Sunday, July 20, 2014

Sydney and Melbourne Part 11 - Phillips Island 1 - Tooradin Village dan Maru Koala and Animal Park.

Trip terakhir sebelum balik keesokan harinya ialah pakej ke Phillips Island. Trip ini juga memakan masa sehari suntuk jadi memang tak boleh nak selitkan apa-apa aktiviti lain. Rugi betul rasanya sebab banyak lagi tempat yang tak dapat nak pergi. Kalau dapat tambah sehari dua lagi mungkin boleh juga ke Belgrave untuk menaiki kereta api antik Puffing Billy, melepak di St Kilda Beach dan menikmati panorama Melbourne di Skydeck Eureka Tower.

Peta perjalanan bagi pakej ke Phillip Island.

Perjalanan untuk kali ini adalah lebih dekat jadi kami berlepas ke sana mulai jam 10.00 pagi. Pada mulanya kami mengambil pakej dari syarikat yang sama dengan pakej GOR iaitu Melbourne Australia Tour (MAT). Tapi sehari sebelum berlepas ke Philip Island, kami dihubungi oleh MAT menyatakan syarikatnya tidak mempunyai pelanggan yang mencukupi. Jadi kami di serahkan kepada operator yang lain pada kadar yang sama ditawarkan oleh MAT iaitu AU$95 seorang. Pakej bagi operator baru ini, Autopia Tours sebenarnya ialah AU$119 seorang. Mahal gila. Itulah harga yang dinyatakan oleh sebuah keluarga Melayu dari Malaysia yang mengikuti trip yang sama.

Lokasi menunggu juga bukan lagi di depan hotel dan terpaksa menapak hampir setengah kilometer. Nasib baik senang nak cari tempatnya.

Bergerak ke lokasi menunggu yang baru.

Mencari tempat menunggu.

Bangunan di hadapan Regent Theatre iaitu tempat menunggu yang baru di persimpangan Collin Street dan Swanston Street.

Bas datang tepat pada waktunya. Basnya kecil je berbanding bas ke GOR. Tour guide kami kali ini bernama Mr Jake. One man show juga iaitu sambil memandu sambil memberi penerangan. Setelah hampir dua jam perjalanan, bas berhenti di satu kawasan R&R di Tooradin Village. Cantik tempat ini kerana kedudukannya di tepi sungai yang bersih. Di sini setiap orang di berikan egg sandwich bersama minuman untuk mengalas perut. Bolehlah anggap macam makan untuk lunch sekali. Porsinya besar dan agak mengenyangkan.

Sila abaikan hasil buangan burung camar tu.

Kawasan rehat dan rawat Tooradin Village.

Tak cukup minum secawan yang disediakan pihak Autopia Tours. Beli minuman tambahan di Pelican Café.

Banyak ladang ternakan lembu yang luas di sepanjang perjalanan ke Philip Island.

Bas yang boleh memuatkan 15 orang penumpang.

Lokasi pertama, Maru Koala Animal Park.


Tiket masuk ke taman ini sudah termasuk dalam pakej. Bagi sesiapa yang hendak berfoto dengan koala di kenakan caj tambahan sebanyak AU$15. Tapi tidak boleh guna kamera sendiri. Foto yang sudah siap boleh diambil semasa keluar dari taman ini. Makanan untuk kangaroo juga ada dijual di sini iaitu AU$2 bagi setiap bekas kecil.

Koala sejenis haiwan yang sangat pasif.



Sesi yang paling best sekali  di sini ialah bermesra dengan kangaroo. Semuanya jinak, mungkin sudah dibela dalam taman ini sejak kecil. Orang dewasa pun seronok kat sini apa lagi kalau ada budak-budak. 









Pasangan dari Oman di belakang tu sedang berhoneymoon. Pernah datang ke Malaysia katanya.




Antara kangaroo yang terbesar di sini.


Ada juga beberapa ekor kangaroo albino.


 Haiwan lain yang ada di sini - Biri-biri, Tasmanian Devil, Merak, Wombat dan Wallaby. 

43 comments:

  1. Mmg best kan dpt jumpa kanggaroo jinak pulak tu, asyik lapor je kanggaroo tu ramai org bg mkn tp still x kenyang2 kan. Ohh ada jgk kanggaroo dot penyakit albino kelakar lah pulak
    Wahhh PLM dan kanggaroo klau leh leh bwk mauk beg kan :-)
    Pesal sekejap sgt PLm ke melbourne mcm byk tempat lg x cover kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jinak-jinak kangaroo kat sini, tak taulah mungkin kelaparan..nampak kiatorang bawa makanan terus jadi jinak...

      Patutnya ambil cuti sampai sepuluh hari macam JM baru dapat cover banyak tempat... Ok la tu ada alasan nak repeat lagi...hehe

      Delete
  2. perempuan yang uruskan koala tu sama dgn saya dulu...hehehe eh dah takleh guna kamera sendiri ke...dolu kalo dah bayar utk gambar dgn koala, selain guna kamera dia...leh je ambil guna kamera kita sendiri....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang bayar untuk berfoto dengan koala tu memang boleh terus bergambar dengan kamera sendiri. Tapi saya tak ambil pun kakej tu... huhu. Kalau beramai macam grup DJ tu memang berbaloi...

      Delete
  3. jinaknya kanggaroo kat sini....time mrs pegi dulu susahnya nak bergambar dengan kanggaroo asyik lari jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke... yang ini semuanya super jinak...boleh usap dan peluk lagi... hehe

      Delete
  4. Kanggaroo semua jinak2..seronok sangat bagi makan.tapi banyak dah kenyang..ada setengah Cik Nun sua makan dia wat tahu ja.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Cik nun bukan kumpulan pertama sampai di sini. Group terdahulu dah bagi makan kangaroo tu kenyang2 agaknya..

      Delete
  5. naaaaaaaaaaaaaaak peluk nak golek golek ngan koala jugak !!! hahahaks.. sampai gambar pakcik je blur :p

    pakcik.. kalo kat bandar melbourne tu sendiri tak ada tempat tengok koala and kangaroo ke ? memang kena amik trip macam ni untuk jumpa diorang ni ? alaahai.. mahalnya T.T nangis skarang. tasmanian devil tu sebenarnya cute je. kalo dalam looney tunes tu comot hahahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je nak peluk koala tu tapi kena bayar... kalau tak dapat ambil foto dari jauh je...

      Tak pastilah pulak kat Melbourne tu ada zoo... tapi kalau zoo pun mana boleh nak pegang binatang.... Nampaknya kena join trip juga...

      Delete
    2. kalo cenggitu kena tunggu poket tebal lah. tak complete journey ke australia if tak pay a visit tengok diorang ni. dah tengok kena ada experience pegang and bergambar. baru betul namanya trip ke australia kan.. menabung menabung !!

      Delete
    3. Macam tu lah lebih kurangnya...

      Delete
  6. Bayaran AUD119 ke Philip Island itu tidaklah mahal sangat kalau ia termasuk melihat penguin balik dari laut.

    Kami sekeluarga pun suka binatang. Selalu kami bermain dengan kangaroo dan bagi makan, tapi di Chesterfield Farm. Kangaroo albino tu, kami tak pernah tengok.

    Koala suka tidur, nasib baik Mie pergi, dia tak tidur.

    Wombat dan Tasmanian Devil pun ada ya di situ? Untunglah Mie dapat tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya mahal jugalah bayarannya tu sebab kalau tiga orang dah cecah seribu ringgit...

      Wah... di mana Chesterfield farm tu...

      Koala tu memang di ambil dari tempat tidurnya... di suruh berposing untuk foto berbayar...

      Binatang lain kebanyakannya dikurung... lebih2 lagi tasmanian devil tu... nampak ganas.. asyik tunjuk taring dia...

      Delete
    2. Saya katakan bayaran yang dikenakan pada Mie tidaklah mahal sangat sebab semasa saya pergi dulu (2008) tiket untuk tengok penguin sahaja AUD65 seorang. Tapi Mie dapat pergi tempat-tempat lain, dapat makan, kenderaan disediakan dan ada pemandu lagi.

      Chesterfield Farm itu tempat yang saya dan keluarga suka pergi. Setiap kali keluarga dan kawan-kawan datang melawat saya di Melbourne, saya pasti bawa mereka ke sini. Semua mereka suka tempat ini. Nak tahu dengan lebih lanjut tentang Chestefield Farm ni sila baca entri saya ini
      http://nota-kembara.blogspot.com/2012/03/chesterfield-farm-jadi-koboi-aussie-di.html

      Delete
    3. Di tempat penguin parade tu ada dua kategori tempat duduk, mungkin NA ambil yang special punya.

      Maknanya kalau setakat nak bermain dengan kangaroo... tak payahlah pergi jauh sangat...pergi je ke Chesterfield Farm...

      Delete
  7. Abg Mie..kenapa gelapkan gambar sendiri...Saya pun tertanya2...anyway best dapat bermain dengan kangaroo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah en Din... bila berfoto gitu puilak jadinya... hehe. Memang best.. first time bermain dengan kangaroo...

      Delete
    2. Anda seorang yang segak....harap suatu masa nanti dapat lihat wajah sahabat blogger...semoga kita menjadi sahabat dunia akhirat...Kita akan pergi jua bila sampai masa nanti. Semoga kita jumpa di Jannah nanti.

      Delete
    3. InsyaAllah... saya memang terhibur dengan cara en Din...terutama masa berposing...

      Sebenarnya ada je foto saya dalam blog ini. Cuba en Din masuk ke kategori Arab Saudi tu...

      Delete
  8. Siapa nama anak yang bergambar tu ? tingkatan berapa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namanya Naz...yang bungsu...sedang belajar di UniMAP...

      Delete
    2. wah...lebih senior daripada anak-anak saya....semoga naz berjaya dunia akhirat.

      Delete
  9. jinak-jinak kangaroo tu semua...first time tengok kangaroo albino..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat jinak kangaroo tu...tapi yang albino nampak macam kecil sikit saiznya...

      Delete
  10. Best kannn dapat main main dgn kanggaru...Masa kami pergi tu, rasa macam tak percaya dapat pegang pegang kanggaru tu. Iyelah...asik tengok kat tv je.
    En. mie ada alasan nak repeat melben sebb tak dapat naik puffing billy tu..hehehe...
    Selamat hari raya dan maaf zahir batin. Jemputlah datang ke rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best cik Ta... Nak repeat ke Melbourne... mungkin lambat lagi lah...

      Selamat Hari Raya maaf zahir batin juga buat cik Ta sekeluarga...

      Delete
  11. wahh sonoknyerr jalan jalan ostolia tu kann bang mymieeee., ehHHee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan-jalan memanglah seronok... Wak pun dah lama tak mampir sini...

      Delete
  12. Kalau lihat hamparan padang rumput di Australia kok kelihatannya sangat indah banget ya Pak Mie. padang rumputnya berwarna hijau menyala. beda dengan padang rumput didaerah tropis. Oh ya, Kanguru itu dagingnya dikonsumsi oleh orang sana ngak Pak Mie ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin faktor cuaca juga mempengaruhi keadaan rumputnya... Tidak pasti sama ada daging kanggaru di makan atau tidak sebab ianya bukan haiwan komersial yang diternak secara besar-besaran...

      Selamat menyambut hari lebaran buat mas Gunadi sekeluarga...

      Delete
  13. Replies
    1. mesti tengah KHATAM sbb nak ke sana kan?

      Delete
    2. Di mana ada en Din@MKL di situ ada JM...hehe

      Delete
    3. alamak KANTOI!!!..abe MK buat apa ke JM ni..asyik nk mengikut je hahahaha

      Delete
    4. bukan ke di mana ada PLM di situ ada JM?

      Delete
    5. Entah-entah korang berdua orang ni nak ke Melbourne kot untuk next trip...

      Delete
    6. ahahahah...tak de maknanya si abe MKL tu nak bawak JM...

      Delete
  14. Wah baru terbaca tentang JM...Jom hujung tahun 2015 kita ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM sekarang ni semakin glamer dan sibuk... susah nak layan peminat yang beribu2 tu...

      Delete
  15. jom ke melbourne trip standard 5H4M follow saya @datin_ciku tuk maklumat lanjut!!

    ReplyDelete
  16. Cara pembayaran adalah dengan tunai di lokasi. Masa booking diaorang perlukan nombor kad kredit sebagai jaminan. Jika kita tak muncul pada hari yang dijanjikan, diaorang akan potong duit dari kad kredit kita...

    Selamat bercuti ke Melbourne Apit...

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...