Tuesday, July 8, 2014

Sydney and Melbourne Part 10 - Great Ocean Road 2 - Iluka Restaurant, Rainforest, Twelve Apostle dan Loch Ard Gorge.

Malas betul rasanya nak menyambung entry Aussie ni...

Ok, selepas sesi bermesra dengan burung-burung, perjalanan pun diteruskan. Menurut Mr Neil, bas akan berhenti di Apollo Bay untuk singgah di sebuah restoran di mana kami akan makan tengah hari di situ.  Makanan di sini adalah percuma kerana sudah termasuk dalam pakej. Banyak juga pilihan makanannya. Pilihlah sama ada nak makan fish and chip, burger atau salad. Minuman panas dan jus juga disediakan.

Iluka restaurant, Great Ocean Road, Apollo Bay.

Makanan di sini adalah halal dan sijilnya ada dipaparkan.

Makanan agak ringkas tapi mengenyangkan.

Meja khas untuk pakej Melbourne Australia Tours.

Kami berhenti berehat di sini kira-kira 45 minit sahaja. Kepada sesiapa yang nak bersolat bolehlah menggunakan kawasan lapang di hadapan restoran ini kerana tidak ramai orang. Lagipun di perhentian seterusnya memang  susah untuk mencari tempat seperti ini. Masa berhentinya pun agak singkat dan perlu banyak berjalan untuk ke sesuatu tempat tarikan. Semuanya perlu dilakukan dengan cepat dan tak boleh terhegeh-hegeh.

Kawasan lapang di hadapan Iluka restaurant.

Perjalanan diteruskan lagi dan berhenti di satu kawasan hutan hujan di Otway. Pokok-pokok yang ada di sini tidak banyak bezanya dengan yang ada di hutan hujan di negara kita. Di sini kita hanya perlu mengikut trek sepusingan yang disediakan untuk satu lawatan ringkas. Pada saya lawatan ke sini adalah biasa-biasa saja dan tidaklah begitu menarik.

Rainforest walk signboard.

Bas hanya berhenti setakat ini.

Pokok-pokok balak yang beratus tahun usianya.

Banyak pokok pakis gergasi di sini.

Puncak lawatan untuk trip Great Ocean Road ini ialah melihat batu terpacak Twelve Apostles yang terletak di Part Campbell National Park. Batu terpacak ini terjadi adalah dari hakisan air laut terhadap tebing batu kapur di bahagian yang agak lembut lalu membentuk seperti gua. Lama kelamaan, ianya membentuk menjadi seperti satu gerbang dan apabila bahagian atasnya runtuh lalu membentuk batu terpacak tersebut. Ketinggiannya mencapai 50 meter. Boleh faham tak ni...

Pada asalnya memang ada dua belas batu terpacak ini, tapi sekarang hanya tinggal kurang daripada sepuluh sahaja akibat hakisan dan runtuh. Pada masa akan datang, mungkin Twelve Apostle ini akan lenyap sepenuhnya. 

Bagi mereka yang berpoket tebal, bolehlah menggunakan perkhidmatan helicopter untuk meninjau kawasan ini. Kosnya ialah AU$95 seorang.

Perlu berjalan kira-kira 200 meter untuk ke tepi tebing.



Sebahagian daripada batuan Twelve Apostle.


Batu yang paling hadapan telah runtuh.

Tebing tinggi dengan batuan yang agak kurang kukuh.

Antara batu yang terbesar.

Kalau tak ada batu-batu itu pun, tempat ini tetap cantik.

Pemandangan lebih menarik dari bahagian hujung tanjung. Tapi berhati-hati jangan keluar dari pagar kerana keadaan batuannya kurang setabil.

Dua batuan yang terletak di sebelah kiri.

Tebing tinggi menegak.


Destinasi terakhir untuk trip Great Ocean Road ini ialah di Loch Ard Gorge. Kedudukannya anggaran 3.5 kilometer dari Twelve Apostle. Nama tempat ini mengikut ceritanya adalah sempena nama sebuah kapal iaitu Loch Ard yang terkandas dan karam di sini. Jurang yang terbentuk juga adalah akibat dari proses hakisan yang berpanjangan.


Pada mulanya kedua-dua bahagiannya adalah bercantum.

Di sini kita boleh turun hingga ke bahagian pantainya.

Cantik pantainya, kurang berombak sebab terlindung.

Kesan-kesan hakisan yang amat ketara.


Kalau bawa baju lebih, boleh mandi ni...

 Tiba waktu untuk balik kerana suasana beransur gelap.


Dalam perhalanan balik Mr Neil memberhentikan kami semua di pekan Colac untuk makan malam. Makan kali ini perlu bayar sendiri. Kami cuma makan apple pie dan kopi panas dari Restoran Mc Donalds di situ. Cukuplah sekadar untuk mengalas perut. Sampai di Melbourne lebih kurang pada jam sepuluh malam.

51 comments:

  1. heppp jangan malas2 update! hehee..

    TQ TQ update entry GOR ni with picca yg tantek2 belaka. kak kiah like! teros terimbau kenangan lama gituh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah Kak Kiah bulan puasa ni kurang sikit mood nak mengapdet...

      Gambar cantik?? sebenarnya ada masalah pada kamera.. tu yang nampak tak berapa sharp... tapi disebabkan persekitaran dah cantik... jadi gambarnya pun nampak macam OK...

      Bolehlah nanti KK mengulang lagi atau buat tempat transit...

      Delete
  2. Rasa rasanya lah klau ada rezeki. .boleh kah nekcik mnejaki tempat ini...longgar skrew lutut gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Nekcik dan Tokpokcu boleh sampai ke sana satu hari nanti...

      Tak perlu ketatkan skru lutut... rasanya OK je... :)

      Delete
  3. saya pun malas nak start karang cerita....aduhai....letih pun ye jugak bulan posa ni...hehehe masa sy pi 12 apostles tu hujan....tak dpt nak berlama-lama bergambar kat situ...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah DJ vitamin M melanda semua orang nampaknya...

      Hujan... ruginya... alhamdulillah masa saya di sana cuaca sangat OK... tapi dah tak mampu nak melompat bintang bagai...

      Delete
  4. Haa...PLM dah update pun.saya malas bab puasa takda time.hehe..Fish n chips dekat iluka tu banyak sangat kan.puas hati makan.dekat rainforest tu best tak?tak di bawa pun ke situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parah ni... CN pun dapat mood M juga... serupalah kita...:)

      Memang best makan kat Iluka restaurant tu...sedap dan tak perlu keluar duit lagi...

      Rainforest tu biasa-biasa je CN... lebih kurang kat tempat kita je...tak pergi pun tak rugi...

      Delete
  5. Cantik 12 apostles......rugi tak mandi...kalau tak mandi bolehle rendam kaki.....berangan2 nak ke melbourne tahun depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik en Din... tapi sejuk... boleh kecut semuanya...)

      Bestnya... sekurang-kurangnya en Din dah ada orang boleh guide kat sana nanti. Kalau nak jalan-jalan keluar kota pun boleh sewa kereta... lebih jimat...

      Delete
  6. Replies
    1. TQ en Din... begitu juga buat en Din sekeluarga...Berjalan-jalan melihat tempat orang juga merupakan satu ibadat...

      Delete
  7. Hutan Hujan Otway dan kebanyakan di Melbourne adalah hampir sama dengan hutan kita, cuma pokok pakunya besar gergasi dan pokoknya tinggi-tinggi. Kadang-kadang ada native flowers seperti waratah, kangaroo paw atau stuart dessert. Kalau nasib baik boleh jumpa koala, kookaburra dan encidna. Yang tu tak ada di Malaysia.

    Beruntung dapat makan fish & chips yang halal. Saya pun tak tahu ada makanan halal di kawasan GOR. Kalau tidak boleh saya makan fish & chips di situ. Masa kami pergi dulu, kami memandu sendiri, sewa rumah dan masak sendiri.

    Kawasan 12 Apostle itu menarik kerana hasil hakisan angin dan air laut itu menjadikan batu kapur itu terbentuk begitu. Masa Mie pergi tu, angin kuat tak? Masa kami pergi tu, angin terlalu kuat, rasa nak tercabut tudung dan nak berjalan pun berat sebab terpaksa menolak angin. Ini yang menyeronokkan.

    Bertuahnya anak dan isteri Mie dapat jalan-jalan sampai ke GOR. Bukan semua orang dapat peluang ni.

    Saya pun macam Mie, kalau ke MD di luar negara, makan apple pie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni mungkin bukan pemerhati yang baik... kalau ada pun bunga-bunga yang NA catatkan mungkin saya pun tak perasan...Oh ada juga haiwan eksotiknya...tapi itulah yang peliknya, haiwan liar kat sini kebanyakannya jinak-jinak... rasa best sangat.

      Memandu sendiri tentu lebih seronok kerana boleh setkan masa sendiri di sesuatu tempat dan tak perlu terkejar-kejar. Makanan pun boleh siapkan sendiri dan yang lebih penting boleh tinggal di sana lebih lama.

      Masa saya di sana angin biasa-biasa je, mungkin sebab dah nak masuk musim sejuk.

      Betul tu NA, memandangkan kos yang agak tinggi di Australia bukan semua orang dapat peluang untuk ke sana. Saya pun dah kerja berpuluh tahun baru mampu ke sana... :(

      Selain pie kekadang saya makan juga fish filetnya...

      Delete
  8. tak sempat pegi ke london bridge ke? dah tak jauh dah dari Loch George tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah rasanya memang dekat lokasinya dengan LAG tu tapi driver tak bawak pulak ke sana dan memasing pun tak bersuara...takde rezekilah tu...

      Delete
  9. Wah anak2 dah besar... Dah bekerja atau mengaji peringkat u .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah en Din.. dah ada yang habis u dan bekerja juga ada yang masih belajar...

      Delete
  10. Replies
    1. Saya biasanya minta anak atau orang hantarkan. Tapi kalau en Din... boleh parking di Putrajaya Sentral sebab cajnya murah dan boleh sambung ERL terus ke klia2...

      Delete
    2. Kena caj kah ? Free parking ke kat Putrajaya Sentral ?

      Delete
    3. Kalau tak salah, cajnya RM7 sehari. Agak murah berbanding kat klia2 tu RM4/jam...

      Delete
    4. Murahnya.....kat tempat letak kereta Putrajaya Sentral... tempat stesen bas atau tempat ERL.

      Delete
    5. Memang ada tempat letak kereta berbumbung kat situ... park & ride...

      Delete
  11. Twelve Apostle dan Lord Ard Gorges tu cantik..proses alam semulajadi...lg lama lain pula bentuknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam Twelve Apostle mungkin akan hilang pada masa akan datang sebab hakisan dan tumbang ke dalam laut... LAG tu mungkin boleh bertahan lebih lama...

      Delete
  12. Replies
    1. Saya tak nampak satu pun...tak tahulah kalau memang ada tapi saya tak tahu...

      Delete
  13. Indahnya 12 Apostle dan LAG. sering lihat gambar 12 Apostle di Kalender.

    sepintas, LAG itu seperti Maya Bay di Phiphi Island juga Pak Mie, hanya bentuk batu dan warna pasir pantai agak beda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat cantik... apa lagi kalau dapat lihat dengan mata sendiri...

      Mungkin tidak sama kerana struktur batu di sini nampak macam lebih mudah terhakis. Warna batunya juga agak berbeza. Mungkin di Phiphi Island lebih cantik lagi...

      Delete
  14. PLM JM puasa nk tulis komen panjang2 pun dh x larat boleh mcm tu. Baru lepas masak tuk berbuka so skodeng blog PLM jap bila dpt tahu ada entri baru. Bln puasa kurang tenaga so kepala kurang umphh nk up entri huhuh

    Yang pasti view kat sini mmg ohsem dan Jm dh berangan nk pre wedding photoshoot kat sini hahaha ada yg muntah darah x dgr nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM dapat singgah sini pun dah cukup baik... Rajinnya masak... kita orang selalunya beli je...

      InsyaAllah sempena bulan puasa yang berkat ini saya doakan cita-cita JM termakbul suatu hari nanti...

      Delete
  15. Ha dah tinggal less than 12. Haritu kawan pernah bagitau, elok lah pergi before semuanya lenyap. Xsangka lak kejap je dah kurang bilangannya. Memang kena percepatkan proses isi tabung ni. Lawa2 lah gambar yang diambil, xdapat imagine kalau in real life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bie, sebenarnya dah tinggal kurang dari sepuluh. Nampak ada yang dah senget dan menunggu masa untuk rebah. Tabung Bie biasanya cepat penuh kan, so no problem. Boleh ajak JM sekali... dia pun belum pernah ke sana...:)

      Delete
  16. Replies
    1. Memang seronok... Hans pun boleh juga pergi ke sana. Thanks for visiting...

      Delete
  17. salam...ada masa sila kirim alamat anda ke khairuddinlim@yahoo.com..

    Thanks.

    ReplyDelete
  18. Assalam Mie...lama tak singgah...ostolia pulak nampak....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Fadzli... selamat berpuasa.

      Ada rezeki dapatlah jalan jauh sikit...Fadzli pun dah kurang ada entry baru...

      Delete
  19. Bestnya merantau! :D jemput singgah ke blog SM kalau sudi :)

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/07/boleh-gelak-sampai-tertonggek-kalau.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak merantau SM... cuma jalan-jalan seminggu je...)

      Delete
  20. Selama ni tengok gambar sekeping dua je, bila dah tengok gambar detail kat blok mie ni..subhanallah...cantik sangat2 tempat ni rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wa memang sangat cantik keadaan alam semulajadi kat sini. Kena mengalaminya sendiri baru tau...

      Delete
  21. waaah seronoknya.. CT memang tringin nak ke twelve apostles tuh kalau ke melbourne. tapi bila pakcik cakap batu batu tu tak kukuh macam seram saja. baru nak buat stunt and selfi teragung kat situ :P and pantai tu cantik. memang pantai tu gelap hijau hijau gitu kalernya atau sebab hari dah nak gelap ? seram jugak walaupun cantik :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat best CT... Tempat tu takdelah bahaya mana sebab dah di buat laluan.. cuma jangan memandai nak keluar laluan... memang cari nahas lah tu...

      Berselfie maut boleh je, asalkan tau cari tempat yang sesuai...

      Pantainya agak landai... warna kehijauan tu mungkin sebab hari dah mulai gelap...

      Delete
    2. alamak selfi gitu tanaklah.. kan best kalau diorang buat connecting bridge ke pelantar ke kat atas batu batu tu semua.. boleh selfi hihiks..

      huurm laut landai sedap mandi ni..

      Delete
    3. Tak dapeklah nak buat pelantar... nanti tumbang pulak batu tu...

      Nak mandi... boleh je tapi pantai kat Aussie ni terkenal dengan jaws nya...

      Delete
  22. Tengah membaca berbaloi tak pi melawat The Otway fly tree top ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hutannya lebih kurang di tempat kita... kalau skip pun takpe en Din. Tapi kalau orang yang adventurous macam en Din haruslah mencuba fly tree top tu...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...