Kami cuma semalam saja di Perlis. Selepas check out pada jam 10.00 pagi tu, sempat lagi kami singgah di pusat bandar Arau untuk bersarapan lagi sebab tak kenyang makan di hotel. Selesai semuanya perjalanan pun diteruskan. Destinasinya ialah Taiping.
Sampai di sana sedang elok untuk waktu makan tengah hari. Teringin pulak nak makan mee udang yang agak terkenal di Kuala Sepetang. Dengan menggunakan aplikasi Waze kami cari Warung Mak Jah yang agak terkenal tu. Senang saja nak jumpa lokasinya iaitu terletak di kiri jalan kira-kira dua kilometer sebelum pekan Kuala Sepetang.
Lima ekor udang besar untuk setiap mangkuk. Licin...
Kebanyakannya orang luar yang datang ke sini.
Di sekeliling warung ini ada beberapa gerai kecil yang menjual cucur udang dan beberapa bahan gorengan yang lain. Memang kena beli juga sebab memang mee udang tu tidak cukup mengenyangkan perut kita orang. Selesai makan kami terus ke bandar Taiping untuk check in. Kebetulan sudah menghampiri jam 2.00 petang.
Tune Hotel yang baru dibuka di Taiping.
Semuanya masih nampak cantik.
Ada disedaikan meja dan kerusi. Rasanya yang di Danga Bay tak ada.
Dekat dengan beberapa pusat membeli-belah.
Tak lama selepas check in, hujanlah pulak. Jadi sempatlah kita orang membuta dulu sebelum keluar semula pada petangnya walaupun hujan masih belum berhenti.
Hanya buat lintas hormat saja di kawasan Taman Tasik Taiping.
Masing-masing tak berminat untuk turun.
Bergerak ke Bukit Larut. Hujan pun dah berhenti.
Tapi operasi kenderaan 4 wheel drive di hentikan buat beberapa hari kerana ada tanah runtuh.
Malamnya kami keluar untuk mencari tempat makan. Sebenarnya kami memang tak tahu tempat ini. Hasil pertolongan uncle gugel, katanya lokasi medan makan yang best kat Taiping ada di belakang stesyen bomba.
Banyak gerai jual Yong tau Fo di sini.
Agak luas kawasannya. Ini baru sepertiga rasanya. Ada lagi banyak gerai di bahagian kanan.
Nasi goreng ayam special
Chicken chop
Yong Tau Fo sos hitam
Pagi ini adalah perjalanan untuk balik ke Shah Alam. Dari Taiping kita orang ikut jalan lama untuk ke Kuala Kangsar. Best ikut jalan lama ni. Kenderaan kurang dan jalannya pun sudah dilebarkan di setengah tempat. Boleh jimat duit tol lagi.
Sampai di Kuala Kangsar
Jeti di seberang sungai. Sudah kurang digunakan semenjak siapnya jambatan merentangi sungai ini.
Jambatan Sayong
Gerai kraftangan
Masjid Ubudiah
Antara masjid tercantik di Malaysia
Muzium di Raja Perak
Ditutup kerana kerja-kerja penambahbaikan.
Istana Bukit Chandan
Galeri Sultan Azlan Shah
Singgah di medan cendol dan laksa tepian sungai Kuala Kangsar.
Laksa Kuala Kangsar. Sikit sangat laksanya...
Gandingan yang mantap
Selesai sesi mengisi perut, perjalanan diteruskan. Masih ikut jalan lama lagi melalui Sungai Siput untuk ke Ipoh. Di Ipoh kita orang singgah di Taman rekreasi Gunung Lang. Kali pertama sampai di sini.
Taman rekreasi Gunung Lang
Ada macam Guilin... Halong Bay?
Berhenti waktu rehat
Niat asalnya memang nak naik boat untuk ke seberang tapi terpaksa dibatal. Ada empat buah bas rombongan kanak-kanak tadika dah siap menunggu kat jeti. Operasi bot masa tu sedang rehat. Kalau nak tunggu giliran memang lambatlah. Ronda-ronda sekeliling kawasan tu lebih kurang, lepas tu kita orang cabut balik ke Shah Alam.
ait..hahaa..entri sama sbb ada gunung lang tu!
ReplyDeletetasik taiping..cantik, saya pun cuma lalu gitu je masa ke sana dulu. Tak sempat.
Kebetulan... tapi saya memang tak puas hati masa kat Gunung Lang tu...
DeleteKalau tak hujan mungkin kita orang meronda juga kat Taman Tasik Taiping tu...
tetiba rasa nak makan laksa plak..gluuppp. Cantik betul gunung lang tu...
ReplyDeleteLaksa tu rasanya macam lain sikit dengan laksa asam yang selalu saya makan...
Deletelaksa beras kut..dah lama saya tak makan laksa beras..laksanya lembut
DeleteMungkin juga... tapi kuahnya memang agak berbeza sikit...
DeleteLaksa kat Kuala Kangsar tu dibuat dari gandum..bukan beras
DeleteLaksa kat Kuala Kangsar tu dibuat dari gandum..bukan beras
DeleteThanks for the info myzun...
Deleteterujanya tengok ABC yang tinggi mencecah awan tu.
ReplyDeleteMemang sodap... tapi tak boleh selalu... manis sangat...
DeleteWah best tu jalan ikut jalan dalam kan...byk tempat boleh singgah tu...hehe laksa tolo goreng xtry ker...hehe
ReplyDeleteHaah DJ memang best... jalan pun tenang je sbb kurang kenderaan...Laksa tolo tu tak teringat pulak nak singgah...
Deletewah...banyak tempat singgah....ada masa singgah Tanjong Malim...hi3
ReplyDeleteTak cukup masa nak singgah en Din...lain kali kot..
DeleteJJCM Pak Mie. makanan nampak sedap-sedap semua. Masjid Ubudiah itu saya pernah baca di Blog Prof Nara juga, tapi tak tahu itu mesjid yang sama atau bukan. Tasik Taiping memang tampak seperti Halong Bay.
ReplyDeleteSesekali JJCM di daerah berlainan mas Gunadi...sedap jugalah. Betul... itu masjid yang sama dan dia berasal dari daerah yang sama. Itu buka tasik Taiping tapi tasik di taman rekreasi Gunung Lang di bandar Ipoh.
DeleteMee Udang...RM 13 ?..boleh tahan mahalnyaa tu...nasi goreng ayam tu nampak sedap Mie... dah lama tak makan nasi goreng ayam macam tu.... :)
ReplyDeleteTaman rekreasi Gunung Lang... cantiknya view ..semua tempat ni Wa belum pergi lagi..tak tahulah bila nak sampai....:)
Harga boleh tahan tapi mee nya sikit sangat...memang tak kenyang. Makanan yang lainnya tu semuanya sodap...
DeleteNext cuti sekolah bolehlah Wa ke sana...tak jauh mana pun...
nasi goreng ayam special tu, banyak lauknya..berapalah harganya..boleh singgah sini kalau gi Tepeng..
ReplyDeleteIkut jalan lama memang banyak tempat boleh singgah..
Bila nohas balik Kuala Kangsar nanti... bolehlah ke Taiping. Harga dah lupa sebab bayar ikut bil sekaligus...
DeleteJenjalan Perlis Perak ye..
ReplyDeleteBesar2 udang dia tu.. macam sedap je..
Haah Yan.. sesekali jalan dalam negara pulak...
DeleteKalau udang kertas lagi sedap... udang ni udang yang kulit keras tu...
yong tau foo belakang stesen bomba tu memang sedap! kalau ke taiping saya mesti singgah..
ReplyDeletetak cuba makan Doli Char Kuey Tiow? ngan Popia di market Taiping..
saya tak sampai lagi masjid ubudiah tu. mesti nak pergi juga lah nanti.. cantik sangat!!
Saya pun tak tau...sampai di sana peniaga rekomen utk makan YTF tu...mmg sodap...
DeletePasal doli CKT memang tak tau langsung...boleh mencuba lain kali...
Masjid tu dah tak jauh dari Taiping... satu hari Azim kena sampai sini...
Dah ade tune di taiping ek? Baru tau ni... museum kt chandan tu, dh bp tahonnyer dok renovate x siap2.. kt area tu juga ade public pool.. siap ade wading pool... ank2 saya klu blik sana, mmg suka p pool tu.. besar dn bersih.
ReplyDeleteHotel tu baru dibuka... tempat memang strategik. Owh..dah lama ke renovation tu... kenapa la lembap sgt buat kerja.
DeleteMee Udang 13 hengget?
ReplyDeleteMahal sangatt!
Yong tau foo tu nmpak sedapp!
Haah niL mahal dan sikit isinya...mmg tak kenyang... YTF tu memang sodap...
Deletekuala sepetang dh belum terjah... kuala kangsar pon belum... yg lain semua saya dh sampai... yongtaufu mmg sedap
ReplyDeleteBolehlah ke sana nanti sambil JJCM...
DeleteDulu masa kerje kat kuala kangsar dpt la gi jalan2 ke kuala kanfsar n taiping. Sekarang langsung dah tak pergi dah
ReplyDeleteLa kenapa pulak... kan ada memor kerja kat sana... JJCM sekali...
Deleteterliur tengok makanan..haha
ReplyDeleteItulah misi bercuti sambil JJCM kat tempat orang...
DeleteSelamat datang ke kampungku :) Mengapa tak beritahu nak datang? Bolehlah saya belanja makan laksa.
ReplyDeleteTak tahu masa tu NA ada kat kampong... kalau tak boleh juga mengeteh sambil makan laksa..
Deleteuuish mee udang mak jah tu memang famous untuk orang luar sebab orang sana dak brapa pi sangat.. CT suggest makan akt zetty memang marveles.. dekat saaaangat dari exit changkat jering haaa pakcik tak bace entry CT eh.. situ mee sedap udang banyak kuah sedap.. hahaha..
ReplyDeletewow tune maju dah dengan kasi meja kerusi pula.. kalo tidak masuk brdua da sempit hehe..
Owh lebih mabeles ke...nanti bila mengulang ke sana boleh singgah kat tempat yang CT cadangkan pulak... masa tu kita orang ikut exit Taiping...
DeleteTune Hotel Taiping agak besar sikit biliknya...nak solat pun agak senang...
yup disitu.. next trip jangan lupa naaa..
Delete