Tuesday, January 27, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 1

Perjalanan

Agak awal group kami sampai di KLIA2. Selesai check in beg, ingat nak terus masuk ke kawasan berlepas. Tapi kaunter imigresen agak lambat operasinya. Lebih kurang jam 4 lebih baru dibuka.

Biasanya kami akan menggunakan autogate untuk melepasi kawasan imigresen. Tapi pagi tu sistemnya agak bermasalah. Hanya  beberapa orang saja yang terlepas.  Dua tiga orang dari group kami tersekat di dalam mesin autogate. Seorang dari ahli group kami yang kami panggil Kak Kiah membebel kat pegawai imigresen yang bertugas di luar kaunter di situ. Masalahnya kenapa tak ada juruteknik atau pegawai yang memantau operasi mesin autogate tu. Adalah dalam 15 minit dia orang terperangkap kat situ. Ada beberapa orang yang telah memanjat keluar. Macam mana kalau penerbangan kita hampir berlepas. Tak ke cemas dibuatnya. Nasib baik flight kami lambat lagi iaitu pada jam 5.30 pagi.

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou.

Kami ambil van yang boleh memuatkan seramai sepuluh orang untuk ke hotel penginapan di kawasan Beijing Lu. Kosnya 300 yuan, anggaran RM15 seorang.

Highway yang lebar dan cantik persekitarannya.

Plaza tol

Tempat penginapan kami di Guangzhou. Kedudukan tempat penginapan ini sangat bagus kerana dekat dengan Beijing Lu pedestrian street, stesyen subway, Tianzi wharf dan restoran makanan halal.

Sampai saja di sini kita orang longgokkan semua bagasi di satu sudut lobi hotel, Dengan konfidennya terus ke kaunter mana tahu nasib baik boleh check in awal. Kami agak terkejut di situ apabila pekerja kaunter menghulurkan satu kad berlaminasi bersaiz A4 dalam bahasa Inggeris. Apa yang dinyatakan di situ ialah hotel tersebut tidak lagi boleh menerima tetamu asing. Ianya berkuatkuasa beberapa bulan sebelumnya. Masa tu rasa macam nak pitam dibuatnya sebab bayaran dah dibuat melalui Agoda. 

Kita orang tanya kenapa tidak dihubungi lebih awal. Jawabnya... sila telefon Agoda. Dia ingat benda tu boleh selesai dalam sejam dua agaknya. Setelah berbincang dengan ahli kumpulan, kami bersetuju untuk mencari hotel lain walaupun bajet akan lari sambil berdoa mudah-mudahan urusan kami dipermudahkan. Beberapa orang menunggu beg di lobi dan yang lainnya cuba mencari hotel yang sesuai buat kami yang seramai sepuluh orang. 

Hampir saja memasuki satu hotel, tiba-tiba kami dipanggil oleh kawan-kawan yang tinggal di lobi tadi. Ada berita baik katanya. Rupanya Grand Continental Services Apartment tu hanya menduduki sebahagian saja dari bangunan lebih 30 tingkat tu. Selebihnya diuruskan oleh pihak lain. Ini diberitahu oleh satu pasangan pengusaha butik dari Johor Bahru yang menginap di situ. Dialah yang membawa kami ke kaunter apartment tu di tingkat atas. Alhamdulillah nampaknya sudah ada jalan penyelesaiannya. Apa yang menarik, caj yang dikenakan adalah lebih murah dan biliknya pun besar. Lepas tu terus boleh check in walaupun belum jam dua petang lagi.

Lokasi penginapan, stesyen Beijing Lu dan Tianzi Wharf.

Beijing Lu Pedestrian Street

Lega betul rasanya. Biliknya pun besar dan ada ruang makan dan dapur sekali. Bolehlah sekadar untuk masak air dan memanaskan bekalan makanan paket yang dibawa. Wifi pun ada untuk setiap bilik. Jam tiga petang kami keluar semula selepas mengalas perut dan menyelesaikan kewajipan. Kami nak ke Beijing Lu Pedestrian Street yang terletak berhampiran hotel.

Buah markisa, ceri dan avocado.

Belum pun sampai dah tersinggah di kedai tepi jalan ini. Semua tertarik tengok buah ceri yang merah dan mengecurkan air liur. Harganya agak mahal iaitu 40 yuan untuk setengah kilo. Nasib baik ayam dan itik dapat berkomunikasi dengan baik di situ. Mulanya ingat harga tu untuk sekilo. Tapi disebabkan nak sangat merasa ceri segar belilah juga sikit.

Beijing Lu bermakna Jalan Beijing. Ada macam Malioboro tak...

Jalan ini ditutup sepenuhnya kepada kenderaan.

Sibuk berfoto dari menyoping. Mungkin mereka orang luar macam kami.

Panjang jalan ini lebih kurang satu kilometer.

Di China orang sentiasa ramai di mana-mana.

Tak berapa happening di sini. Ada pedestrian street lain di Guangzhou tapi tak sempat nak pergi.

Kami hanya mengukur jalan.

Harga barang-barang di sini tidaklah murah.

Sampai di penghujung jalan. Kat Guangzhou ni ada bas yang agak unik kerana menggunakan tenaga elektrik untuk menggerakkannya.

Macam mana kalau tiba-tiba bas terkeluar dari laluan sebab tak ada trek yang khusus.

Mint Leaf Restaurant

Masa pergi memang langsung tak perasan adanya restoran ini.  Lokasinya di permulaan jalan yang ditutup untuk kenderaan. Bukan restoran China muslim tapi lebih kepada makanan India dan Pakistan. Waktu pun dah lewat petang jadi kami singgah sini untuk makan malam sekali.


Semua khusyuk dengan menu.

Nasi beriani ayam. Agak berlainan sikit cara hidangan dan bahan sampingannya. Rasanya biasa-biasa je. Sedap lagi beriani di tempat kita dan harganya agak mahal.

Selesai mengecas bateri kami balik semula untuk misi seterusnya pada waktu  malam iaitu ke Tianzi Wharf untuk Pearl River Boat Cruise.

56 comments:

  1. Salam,

    Wah, bestnya dapat gi bercuti ke negara orang! Mesti panik kan bila tau reservation tu ada masalah huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... memang masa tu rasa melayang sikit... tapi Alhamdulillah semuanya selesai dan dapat yang lebih baik...syukur sangat...

      Delete
  2. Kalu SS pon... SS panjat.. Tak peduli! Seminit pon sangat berharga... Kalu SS kenang2 balik kes kat Airport tu... Memang geram... Memang patut pon Kak Kiah memetir kat situ... Kirim salam SS kat Kak Kiah ek.. Thumb Up Kak Kiah! He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok gaya memang SS senang-senang boleh panjat...tapi kalau dah taraf makci2 tu memang susah sikit... Tu lah tetiba jadi rombaongan Kak Kiah sebab bebelan dia kat situ... hehe

      Delete
    2. ZF diaorang yang ikut saya tu semuanya pelancong pakej...dapat gi cara redah... lebih seronok katanya...

      Delete
  3. wah kalo saya pun kalut tetiba takde penginapan...huhuhu tapi dah rezeki rombongan en mie nak dpt yang much better sebenarnya kan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan kami di sana...walaupun panic juga pada mulanya...

      Delete
  4. Replies
    1. Memang seronok lebih2 kalau ke tempat yg belum pernah kita pergi...

      Delete
  5. pergh... tu yg skeri kalu pegi travel jauh2 ni.. kena selalu double confirm dengan hotel.. isk iskkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak mencemaskan... lebih2 lagi kami datang dalam kumpulan. Rasanya benda2 ni jarang berlaku dinegara lain...

      Delete
  6. Memang adalah sesuatu yang pelik bagi kita, apabila mendapati ada hotel di China yang tidak menerima penginap asing. Saya juga terperanjat beruk apabila hal yang sama berlaku kepada saya apabila saya hendak menginap di sebuah hotel di Beijing. Dahlah mereka tak tahu Bahasa Inggeris, lepas tu yang tahu Bahasa Inggeris pula kata, mereka tidak dibenarkan mengambil penginap asing. Tak terjelepuk dibuatnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh NA pun pernah kena. Maknanya kalau booking hotel di China kena pastikan betul2 supaya tak jadi gelandangan. Kalau masa tu peak season memang habislah kita...

      Delete
  7. Mie pegi ni musim apa ye? Saya teringin jugak nak ke china tapi tak tau mana satu tempat yang bagus..maklumlah negara tu kan besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pergi musim sejuk... tapi di sini sejuknya taklah sampai ada snow...just nice cuacanya. Saya cadangkan zila pergi ke Shanghai...cantik dan moden bandarnya...

      Delete
  8. boleh booking sekarang AA tengah murah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah zila, betul kata NR... yg penting booking je dulu...

      Delete
  9. setonoknya dpt bilik besar siap ada tempat masak2 lagi

    ReplyDelete
  10. Beijing Lu penuh dengan lampu lampion merah. romantis banget Pak Mie. Nasib baik itik dan ayam boleh berkomunikasi...hehe... mana yang itik mana yang ayam Pak Mie ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang banyak tergantung tu tanglung mas Gunadi...di gantung sempena tahun baru Cina yg bakal menjelang. Saling jadi itik dan ayam di antara kami dan penjual...hehe

      Delete
  11. saya mengidam nak makan buah ceri merah menyala yg besaq-besaq tu....meleleh air liuq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceri tu bukan selalu ada NR..nasib2 lah kalau jumpa...tapi mmg sodap...

      Delete
  12. musim sejuk di sini takde salji..bestlah mcm ni..dpt jalan-jalan dgn selesa..

    nasi beriani tu Chinese style kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim sejuknya memang selesa...tak perlu pakaian tebal sangat...

      Memang agak lain berianinya... mungkin disesuaikan dengan selera tempatan...

      Delete
  13. memang pening nak berkomunikasi..nekcik 2 hari nak cari gula pasir tak jumpa..nak beli telor puas berkokok kat counter ha..ha..kena tunjuk tempat telor keluar..ha..ha...lawak sungguh!! tapi sekarang boleh pakai hp dah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun ada masalah komunikasi... tapi seronok pergi China ni...kan Nekcik...hehe

      Delete
    2. Betul tu Mie..nekcik ada lagi banyak destinasi yang ingin di terjah di china tu.. insyaallah

      Delete
  14. panjat aje hahaha.. kalo makcik2 tu kasi yg muda panjat dulu then tolong sambut. tapi kan.. pihak pengurusan klia2 mmg lah. sengal ayam.. tapi CT tak pernah ke international departure lagi jadi tak de pengalaman disitu.

    uish bab hotel memang seram lah kalau gitu. spesis glabah cem CT ni tak tahulah macam mana.. orang kalo gi guangzhou mmg nawaitu nak shopping kan.. tapi apa sangatlah nak nyopping kat situ ? hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg muda bolehlah panjat...yg skru dah longgar mmg tak dapeklah...

      Alhamdulillah semuanys OK.CT...

      Saya tak berapa nyoping kat Guangzhou... Shenzhen lagi best...

      Delete
    2. haik bukan orang kata guangzhou syurga membeli belah ke ? kay shenzhen shopping ape best pakcik ? hihihi.. dedua tak
      pernah sampai so clueless..

      Delete
  15. 1.nampaknya mereka perlu improve lagi sistem Augate tu supaya tiada lagi kejadian berulang

    2. Kiranya booking melalui Agoda tu BURN lah ye termasuk bayaran penginapan di Agoda..then check in di Apartment lain atau mcm mana...Maksudnya selepas ni jgn booking Grand Continental Services Apartment lah ye sbb dah x terima orang asing (sedih). Apa nama apartment yg baru tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesin tu mmg patut ada technician atau back person...

      Tak burn JM...sbb bila kita tak check in atas sbb masalah hotel... hotel tak berhak ambil duit tu. Saya hantar email pd Agoda...kurang seminggu duit tu dah dikreditkan balik pd credit card...mmg cpt sungguh tindakan dia org...

      Tak tau nama apartment baru tu... sbb resitnya semua tulisan China...

      Delete
    2. kalau duit tak masuk balik.. mogok ramai2 jangan guna agoda dah..

      Delete
  16. Jari Manis..Nekcik dudok apartment LILAC APARTMENT SUITES 3 bilik depan station train Ghuangzhou tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So sesiapa yg nak ke Guangzhou...bolehlah guna apartment yg Nekcik duduk...

      Delete
  17. Replies
    1. Haah en Din...saya pun tak menyoping sangat...janji dah sampai..hehe

      Delete
  18. Wah gi Hong Kong lagi....tak sabar amik latest tips...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi kali ni macam touch and go je en Deen...

      Delete
    2. Canggih sistem pengangkutannya...kl pon x de bas letrik... bnyk ke nenyopping en mie?

      Delete
    3. Memang bandar di China agak modern berbanding kat tempat kita...nyoping?? Adalah sikit2 tapi saya lebih suka di Shenzhen...

      Delete
    4. Haah..dulu saya penah perasan..bnyk barang yg sama tp kat shenzhen jaoh lg murah dari HK... dah la currency HK tinggi...

      Delete
  19. Hahaha selama ni selalu imagine Guangzhou tu macam pekan lama. Walau dah banyak kali tengok gambar kat blog orang. Siap ada bas letrik tu, memang canggih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita selalu menganggap bandar2 kat China ni macam mundur, tapi sebenarnya lebih moden dari setengah2 bandar kat tempat kita.Kebersihan pun terjaga...

      Delete
  20. ada saja cabarannya bila travel ni kan . kat negara org kena berhati2 . tak boleh nak ikut rasa hati wpun geram ... geram tgk ceri yg fresh itu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabaran tu yang kekadang menyeronokkan...sebab akhirnya settle juga...

      Delete
  21. Hi, nak tnya kiranya awak duduk di hotel yang book di agoda or check in hotel lain? Risau dan confuse dengan polisi hotel china ni. Saya pergi Guangzhou Dec ni. Tpi belum book hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami check in di bangunan yang sama tapi di bawah pengurusan lain. Kira nasib baik jugalah. Hotel yang di booking melalui Agoda terpaksa dibatalkan. Tapi yang bagusnya... refund dari Agoda agak cepat...

      Mengikut orang di kaunter... benda tu ada dinyatakan di website Agoda... jadi berhati-hatilah bila buat booking...

      Delete
  22. SALAM tuan, tumpang info ya, kami ada manyediakan pakej pelancongan ke Guangzhou, Guangzhou + Shenzen juga, ada 4 hari 3 malam dan ada 5 hari 4 malam, silakan hubungi kami di 017-5367426 ya untuk mendapatkan sebut harga, terima kasih

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...