Thursday, December 26, 2019

Gold Coast, Queensland Pt 3 - Paradise Country | Australia Fair | Pantai Gold Coast

Taman tema kedua yang kami pergi ialah Paradise Country. Tempat ini lebih kurang macam zoo juga. Bezanya cuma kita boleh bermain dengan sesetengah binatang yang ada di sini. Keluar dari tempat penginapan pada jam 9.00 pagi. Stesyen kereta api terdekat untuk ke Paradise Country ialah Helensvale. Sekarang ni sudah agak mudah kerana laluan tram Gold Coast sudah disambung dan berakhir di Helensvale. Kalau dulu terpaksa naik bas untuk ke stesyen Nerang dan ambil kereta api untuk ke Helensvale.

Menunggu tram di stesyen Cavill Avenue.

Monday, November 18, 2019

Lexis Hibiscus, Port Dickson

Dari Masjid Sri Sendayan kami ke Lexis Hibiscus, Pasir Panjang, Port Dickson. Sampai di sini pada jam dua petang. Terus beratur di kaunter check in. Waktu check in nya ialah pada jam tiga petang. Ramai sungguh tetamu pada hari ini sempena cuti hujung minggu selama tiga hari. Tempat letak kereta di hadapan hotel penuh hingga sampai ke jalan masuk di bahagian kiri kanannya. Pilihan yang ada ialah di bangunan parking bertingkat. Agak leceh jugalah sebab laluannya agak sempit. Jadi dapatlah parking di tingkat tiga.

Papantanda yang besar boleh dilihat dari jauh, jadi tak akan terlepas jalan masuknya.

Tuesday, November 5, 2019

Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Sempena cuti hujung minggu selama beberapa hari akhir bulan Oktober lepas, kami ke sini iaitu ke Masjid Sri Sendayan.

Masjid ini terletak di bandar Sri Sendayan, dalam kawasan Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan. Senibinanya agak unik dan ada pengaruh masjid yang ada di negara Arab. Oleh kerana sudah menjadi viral di media sosial ramai pelawat yang datang dari serata tempat berkunjung ke sini.

 Masjid Sri Sendayan.

Wednesday, October 30, 2019

Gold Coast, Queensland Pt 2 - Sea World

Hari ini kami nak ke Sea World. Tak jauh mana dari penginapan kami. Jadi kami keluar agak lewat sikit. Mudah saja nak ke sana. Kita cuma perlu ke Gold Coast Highway untuk naik bas bernombor 705. Highway ni bukanlah macam highway yang besar tu, cuma jalan selorong dua hala macam jalan biasa. Tunggulah di mana-mana bus stop yang ada di sepanjang jalan itu bergantung di mana tempat kita menginap. Sea World terletak di perhentian terakhir bas 705.

Sunrise dari apartment penginapan kami.

Thursday, October 10, 2019

Gold Coast, Queensland Pt 1 - Ketibaan dan Penginapan

Ini adalah trip family. Pada mulanya kami cuma ambil tempoh 5H4M saja ke sana. Tapi Airasia telah menjadualkan semula penerbangannya ke sana. Dapat itinerary baru dari Airasia tapi cuma untuk tempoh 4H3M saja. Ini tak boleh jadi ni kerana kami sudah membuat tempahan penginapan untuk 5H4M. Bukan murah pulak tu sebab kami ambil apartment 3 bilik menghadap laut. Jalan penyelesaiannya kami ke pejabat Airasia di KL Sentral, minta dianjakkan ke belakang tarikhnya bukan ke hadapan seperti yang ditawarkan. Jadi dapatlah kami rehat panjang sikit iaitu 6H5M. Pihak apartment pula menawarkan setengah harga untuk satu hari tambahan tersebut.

Nasib kurang baik kerana dua hari sebelum berlepas salah seorang ahli keluarga telah dimasukkan ke hospital. Si kecik pulak diletakkan di atas nama ibu bapanya. Nasib baik boleh check in bersama ahli keluarga yang lain. Jadi trip ini dari tujuh orang tinggal lima orang saja. Sayang betul dengan apartment yang dah ditempah tu.

Gold Coast Airport, Coolangatta.