedap sungguh...
DeleteAwan memang cantik di sini
ReplyDeleteKebetulan cuaca agak baik hari tu en Din...
DeleteAussie antara tempat kegemaran saya ...terutama Perth, Sydney dan Melbourne.
ReplyDeleteAA offer yang baru lepas ni tentu en Din ada menyambar tiket ke salah satu tempat tu...hehe
DeleteTeringin ke eroupe pulak
DeleteJom ke eroupe 2016 pulak
DeleteEurope belum nampak jalan lagi en Din... tapi pernah jejak kaki di London dan Norwich...
DeleteTravel partners yang selalu travel sama2 ngan saya, bebaru ni gi Perth tapi diorang round bandar je. Xdan nak lalu Lighthouse ni semua. Lawa lah pekan2 lain kat Australia ni. Nak menjejak ntah bila. Btw, kalau saya gi kilang coklat tu alamat memang lambat lah nak keluar. Sebab saya hantu coklat. Nak lagi ada free tester, haruslah melepet kat depan tempat tu je.
ReplyDeleteKalau ke Perth wajib kena memandu ke luar kota. Kilang coklat tu pun jauh yakamat dari Perth. Bie kenalah sesekali pergi Aussie...balik kampung kat Koya tu dah selalu bangat...hehe
DeleteCoklat free tu memang takde limit...makanlah banyak mana yang mampu,,,
Aduii terliur lagi pose pose ni...:P
ReplyDeleteSedap sampai meresap ke jiwa nih!!! itu yang tak tahan :D
Kelmarin saya terkejut besar...nak tahu kenapa? Mie le buat saya terkejut besar...tak sangka saya dapat hadiah dari Mie. Cantik pulak tu. Dari Perth bib! Terima kasih Mie kerana mengingati saya. Thank you very very much :)
Memang sedap sangat...
DeleteAgak lambat sampainya... yang lain minggu lepas lagi dah terima. Just a small token untuk pengomen rajin di blog skema saya ni..
Oh...baru balik melbourne...dah sampai perth pulak...perth ngan melbourne..mana lagi best Mie..?...
ReplyDeleteSaya lebih suka Melbourne. Tapi di Perth seronok kerana senang memandu sebab tak sesak sangat. Bolehlah Wa ke sana dengan family. Anak-anak boleh angkut dengan kereta bila berjalan-jalan...
Deletehehehe tak faham tak apa boleh Google Map.. itu lawak.. hahaha..
ReplyDeletewoah kalo free sample tu boleh makan as much as possible bergenggam2 pun tak apa kan.. janji makan situ.. sedap ke choc dia ? CT tak suka dark choc jugak.. kenot go.. tempat2 dia macam sunyi je PLM ke memang harmoni countryside gitu..
PLM masuk ke lighthouse 8aud tu.. tapi nak bayar 20aud nak masuk lighthouse tu x mungkin kot hehehe..
Lokasinya memang agak tersorok di kawasan pedalaman tapi bila sampai di sana rasa puas hati sangat...
DeleteTak masuk pun kawasan light house tu sebab malas nak tunggu lama...
Kalau saya tak singgah ke Margaret River Chocolate ok ke ? Macam tak menarik je ?
ReplyDeleteTak singgah pun takpe en Din, sebab Margaret River Chocolate ni ada kedainya di Perth CBD...
DeleteKalau saya tak singgah ke Margaret River Chocolate ok ke ? Macam tak menarik je ?
ReplyDeleteTapi jangan lupa untuk ke Albany... cantik tempatnya... rugi saya tidak singgah dulu...
DeleteSalam..nk tanya kenapa menginap di augusta ye?kenapa tidak di busselton+margerat river?sy tgh merancang itinerary jugak..bercadang dr airport,terus ke freemantle,mkn hspg sikit dan menginap di augusta..kerana esoknye nk ke albany..tp encik rasa sempat ke dr freemantle ke augusta singgah busselton,margerat river,yallingup semua tu?
ReplyDeleteWsalam... Perjalanan agak jauh dari Perth ke Augusta tu. Saya takut VP lambat sampai nanti kalau singgah banyak tempat. Di Fremantle pun sekurang-kurangnya ambil masa dua tiga jam. Saya menginap di Augusta sebab itu destinasi terakhir saya di bahagian selatan. Esoknya baru bergerak ke Busselton dan Margaret River. Mungkin VP boleh menginap di Busselton...
DeleteSalam..nk tanya kenapa menginap di augusta ye?kenapa tidak di busselton+margerat river?sy tgh merancang itinerary jugak..bercadang dr airport,terus ke freemantle,mkn hspg sikit dan menginap di augusta..kerana esoknye nk ke albany..tp encik rasa sempat ke dr freemantle ke augusta singgah busselton,margerat river,yallingup semua tu?
ReplyDelete