Petangnya kami keluar lagi. Kali ini destinasinya ialah ke Masjid Al-Noor dan Cho Dong Xuan (pasar). Kedua-dua tempat ini terletak agak berdekatan. Berjalan kaki saja kami ke sana, kerana jaraknya cuma lebih kurang satu kilometer dari hotel penginapan. Di sepanjang jalan menuju ke Pasar Dong Xuan pada malamnya pula ada pasar malam. Pasar malam ini cuma ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja. Kalau sesiapa datang pada hari lain memang tak jumpalah.
Tasik Hoan Kiem dan persekitarannya

Masjid Al-Noor di Jalan Hang Luoc.
Bahagian dalam masjid dengan mimbarnya yang ringkas.
Redup di dalam kawasan Masjid ini kerana banyak pokok belimbing.
Destinasi pertama kami ialah Masjid Al-Noor yang terletak di Jalan Hang Luoc. Masjid ini tidak begitu besar. Mungkin cuma boleh memuatkan hingga seratus orang jemaah pada satu-satu masa. Inilah satu-satunya masjid yang ada di kawasan Old Quarter, Hanoi. Sampai di masjid hampir masuk waktu solat Asar tapi tak nampak seorang pun di situ. Mungkin digunakan untuk solat Maghrib dan Isya' serta solat Jumaat kerana komuniti Islam di sini kebanyakannya orang luar yang masing-masing bekerja. Tertarik dengan peringatan tentang telefon bimbit di situ yang menunjukkan orang Malaysia memainkan peranan yang agak besar dalam menggerakkan masjid ini. Pintu utama masjid ini sentiasa dikunci, jadi kalau nak masuk boleh ikut pintu kecil di bahagian kirinya, Pada sesiapa yang datang ke Hanoi jangan lepaskan peluang ke sini. Selain boleh menghulurkan sedikit sumbangan kita juga dapat singgah ke salah satu 'Jejak Rasul' yang ada disatu persekitaran yang sangat asing.

Masjid Al-Noor di Jalan Hang Luoc.
Bahagian dalam masjid dengan mimbarnya yang ringkas.
Redup di dalam kawasan Masjid ini kerana banyak pokok belimbing.
Selesai menziarahi Masjid Al-Noor kami bergerak pula ke pasar Dong Xuan yang terletak di jalan yang selari dengan Masjid. Kompleks pasar ini setinggi tiga tingkat dan tidak berhawa dingin. Agak panas seperti kompleks Padang Besar. Saiznya juga lebih besar. Peniaganya pula agak kurang friendly.
Jalan menuju ke Pasar Dong Xuan, sangat kelam kabut dengan motorsikal.
Suasana Pasar Dong Xuan siang.
Kereta elektrik yang siap menunggu penumpang untuk bersiar-siar sekitar kota Hanoi melalui jalan yang telah ditetapkan. Caj setiap penumpang ialah VND150K. Terdapat satu stesyen lagi iaitu berhampiran Tasik Hoan Kiem.
Suasana pada waktu malam
Suasana pada waktu malam
Suasana di dalam Pasar Dong Xuan seakan-akan kompleks Padang Besar, Perlis.
Kami berada di kawasan ini sehingga malam kerana nak melihat keadaan pasar malamnya sekali. Pasar malam dibuka mulai jam tujuh malam dan panjangnya hampir satu kilometer iaitu dari kawasan pasar sehingga menghampiri kawasan tasik. Kebanyakan barang yang dijual adalah pakaian dan baju. Agak susah untuk mencari souvenir di sini.