Thursday, August 22, 2024

DoubleTree by Hilton Damai Laut : Santai Hujung Minggu

Setelah beberapa bulan mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu, bulan lepas barulah dapat berehat sebentar. Semua perbelanjaan di sponsor oleh anak-anak. Lokasi pun diaorang yang pilih. Apa yang bagus di sini ialah adanya taman tema air mini. Selepas berendam boleh terus menuju ke pantai di bahagian kanan hotel. Aktiviti lain ialah bermain golf. Tempahan bilik semua siap dengan sarapan pagi. Kedudukan hotel ini agak terpencil dan jalan masuknya berliku dan tiada lampu jalan pada waktu malam.

Jika rasa nak buat pesanan makanan, eloklah buat sebelum waktu gelap. Kesian dengan penghantar makanan kerana jaraknya dari pekan Lumut lebih kurang 20 km. Bolehlah bagi tip lebih sikit.

Sarapan paginya pun ada banyak pilihan. Ruang makanannya pun luas tapi ramainya manusia pagi itu.

Pandangan hadapan DoubleTree by Hilton, Damai Laut.

Lobi dan tempat kaunter pendaftaran. Ramainya orang dan tempoh untuk check in agak lama.

Pemandangan dari lobi menghadap Pulau Pangkor.

Pemandangan dari lobi.

Pemandangan dari lobi.

Lepas check in terus terjah ke taman tema air mini.


Ada terdapat beberapa buah kolam dan kebanyakannya sesuai untuk kanak-kanak.

Dah masuk dalam air susah nak keluar si Minah ni.

Bilik hotel yang menghadap laut.

Laluan pejalan kakinya menuju pantai pun cantik.

Tangga menuju pantai di sebelah kiri hotel. Pantainya kurang bagus berbanding di sebelah kanan. Bila nampak tangga ini teringat tangga di Seongsan Ilchulbong, Pulau Jeju.

Melamun sekejap.

Hanya sorang dua saja yang ada di sini.


Selepas maghrib ada pertunjukan bunga api dalam 15 minit gitu. Boleh tunggu di lobi saja.

Malamnya potong kek untuk tiga orang Abdul yang tarikh lahirnya berdekatan.

Lepas sarapan pagi kitaorang gerak ke pantai di sebelah kanan.

Laluan yang bersih dan cantik.

Ada beberapa aktiviti yang boleh dibuat di sini. ATV, banana boat, boat ride dan lain-lain. Jalan turunnya pun ada pilihan sama ada nak guna tangga atau tanjakan,

Di sini suasananya lebih nyaman.


Banyak tempat melepak disediakan.

Pemandangan Pulau Pangkor dari sini.

Yang mandi laut memang kena pantau, tak boleh dibiarkan sorang-sorang.

Seronok dia main pasir.

Belum sesuai nak naik banana boat.

ATV

Secara keseluruhannya tempat ini sangat sesuai untuk percutian keluarga.


Jam 12.00 kami check out dan terus ke bandar Lumut untuk makan tengah hari, Menyinggah sekejap di tepian laut ini. Sebelum balik ke pangkal jalan sempat memborong makanan laut kering yang harganya agak murah di sini.

Sejak WCE dibuka sebahagian daripadanya, perjalanan agak lancar terutama sehingga melepasi pekan Sekinchan. Sampai di Tanjung Karang terus melekat berjam-jam. Sampai rumah menjelang maghrib.

No comments:

Post a Comment

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...