Tuesday, March 5, 2024

Da Nang - Ba Na Hills | Hai Van Pass | Dragon Bridge | Asia Park

Masa mula-mula beli tiket penerbangan ke Da Nang rasa memang tak tahu ke mana nak pergi. Tiket pun main beli je sebab masa tu ada tawaran harga rendah.. Rashid pun beritahu memang tak banyak tempat menarik di Danang. 

Antara tempat yang paling menarik untuk dikunjungi ialah Ba Na Hills. Jadi ia merupakan lokasi utama kami semasa di sana. Berada di ketinggian 1500 meter dari paras laut.  Terletak lebih kurang 42 kilometer dari kota Da Nang. Harga tiket untuk ke Ba Na Hills ialah 900K Dong seorang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai di kawasan stesyen kereta kabel. 

Tiket-tiket untuk ke Ba Na Hills.

Tempat jualan tiket dan stesyen kereta kabel.



Bangunan yang menempatkan stesyen kereta kabel.

Ada dua laluan kereta kabel untuk ke bahagian atas. Yang pertama akan sampai di Golden Bridge sementara yang satu lagi terus ke French Village. Kebetulan kami ke sini bukan pada hujung minggu, jadi orang tak begitu ramai. Sekejap saja menunggu giliran. Kami memilih untuk ke Golden Bridge dulu. 

Dapat giliran agak cepat. Kereta kabel ini katanya antara yang terpanjang di dunia.

Antara pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan.

Awan hanya ada di kawasan pertengahan saja. Terasa lebih sejuk bila melaluinya. 

Menghampiri stesyen Golden Bridge.

Tempat menjual barangan cenderamata.

Panjang Golden Bridge ini cuma 150 meter saja. Jambatan ini merupakan penghubung kepada taman-taman yang ada di bahagian hujungnya.

Besar gedabak jarinya.

Pemandangan sebahagian French Village dari kawasan Golden Bridge.

Kereta kabel sambungan dari stesyen Golden Bridge ke stesyen French Village.

Jarak antara dua stesyen ini tidak begitu jauh.

Menghampiri stesyen French Village.

Sebahagian pemandangan di sini. Cuaca hari ini agak cerah dan sedikit panas tapi nyaman bila angin bertiup.

Antara tarikan utama di sini ialah Alpine Coaster. Boleh dinaiki seorang atau berdua. Harga tiketnya 70K Dong seorang.


Rumah berbunga.

Ramai juga pengunjung pada hari itu.

Kawasan ditengah-tengah.

Tak ada apa sangat yang boleh dibuat di atas ini. Permainan pun tak banyak. Hanya melayan pemandangan saja. Genting Highlands jauh lebih baik. Nak makan-makan pun susah.

Jalan ini menuju ke stesyen kereta kabel yang satu lagi untuk turun ke bawah. Laluan inilah yang paling panjang sekali. Panjangnya lebih lima kilometer.

Melalui kawasan air terjun.

Agak cantik tapi tiada pengunjung. Mungkin kawasan larangan.

Supir setia menunggu di sini.

Sampai di bawah kami minta Mr Tuan bawa kami ke satu lagi restoran halal Muslim Vietnam. Kedudukannya agak jauh sikit dari Restoran Halal Karim.

Antara jambatan-jambatan yang dilalui untuk sampai di sana.

Restoran Kampung Melayu.

Restorannya lebih kecil dan pada masa itu tak ada rombongan pakej yang datang makan, 

Tempat seterusnya selepas makan tengah hari ialah ke Hai Van Pass. Kedudukannya agak tinggi dan merupakan tempat untuk melihat panorama sekitarnya,

Pemandangan dalam perjalanan.

Lokasi berfoto.

Deretan kedai minuman untuk tempat berehat. Setiap orang mahu rehat di sini dikehendaki membeli sekurang-kurang sebotol air yang berharga 10K Dong.

Jalan-jalanlah kita ke atas.




Keadaan mula berkabus jadi memang tak nampak apa-apa pun yang menarik.



Jadi baliklah kami semua ke Da Nang City. Minta mr Tuan untuk berhentikan kami di tepian sungai sekejap untuk mengambil foto Dragon Bridge. Pemandangan waktu siang kurang menarik berbanding waktu malam yang dihiasi dengan lampu berwarna warni.


Dragon Bridge dan kota Da Nang di kedua-kedua bahagian sungai.

Pemandangan dari dekat.

Jam lima petang kami balik ke hotel dulu dan keluar semula pada waktu malam untuk ke Asia Park. Kemasukan adah percuma kecuali ada bayaran untuk permainan tertentu. Untuk naik Ferris Wheel sahaja bayarannya 100K Dong dan untuk main semua permainan yang ada bayarannya 250K Dong. Memang agak murah. Taman tema ini dibuka pada waktu petang sehingga tengah malam.

Pintu masuk utama.


Yang senior-senior cuma naik yang ini sahaja.



Pemandangan kota Da Nang dari Ferris Wheel.

11 comments:

  1. Sun World tu sejuk ke panas.. nampak ada yg pakai jaket ada yg seluar pendek bertishirt huhuu.. Best jugak Da Nang ni .. nak try pergi jugak la.. Vietnam hanya pernah ke Ho Chi Minh sahaja.. itu pun dah hampir 10 tahun lepas huhuu :D

    ReplyDelete
  2. Kabel car terpanjang!!!..uish super gayat tu kalau berhenti tengah2..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya ada yang lebih panjang lagi iaitu di Sapa, Hanoi.. tapi yang ini pun rasa lama juga perjalanannya. Tak tahulah macam mana rasanya kalau rosak dan tergantung ditengah-tengah..

      Delete
  3. Menarik juga tempatnya ni cuma itulah dengar kata Vietnam ni susah nak cari makanan halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak susuh nak cari makanan halal tapi sekarang ni dah banyak makanan pack siap dimasak yang boleh dibawa..

      Delete
  4. SalamMie
    Ambik ground package ke kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Haah ambil ground package tapi tempat² lawatan kita tentukan sendiri..

      Delete
  5. Nampak langit membiru kurang awan, rupanya cuaca nyaman taklah panas terik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab lokasi Da Nang ni di bahagian tengah Vietnam.. jadi ada tempias musim sejuk dari bahagian utara..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...