Friday, April 19, 2024

Da Nang - Han Market | Basket Boat Ride | Hoi An UNESCO Site

Hari ketiga baru dapat peluang untuk shopping. Han Market ini mirip kepada Ben Thanh Market yang ada di Ho Chi Minh City. Bangunannya dua tingkat, di bahagian bawah adalah tempat jualan makanan kering dan juga cenderamata. Di bahagian atas pula lebih kepada tempat jualan kain-kain, beg dan baju.

Han Market tempat tumpuan pelancong untuk membeli belah.

Pilihn jangan tak pilih.

Pemandangan tempat jualan di bahagian atas dan bawah.

Tak ada pendingin hawa. Nasib baik masa tu suhu di Da Nang agak nyaman, kalau tak memanglah ketibas.

Masih pagi jadi orang belum ramai sangat.

Selesai di Han Market kami singgah makan tengah hari dulu dan balik ke hotel sebelum keluar lagi selepas zuhur.

Tempat pertama petang itu ialah ke Bay Mau Coconut Forest Basket Boat Ride. Ada banyak jeti persendirian di sepanjang sungai ini. Harga tiket bergantung kepada trip dan tempoh yang kita pilih. Kaunter tiket pun tak nampak. Kami ambil dua boat untuk tempoh setengah jam. Basket boat ini nampak sangat ringan kerana diperbuat dari buluh  yang dianyam. Bahan lain yang digunakan ialah resin dan tar. Selepas itu dicat berwarna warni dengan cat kalis air,

Salah satu jeti di sini.

Basket boat sedang menunggu pelanggan.

Tempat menunggu bagi yang tak ikut serta.

Meriah botnya tapi orang tak berapa ramai pada hari itu.

Bagi peluang diaorang naik. Yang lain tukang tengok saja sebab takut pening kepala.

Botnya sengaja dipusingkan. Kalau nak ligat lagi diaorang ada minta tip tambahan.

Aduh pening kepalaku. 

Tempat lawatan terakhir petang ini ialah Hoi An. Bandar ini merupakan salah satu tapak UNESCO seperti bandar Melaka. Ramai betul pelancong asing melawat bandar ini mungkin sebab statusnya sebagai tapak UNESCO.

Banyak bunga diletakkan di sepanjang jalan menuju ke tempat tumpuan di pinggir sungai.

Banyak sangat kenderaan yang serupa diletakkan di kawasan ini. Terpaksa ambil foto beserta nombor platnya.

Nasib baik budak-budak ni tak meragam. Elok pula diaorang berjalan.

Antara objek dan binaan yang ada di sini untuk tempat berfoto.

Kawasan tepi sungai ini menjadi tempat tumpuan pelancong berbanding di pusat bandarnya.

Ada perkhidmatan sampan bagi yang hendak bersiar-siar di sepanjang sungai.





Antara cafe yang ada di sini dengan senibina yang menarik.








Kami di sini hingga petang hari saja. Menurut kata pemandu pemandangan pada waktu malam adalah lebih cantik. Sebenarnya kami dah kepenatan serta kelaparan dan mahu segera balik ke hotel. Sebelum itu sempat singgah lagi ke Halal Food Karim untuk makan malam.

Atas permintaan sekecik ini, turun sekejap ke pantai walaupun waktu malam. Pantai terletak kira-kira seratus meter saja dari hotel.


Balik ke pangkal jalan pada kesokan harinya. Penerbangannya di sebelah pagi, Ada ramai kumpulan pelancong dari Malaysia tapi dengan penerbangan AA yang lain. Penerbangan kami awal satu jam.

Bagus tempat menunggu di Lapangan Terbang Danang ni. Ada tempat budak-budak boleh bermain sementara menunggu penerbangan.

Selamat tinggal Da Nang.

2 comments:

  1. Basket boat tu akan mudah berpusing sebab ringanlah ya? Seronok kalau dapat cuba naik, tapi saya tak mau la berpusing. Umur dah banyak ni, saya mudah pening 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama sebab tu tak join sama.. kalau dah pening jalan-jalan pun jadi ak seronok..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...