Sunday, February 6, 2011

Hutan Lipur Kuala Woh


Hutan Lipur Kuala Woh terletak di kilometer 13 jalan utama dari Tapah ke Cameron Highlands. Kawasan perkelahannya terletak kira-kira satu kilometer dari simpang jalan utama. Kami sekeluarga singgah di sini untuk berehat dalam perjalanan ke Cameron Highlands. Oleh kerana kami ke sini pada hari Selasa, pengunjung tidaklah begitu ramai. Ini disebabkan bukan semua sekolah mendapat cuti selama seminggu sempena cuti Tahun Baru Cina. Sekolah yang mendapat cuti seminggu biasanya sudah menggantikannya pada hari sabtu pada minggu-minggu sebelumnya.





Antara tarikan di sini ialah jambatan gantung yang merentasi sungai untuk ke pusat informasi, kolam air panas (sedang diperbaiki) serta sungai yang jernih dan arusnya yang tidak begitu deras.





Di kawasan hutan lipur ini terdapat banyak rama-rama dari spesis Rajah Brooke (Trogonoptera brookiana). Jika bernasib baik (seperti saya) kita dapat melihatnya dalam satu kelompok besar. Rama-rama jenis ini lebih tertarik kepada air dan tanah berlumpur berbanding bunga seperti rama-rama lain. Ianya tidak akan terbang walaupun kita berada pada jarak yang dekat. Cara terbangnya juga tidak begitu agresif. Rama-rama jenis ini adalah spesis yang dilindungi.


8 comments:

  1. macam menarik juga tempat ni..nak pgi melawat satu hari nnti

    ReplyDelete
  2. Salam orangmuo, memang tempat yang sesuai untuk berehat sebelum naik ke Cameron Highlands.

    ReplyDelete
  3. gayanya kena pergi gak laa nanti..next year... lambek eh lagi.. hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Salam azmnor, jangan lupa pada 28/2 ni, cpt2 buat tempahan bilik tu..

    ReplyDelete
  5. tak tau pulak ada hutan lipur kat sini..perasan yang ada air terjun tu je

    ReplyDelete
  6. Tuya, air terjun tu ada kat batu 14, hutan lipur ni kat batu 7 rasanya. Ada signboard sebelum sampai ke sana. Pandang-pandanglah kat sebelah kanan jalan, mesti jumpa.

    ReplyDelete
  7. en_me, peminat fotografi elok datang kesini...

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...