Friday, September 12, 2025

Thistle Port Dickson Resort

Berkesempatan menginap di sini untuk tempoh 3 hari 2 malam sempena cuti hari kebangsaan. Ambil 3 bilik untuk keseluruhan ahli keluarga tapi satu keluarga tak dapat datang kerana anaknya dimasukkan ke hospital. Tapi kami lenjan juga bilik tu sebab dah bayar.

Tak ada apa-apa acara khas atau yang menarik di sini. Hanya kibaran bendera di sekitar perkarangan hotel. Ada pertunjukan bunga api sekejap. Itupun pada jam dua belas malam yang kebanyakan orang dah tidur.

Thistle - Terletak di KM 12 Jalan Teluk Kemang.

Monday, August 25, 2025

Bosnia - Sungai, Jeram dan Air Terjun

Berkesempatan melawat negara-negara Balkan pada peralihan musim bunga ke musim panas iaitu pada akhir bulan Mei dan awal Jun. Cuaca waktu paginya agak nyaman tapi pada sebelah tengah hari ke petang suhunya dah panas macam negara kita. Yang bagusnya waktu siangnya agak penjang jadi sempatlah solat jamak di bilik hotel. Waktu maghribnya jam lapan lebih. Negara-negara yang dilawati adalah North Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia dan berakhir di Croatia.

Untuk pengetahuan nama rasmi Bosnia adalah BOSNA I HERZEGOVINA atau singkatannya BIH. Tulisan seperti ini banyak tertulis pada baju T yang dijual untuk cenderamata. Saya tanya betul ke ejaan tu sebab macam lain rasanya. Penjual mengesahkannya. Matawang Bosnia ialah Mark dan singkatannya BAM iaitu Bosnia-Herzegovina Convertible Mark. Tapi simbol yang digunakan di kedai ialah KM. Wang Euro digunakan secara meluas di sini walaupun Bosnia bukan negara Schengen. KM1 bersamaan 0.5 Euro. Jadi kalau ke Bosnia tak perlu tukar duit kepada kepada matawang tempatan. Kad kredit juga digunakan secara meluas.

Posting kali ini cuma nak tunjukkan kecantikan alam di Bosnia saja. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Blagaj, Mostar, Sarajevo, Travnik, Jajce dan Bihac.

Springs of the Buna River, Blagaj.

Friday, May 23, 2025

Terengganu : Besut dan Setiu

Trip yang tidak dirancang. Seorang anak yang tinggal bersama di rumah ada beritahu  yang dia akan menyertai Company trip ke Yunnan. Seminggu sebelum dia berlepas, anak yang tua pula beritahu yang dia nak ke Merang, Terengganu pada tarikh yang sama. Jadi kami mengendenglah nak join sama. Dia OK saja, cuma chalet yang di tempah dah penuh untuk tempoh tersebut. Nasib baik ada ada lagi chalet lain yang masih kosong. Tak ada masalah pun sebab tak jauh mana dari chalet dia. Yang penting dapat jalan-jalan.

Berlepas jam empat pagi dari rumah. Sampai di sana masih awal, jadi kitaorang terus menuju ke Besut untuk ke Masjid Lapan Kubah.

Masjid Lapan Kubah

Binaan yang sangat unik.

Wednesday, February 19, 2025

Kuantan : Staycation sebelum puasa

Ada tak sesiapa di sini yang pernah tersalah tarikh semasa membuat tempahan hotel? Ini yang terjadi kepada kami sekeluarga. Selepas dah dapat tarikh yang dipersetujui semua iaitu pada tempoh cuti sekolah, tempahan pun dibuat. Legalah dah dapat tempat penginapan. Dua hari sebelum bertolak, tergerak untuk menyemak tentang bayaran kepada pihak hotel. Ini disebabkan tiada tolakan daripada CC seperti biasanya iaitu beberapa hari sebelum mendaftar masuk. Rupanya tersalah bulan walaupun tarikh dah harinya adalah sama. Faktor usialah ni agaknya. Nasib baik masih boleh dibuat pembatalan.

Trip mesti diteruskan kerana masing-masing dah ambil cuti. Banyak hotel yang dah habis ditempah masa cuti sekolah ini. Akhirnya kami dapat buat tempahan di Zenith Hotel Kuantan. Hotel yang terpaksa dibatalkan adalah Swiss Belhotel di Tanjung Lumpur. Hotel ini jadi pilihan utama kerana ada kolam renang yang luas seakan water park dan kedudukannya di tepi laut dan banyak kedai makan berhampirannya.

Singgah makan tengah hari dulu di sini.

Monday, February 3, 2025

Switzerland - Mount Titlis | Lucerne | Zurich

Tempat lawatan terakhir hari ini ialah ke Mount Titlis di Engelberg serta bandar Lucerne untuk membeli sedikit barangan kerana esok paginya memang dah tak ke mana-mana dan terus bergerak ke airport Zurich. Salji semakin menebal di sekitar hotel.