Selesai makan tengah hari di kawasan Gaya Street Sunday Market belum pun jam dua petang lagi. Jadi alang-alang dah dekat sangat dengan Signal Hill kami naiklah dulu ke sana. Atas bukit ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melihat bandar Kota Kinabalu dan sekitarnya. Terlebih dulu kita akan jumpa Menara Jam Atkinson sebelum sampai di kawasan yang lebih tinggi.
Menara Jam Atkinson.
Terletak di tepi bukit.
Info mengenai Menara Jam Atkinson.
Menghadap Pulau Gaya, pulau terbesar di Taman Laut Tunku Abdul Rahman.
Selesai di sini barulah kami bergerak ke tempat penginapan yang terletak di kawasan Api-api. Bila dah check in tak sangka pulak yang biliknya sangatlah besar. Rasanya boleh muat sampai 20 orang.
Tapi katilnya cuma untuk empat orang saja.
Masjid Universiti Malaysia Sabah.
Petang itu sempat meronda-ronda di kawasan Likas dan ke One Borneo Hypermall sebelum ke Tanjung Aru untuk melepak sekejap di tepi laut. Tapi hajat tak kesampaian kerana hujan. Dah terlanjur ke sini langsung singgah ke Perdana Park untuk melihat air pancut berirama. Di sini pun hujan juga jadi cuma dapat tengok dari jauh. Lebih hazab lagi kawasan cafe di sini pada masa itu tiada bekalan elektrik,
Air pancut yang bergerak mengikut alunan muzik.
Kalau mengikut infonya, pertunjukan bermula dari jam 7.00 hingga 9.00 malam. Tapi hari itu sekejap pulak. Tak sampai pun setengah jam. Mungkin disebabkan hujan dan orang pun tak ramai.
Udang, ikan merah dan sotong pilihan kami.
Akhirnya barulah kami bergerak ke medan selera bersebelahan Pasar Filifina untuk makan malam. Tak banyak pilihan lauknya mungkin sebab hujan dan pelanggan pun tak berapa ramai jadi diaorang pun buat sikit saja.
sabah memang menarik, makanan sedap terutama seafood.
ReplyDeletepasar filipin , kundasang yang nyaman dan gunung kinabalu.
Memang banyak tempat menarik kat sana. Lokasi terbaik untuk JJDN...
Deletecantik menara jam Atkinson..
ReplyDeletebesar betul bilik hotelnya...berbaloi..
Sangatlah luas biliknya... sesuai untuk family besar...
Deleteperghhh bapak beso bilik dia
ReplyDeleteBoleh main futsal dalam bilik tu Shin... hehe
DeleteNampak luas bilik tu...makanan lautlah pilihannya kalau ke KK
ReplyDeleteCuma katilnya untuk empat orang saja... tapi kalau nak isi ramai2 pun tak kesah sebab masa checkin diaorang tak ambil tau pun berapa ramai kita datang...
DeleteMakanan laut memang jadi pilihan tapi harganya lebih kurang sama dengan di sini...
Saya pernah bertugas di Kota Kinabalu...tinggal selama 10 tahun di sana.
ReplyDeleteWah agak lama juga... dah kira macam kampung halaman kedua tu en Din...
DeleteWah lamanya di KK. Mesti pandai cakap Sabah, bah!
Deleteberapa smlm harga bilik tu?
ReplyDeletePromenade Service Apartment studio room RM130 shj...
Deleteberapa smlm harga bilik tu?
ReplyDeletecantik air pancut tu..
ReplyDeleteMungkin lebih cantik dan meriah kalau tak hujan...
DeleteRindu medan selera sebelah Pasar Filipina tu.. Macam2 ada esp Umai..
ReplyDeleteMakanannya dah tak berapa murah. Walaupun tempatnya tak begitu selesa, ramai pulak Mat Salleh makan kat situ
DeleteX try aiskrim gunung kinabalu?
ReplyDeleteAiskrim di Kundasang Desa cattle park adala...
DeleteNampak hotel mewah di situ.. hahaha..
ReplyDeletePasar Filipina beli kene kawl duit ;P
Nampak macam hotel mahal tapi sebenarnya bilik paling besar dan paling murah pernah saya jumpa...
DeleteUish melampau besarnyaaaa bilik dia! ahaaha
ReplyDeleteMemang besar gedabak biliknya... bolehlah Khai menempah di sana nanti jika ke KK...
Delete