Berkesempatan melawat negara-negara Balkan pada peralihan musim bunga ke musim panas iaitu pada akhir bulan Mei dan awal Jun. Cuaca waktu paginya agak nyaman tapi pada sebelah tengah hari ke petang suhunya dah panas macam negara kita. Yang bagusnya waktu siangnya agak penjang jadi sempatlah solat jamak di bilik hotel. Waktu maghribnya jam lapan lebih. Negara-negara yang dilawati adalah North Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia dan berakhir di Croatia.
Untuk pengetahuan nama rasmi Bosnia adalah BOSNA I HERZEGOVINA atau singkatannya BIH. Tulisan seperti ini banyak tertulis pada baju T yang dijual untuk cenderamata. Saya tanya betul ke ejaan tu sebab macam lain rasanya. Penjual mengesahkannya. Matawang Bosnia ialah Mark dan singkatannya BAM iaitu Bosnia-Herzegovina Convertible Mark. Tapi simbol yang digunakan di kedai ialah KM. Wang Euro digunakan secara meluas di sini walaupun Bosnia bukan negara Schengen. KM1 bersamaan 0.5 Euro. Jadi kalau ke Bosnia tak perlu tukar duit kepada kepada matawang tempatan. Kad kredit juga digunakan secara meluas.
Posting kali ini cuma nak tunjukkan kecantikan alam di Bosnia saja. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Blagaj, Mostar, Sarajevo, Travnik, Jajce dan Bihac.
Springs of the Buna River, Blagaj.
Lokasi pertama di Bosnia ialah di Blagaj. Di sini ada sebuah sungai yang mengalir keluar terus dalam gua. Terdapat beberapa jeram yang menjadikan pemandangannya begitu cantik. Ada beberapa pusat ternakan ikan trout di sini dan ikan inilah yang dihidangkan untuk makan tengah hari bersama makanan yang lain. Walaupun tekak tak berapa menerima ikan tawar di negara sendiri tapi di sana laju pula makannya. Sedap sangat mungkin sebab dibela dalam keadaan air yang sangat bersih.
Springs of the Buna River.
Mostar Bridge di atas Sungai Neretva.
Ini adalah jambatan yang paling ikonik di Bosnia. Dibina pada abad ke 16. Sebenarnya jambatan ini telah dibina semula setelah musnah pada masa perang di sana. Panjang jambatan ini adalah 29 meter dan ketinggiannya 20 meter. Ada acara terjun jambatan pada musim panas yang diadakan setiap tahun. Dibahagian bawahnya ada disediakan perkhidmatan bot untuk mereka yang mahu melayari sungai ini.
Bosna River, antara sungai yang terletak berhampiran Sarajevo.
Plava Voda Springs, Travnik.
Pusat ternakan ikan trout.
Pliva Waterfall, Jajce.
Wooden Watermills, Jajce.
Wooden Watermills, Jajce.
Una National Park, Bihac. National Park yang terbesar di Bosnia.
Una National Park.
Masa musim panas di Balkan ceri boleh di dapati di mana-mana negara. Puas makan kekadang sampai tak terhabis. Stroberi pun banyak dan harganya agak murah.
Kepada sesiapa yang berkesempatan silalah ke Balkan.
No comments:
Post a Comment
En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...