Wednesday, January 24, 2018

Cameron Highlands 2018

3H2M di Cameron Highlands tapi tak dapat nak pergi banyak tempat kerana selepas Zuhur je hujan mulai turun dua hari berturut-turut. Lagipun ada si comel kecil yang ikut sama. Memang payah sikit nak menyinggah. Jadi kami pergi ke tempat-tempat biasa kesukaan kitaorang iaitu MARDI, Boh Tea Plantations dan Cameron Lavender di Tringkap. Tempat-tempat jualan sayur-sayuran dan ladang strawbery pun kami tak singgah kerana semuanya ada di pasar malam.

Tak jemu-jemu ke Cameron Highlands.

 Penginapan kami di Apartment Woodz Golden Hills, Jalan Sungai Ruil berhampiran dengan tapak pasar malam baru. Lebih banyak melepak daripada berjalan-jalan.

Suhu terendah cuma 15 darjah Celcius. Suhu siang hari mencapai 27 darjah Celcius.

Pasar malam Brinchang, bersebelahan apartment saja.

Encik MKL mungkin suka buah ini.

Malaysia Agricultural Research and Development Institute.


Bangunan pejabat pentadbiran bersenibina Inggeris.


Sampai di Boh Tea Plantation rasanya macam agak awal tapi tempat letak kereta yang luas tu pun dah hampir penuh. Laluan masuk dari persimpangan jalan utama Cameron Highlands ke sini agak teruk dan sempit. Cuma jalan dalam kawasan ladang agak baik. 



Cafe tergantung tarikan utama di sini.

Orang agak ramai pagi tu.

Aneka cheese cake. Nasi lemak cheese cake pun ada.

Mengeteh di sini walaupun baru lepas sarapan pagi.

Singgah ke kedai teh. Ada sesetengah teh yang hanya boleh didapati di sini.

Teh hijau dan teh ais.

Sekarang tiket masuknya dah RM10 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak. Tempat ini dipenuhi dengan bunga-bunga yang sedang berkembang. Ada disediakan surau yang cantik di hujung taman di bahagian atas.





Sempat makan tengah hari di dua tempat. Sarapan pagi di bilik saja dan makan malam beli di pasar malam. Berjimat selagi boleh kerana ada trip lagi akhir bulan ini.

200 seeds Cafe by Abang Strawberry di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. Sebenarnya ada banyak pilihan makanannya tapi kebanyakannya sudah habis kerana kami lewat sampai di sini. Lokasinya di hujung jalan tapi paling jadi tumpuan. Masalah utamanya nak cari tempat parking.

Makanan sedap dan servis pun cepat.

Restoran Al Raudah, Tanah Rata. Lokasinya selepas saja pekan Tanah Rata menuju ke Brinchang.

Hidangan sesuai untuk 3 hingga 4 orang. Selepas makan terus balik sebab dah mula nak hujan.

46 comments:

  1. wow sejuknya memalam..dekat je ek apartment tu ngan pasar malam ..tq info ye en mie.tengok gambo teh secawan tu..terasa nak g mamak lak ..teh tarik une..hiihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi memang agak sejuk tapi bila siang sikit dah mula panas... pasar malam tu bawah apartment je...

      Delete
  2. first time dgr buah cinta..MKL mesti suka..hihi..dah tak sesak kot jln utama sbb pasar malam dah pindah tempat..

    cantik pemandangan CH..cheese cakes..sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah cinta ni kalau di Brastagi dipanggil terung Belanda. Sedap dibuat jus kalau dicampur dengan buah markisa. Jus martebe namanya... Jalan utama dah kurang sesak...di Brinchang pun dah dibuat jalan sehala...

      Delete
  3. Saya pun sua singgah di cafe tergantung tu ...singgah minum teh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tempat yang best untuk mengeteh... pemandangan pun cantik...

      Delete
  4. dah banyak kali sebut nakpi CH ni tapi asyik tak jadi...alahai bila laaa nak sampai ni...rindu tempat sejukkk...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jangan tak pergi DJ... sejuk dan nyaman...

      Delete
  5. Saya pun first time dengar buah cinta. Hahaha. Gambar semua ohsem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah ajak Cinta cuti ke sana en Din... hehe

      Delete
  6. teringin nak pergi lagi mengulang trip julai 2017 sbb pergi tu tiba2 sakit kat sana..so percutian tu jadik percutian yg menyedihkan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat je... memang boleh sangat kalau nak mengulang...

      Delete
  7. ehehe tengok gambar Buah Cinta pun memang teringat Uncle wakakaka.. btw PLM.. kalo CT pergi CH pun memang banyak duduk dalam bilik dari meronda. selalunya trip healing nak bermalas-malasan dalam bilik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe MKL mesti gelak... ke sana memang untuk berehat2... sebab semua tempat pun dah pergi.. hujan pulak tu..

      Delete
    2. Buah cinta tu buah apaa? Sedap kee

      Delete
    3. Tak beli pun... tapi kalau dibuat jus memang sedap... pernah merasa di Brastagi...

      Delete
  8. memang tempat2 yang PLM pegi tu pun favret jugak. hehehe saja nak duduk2 santai lepak2. BOH Peach tu fevret. ada always kat rumah. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi teh tu macam takde nampak kat mana2 kedai...

      Delete
    2. ade PLM.. kedai runcit besar sikit ada. tapi selalu beli kat Mydin =)

      Delete
  9. seronok pergi cameron nih..
    masa ssaya pergi jumpa satu buah macam buah epal..warna hijau..sedap gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa. ni mesti buah jambu epal tu. Jambu tapi dah dijerukkan. Ada warna hujau dan merah. Aku suka yang warna hijau. Sodappp haha

      Delete
    2. Tang pewarna tu yang kurang best sikit...

      Delete
  10. 15 darjah sejuk tu... mmg best! Sya pon suka p pasar mlm.. mcm2 mknan beli.. kadang smosi x leh nk mkn.. punyalah tamak...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram tengok makanan kat pasar malam tu... kalau boleh semua nak dibeli..

      Delete
  11. Mieee! Lama tak singgah. Haha.

    27 darjah agak panas tu kan. Genting rasanya siang dalam 21 jugak. Best Genting lagi gitu hahah

    Cantik Taman Lavender tu.. Baru kee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih nyaman lagi kalau berangin... best lagi CH sebab banyak tempat untuk dilawat... taman tu dah ada lebih 5 tahun rasanya Khai...

      Delete
    2. 5 tahun?? Nampak sangat dah lama tak explore CH! Hahaha

      Delete
  12. HAI JUST NAK TANYA PASAR MALAM TU SETIAP HARI ADA TAU HARI TERTENTU SAHAJA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cuti sekolah pasar malam ada setiap hari. Kalau hari biasa cuma pada hujung minggu ie hari Jumaat dan Sabtu...

      Delete
  13. Nasi lemak cheese cake tu macam manalah rupanya...rasanya pulak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yak mencuba cheese cake tu tapi rupanya macam cheese cake biasa cuma ada ikan bilis dan kacang sebagai topping...

      Delete
  14. ada contact owner homestay apartment tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually saya booking online tapi kalau nak telefon boleh juga...
      Cameron Golden Hills Resort 05-6121081...

      Delete
  15. Hi. Assalamualaikum. Baru baca je dah seronok. Berapa rate harga hotelnya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lupa pulak... tapi kurang RM300 satu malam...

      Delete
  16. Kalu boleh tau specific name tmpt mnginap n rate harga sewa utk satu hari??
    Plan nk ke CH awal tahun depan..da lama sgt xg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cameron Golden Hills Resort 05-6121081. Ratenya dalam RM300 sehari...

      Delete
  17. Hi, selama you kat sana pegi tempat2 tuh naik apa ye? jalan kaki ? or rent car?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memandu saja dg kenderaan sendiri... lokasi tempat2 tu agak jauh... tak sesuai jalan kaki...

      Delete
  18. assalamualaikum....pasar malam tu dah pindah yee

    ReplyDelete
  19. Ade contact number owner apartment tu x...berapa rate dia satu mlm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cameron Golden Hills Resort 05-6121081. Ratenya dalam RM300 sehari. Berbaloi kerana ada tiga bilik...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...