Hari ini pagi terakhir di Kota Kinabalu. Siap-siap untuk check out awal sikit sebab kami nak ke Pulau Manukan. Nasib baik ada kereta sewa jadi barang-barang semua boleh sumbat dalam kereta. Dari hotel terus bergerak ke Jesselton Point. Payah betul nak mencari tempat letak kereta di kawasan berdekatan jeti sebab hari itu adalah hari bekerja. Akhirnya kami parking di dalam kompleks beli-belah Suria Sabah yang tak jauh letaknya dari jeti.
Agak ramai pelancong asing pada hari itu terutama dari negara China dan Korea.
Sampai di jeti terus menuju ke kaunter jualan tiket. Risau pulak kehabisan sebab nampak ramai orang sedang menunggu di situ. Rasanya tak banyak beza pulau-pulau yang ada di situ jadi kami pilih untuk pergi ke satu pulau saja iaitu Pulau Manukan.
Caj yang dikenakan mengikut jumlah pulau yang kita hendak pergi.
Bot-bot di kawasan jeti.
Laluan untuk ke bot-bot yang akan berlepas.
Sampai di jeti Pulau Manukan waktu air mulai pasang.
Bot datang dan pergi silih berganti.
Tak ramai yang turun di sini.
Pulau Manukan merupakan salah satu pulau yang terletak di dalam kawasan Taman Laut Tuanku Abdul Rahman. Pulau-pulau lain ialah Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Bayaran masuk RM3 seorang.
Pantainya tidak secantik dulu.
Ikan-ikan pun dah ada di sini, cuma di kawasan jeti saja.
Airnya tidak sejernih dulu.
Hanya sejam lebih saja kami di sini.
Pemandangan pantai dari jeti.
Waktu nak balik kena tentukan sendiri semasa membeli tiket. Tunggu saja di jeti pada waktu yang telah dicatatkan. Tak semestinya dengan bot yang sama. Ada orang yang akan menguruskan bot mana yang kita akan naik.
Laut agak tidak berapa tenang pada hari itu. Pemandu pula suka sangat merempit. Bila dilambung ombak dan jatuh semula, rasa macam nak pecah bot. Lebih teruk dari naik lori rasanya.
Alhamdulillah selamat sampai.
Menapak semula ke kompleks Suria Sabah.
Lepas makan tengah hari yang dah terlewat kami ke Masjid Negeri.
Selesai semua urusan dan membilas diri di sini kami keluar semula untuk mencari buah tangan untuk dibawa pulang sebelum ke airport. Belilah sedikit untuk buat syarat saja kerana kami langsung tidak menempah bagasi. Semuanya guna backpack.
Tugu ikan Todak.
Oleh-oleh untuk dibawa pulang.
Island hoping yang best..
ReplyDeleteTak kuasa nak pergi banyak pulau en Din sebab lebih kurang sama je...
Deletetak sah ke sini kalau tak ke pulau2 dia tuh. cantik
ReplyDeleteTapi dah tak secantik dulu. Kalau kali pertama ke KK, bolehlah ke sini...
DeleteDulu waktu saya ke Pulau manukan, airnya jernih Pak Mie. Apalagi di Pulau Sapi, jernih dan biru sekali. Mungkin sedang musim hujan jadi air laut di Pulau Manukan kurang jernih ?
ReplyDeleteJadi ingat Pantai Kuta di Bali, ada satu musim pas musim hujan biasanya, Pantai Kuta akan kotor sekotor-kotronya karena semua sampah laut ngak tahu dari mana, terbawa ke Pantai Kuta.
Mungkin saya ke sana bukan waktu yang terbaiknya... Owh baru tahu di Bali yang terkenal pun bukan sepanjang masa cantik...
Deletesama je pe'el boat man tu ya, masa saya ke sana pun gitu..punyalah laju melambung-lambung!
ReplyDeleteMungkin perkara biasa bagi dia orang... kita je yang rasa tak selesa... takut boat terbelah dua...hehe
Deletecuma jalan2 saja di pulau..kalau ada aktiviti snorkellng best jg..
ReplyDeleteAlat snorkeling semua memang dah bawa dari jeti lagi tapi ikan tak ada... Ada juga aktiviti sea walking tapi kami tak buat...
DeleteKalau saya sudah mabuk dan muntah-muntah kalau naik bot rempit :P
ReplyDeleteKalau saya sudah mabuk dan muntah-muntah kalau naik bot rempit :P
ReplyDeleteDia orang kejar trip rasanya. Banyak trip banyaklah masyuk...
DeleteHanya jalan jalan d pantai pulau manukan ke..dulu pergi snorkeling kat sana tp ikan x byk dah x best
ReplyDeleteSalam dari perantauan buat JM dan semua readers... mode perasan...
DeleteHeee apa salah nya..diam2 je kat perantauan? Sesuai sgt PLM jalan jalan
DeleteKalau tak silap tulu kalau ke pulau2 tu depa charge sekali je for 3 islands. now lain2 dah kan.
ReplyDeleteSekarang ni boleh pilih2... ikut kesempatan masing2... rasanya lebih baik cara ni...
DeleteHari tu pergi KK kenapa lupa langsung psl tour pulau2 nie.. rugi nyer..
ReplyDeleteDekat je KK tu Afif... nanti bolehlah mengulang...
Deletepergi ke manukan, sapi and mamutik island last month. memang best banyak ikan ikan di tepi pantai
ReplyDeleteDitunggu postingnya Babang... wah untung ada banyak ikan. Masa saya di sana ikannya lagi cuti... hehe
DeleteMusim sekolah dah nak dekat. Jom booking dgn saya. Harga promo hujung byk dah booking. Call dan wassap pun bole ^^, 0128569690. Bincang sampai jadi. Jom ke sabah
ReplyDelete