Wednesday, February 14, 2024

Da Nang, Vietnam

Ini adalah trip keluarga ke Da Nang. Mula-mula rasa agak macam rumit memikirkan tentang pengangkutan dan makanan semasa di sana. Maklumlah di Da Nang ini masyarakat Muslim terlalu kurang. Masjid pun tak ada. Nak pergi ikut pakej belanja agak besar untuk sembilan orang. Kami menempah satu apartment tiga bilik yang ada kemudahan tempat memasak. Banyak juga bekalan makanan yang kami bawa kerana harga makanan di restoran halal di sini agak keras sikit. Setiap kali makan tengah hari, kami makan di luar tapi makan malam di apartment saja. Dapur yang disediakan adalah jenis induction jadi kami bawa sendiri periuk khas untuk dapur tersebut. 

Untuk pengangkutan, tiba-tiba teringat kepada seorang Melayu Vietnam yang pernah kami minta dia uruskan masa trip ke Dalat walaupun dia tinggal di HCM City. Alhamdulillah rupanya dia ada banyak kenalan di bandar-bandar lain. HCM City ke Da Nang berjarak lebih 900 km jauhnya melalui jalan darat.

Jika ada sesiapa yang memerlukan perkhidmatannya boleh hubungi encik Rashid Yacob melalui WhatsApp di no +84909634195.

Beg-beg dah sampai dulu.

Penerbangan kami ke Da Nang berlepas pada waktu tengah hari dan sampai menjelang waktu asar di Vietnam. Siap-siap makan tengah hari dulu sebelum berlepas. Set masa yang sangat bagus dan cuaca pun amat baik sepanjang kami di sana. Waktu di sana sejam lewat berbanding dengan Malaysia. Suhu harian diantara 20 - 25 darjah Celcius.

Di Vietnam, menurut kata Rashid applikasi Zalo lebih popular berbanding WhatsApp kerana ada dwibahasa iaitu Vietnam dan English. Jadi terpaksalah install applikasi Zalo untuk kemudahan berkomunikasi dengan Mr Tuan, pemandu kami sepanjang berada di sana. Google translate banyak membantu dalam hal ini.

Kenderaan yang boleh memuatkan dua belas orang termasuk pemandu. Sangat selesa dan ada ruang khas yang mencukupi untuk bagasi dan stroller.  Pemandu kami bernama Mr Tuan dah sangat bagus servisnya. Kami terus dibawa ke hotel dan minta Mr Tuan datang semula selepas maghrib untuk makan malam dan seterusnya ke pasar malam dan Dragon Bridge.

Richico Apartment & Hotel yang terletak tidak jauh dari pantai. Ada tiga bilik lengkap dengan bilik airnya sendiri. Kemudahan memasak terletak di bilik yang paling besar. Ada meja makan dan peti ais sekali. Terdapat juga kolam renang di tingkat paling atas. Tempahan bilik sudah termasuk sarapan pagi tapi kami tak pernah pergi pun.

Bersebelahan dengan Q Mart, agak mudah untuk mencari barang keperluan. Ada beberapa barangan halal di sini.

Halal Food Karim, salah satu restoran makanan Melayu yang ada di Da Nang. Pelayannya boleh berbahasa Melayu. Buku menunya juga di tulis dalam Bahasa Melayu dan Vietnam. Nampaknya macam restoran milik keluarga.

Menyediakan masakan cara Melayu dan Vietnam. Ada ramai peserta pakej yang makan di sini. Tak nampak pun yang ke sini secara DIY bersama keluarga.

Kopi ini direkomen untuk beli sebab rasnya memang sedap. Yang penting ada logo halal.

Di restoran ini juga ada dijual telekung dan baju T serta bermacam produk kopi. Sempat membeli beberapa pek dan salah satunya di atas. Harganya 300K Dong untuk 50 paket kopi. Boleh bayar dengan duit Malaysia tapi dengan harga RM60. Kalau ikut pertukaran memang agak lebih mahal.

Son Tra Night Market.

Lepas makan malam Mr Tuan bawa kami ke Son Tra night market. Jaraknya lebih kurang satu kilometer saja dari Restoran Karim. Pasar malam ini dibuka setiap hari dari jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Kalau nak cari souvenirs di sini tempatnya kerana harganya lebih murah. Ramai betul orang Korea di sini berbanding orang tempatan. Ini disebabkan ada lebih seratus penerbangan seminggu dari Korea ke Da Nang. 

Hari pertama masing-masing dah mula melabur duit di sini.  Ada yang mengulang pada hari yang lain untuk menambah berat bagasi. Dia orang pergi naik grab car saja. 


Lokasi pasar malam tak jauh dari Sungai Han di bandar Da Nang. Ada beberapa batang jambatan merentangi sungai ini. Salah satu jambatan yang paling popular ialah Dragon Bridge. Pemandangan di sepanjang tebing sungai ini memang cantik berlatarbelakangkan bandar Da Nang di kedua-dua bahagian tebing sungai ini. Da Nang merupakan bandar ketiga terbesar di Vietnam.

Foto Dragon Bridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang.

14 comments:

  1. Kalau dah 9 org mmg masak la paling jimat.. Alhamdulillah nasib dan pengangkutan dari yg dikenali. Kenapa bawa kuali periuk dri rumah. Pihak aprtmnt tak sediakan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak jimatnya sebab sekali makan pun biasanya dalam lingkungan RM300 juga. Syukur sangat sebab pertolongannya semuanya berjalan lancar. Bawa periuk khas saja kerana periuk biasa tak matching dengan induction cooker dan tak akan jadi panas. Risau pulak nak gunakan apartment punya..

      Delete
    2. Insyallah next time boleh try utk menyertu atau samak peralatan memasak di negara asing. Insyallah mudah dan memang ia satu kemudahan dalam islam. :D saya selalu buat jika tidak yakin dengan peralatan memasak di sesebuah negara tersebut :D

      Delete
    3. Wah bagus idea tu tapi kami lebih selesa guna peralatan sendiri.

      Delete
  2. Halal Food Karim.. Makanan halal di tmpt yg susah nak dpt makanan halal mmg sesuatu yg di nanti2 kan huhuu.. kena guna app selain whatsapp ah sudah.. nasib la.. btw cantik bridge tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. restoran itu nampak maju pun sebab ramai pelancung dari Malaysia makan di sana. Apps tu sama je fungsi macam WA jadi no problem. Bridge tu waktu malam agak cantik, bila siang biasa-biasa je..

      Delete
    2. Belum ada peluang lagi untuk menjejak kan kaki ke Da Nang. Pernah sekali ke Ho Chi Minh sahaja itu pun dah hampir 8 tahun lepas. Thanks untuk semua info yang diberikan :D

      Delete
    3. Kalau nak bawa family lebih baik pergi Dalat. Lagipun Dalat lebih banyak tempat tarikannya.

      Delete
  3. Wahh best ni pergi Danang, kami belum sampai. Betul di sana tak banyak kedai halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best la juga.. sebab cuaca tengah agak nyaman. Setakat yang saya tahu ada dua restoran Melayu halal. Ada juga restoran halal India tapi kami tak singgah pun.

      Delete
  4. Pergi HCMC pun susah nak dapat makanan halal, nasib tinggal dekat Ben Than banyak juga pilihan. Luar2 dari tu memang jenuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tapi kalau sudah kaki jalan semuanya tu masalah kecil je..

      Delete
  5. Belum pernah sampai Da Nang.
    Nampaknya agak susah pergerakan kalau tak ambil driver & kenderaan ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak sukar terutama bila bawa keluarga dengan budak-budak kecil.. jarak sesuatu tempat juga agak jauh..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...