Friday, October 7, 2016

Sabah Trip 6 - Gaya Street Sunday Market

Selepas Kinabalu Park cuaca agak baik. Kami singgah sekejap di Pekan Nabalu untuk mencari sedikit souvenirs. Harga barang di sini lebih murah dan pilihannya juga sangat banyak. Bas persiaran mini yang membawa pelancung asing juga kebanyakannya berhenti di sini.

Jambatan Tamparuli.

Tidak lalu jambatan ini semasa ke Kundasang sebab ikut jalan dalam.


Singgah sekejap di Masjid Likas.


Masa bergerak dari Kundasang  tadi memang dah setkan masa supaya dapat sampai di Kota Kinabalu sebelum tengah  hari sebab nak menyinggah di Gaya Street Sunday Market. Lagipun pasar Ahad ini akan ditutup menjelang jam dua petang. Pusing-pusing jugalah nak mencari tempat letak kereta. Akhirnya dapat juga tapi agak jauh juga kena menapak. 

Kawasan untuk mengurut kaki yang dijalankan sekumpulan OKU.

Cara baru dalam menyediakan air tembikai. 

RM10 sebiji.





Buah terap, isinya seakan buah cempedak.




Tak banyak bezanya pasar di sini dengan yang ada di semenanjung. Ronda-ronda lebih kurang lepas tu singgah makan tengah hari di restoran yang ada di sini sebelum ke destinasi seterusnya.

25 comments:

  1. haah ler maheiinyaa air tembikai tuu...kecikk jerkkott...isk..isk...x pernah try buah terap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mahal kalau tengok saiznya... tapi memang sedap sebab tiada tambahan apa2...

      Delete
  2. Aduh sedapnya buah terap tu..nekcik x suka cempedak..tapi buah terap sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ke buah terap tu... isinya nampak pucat je Nekcik...

      Delete
  3. Aduh sedapnya buah terap tu..nekcik x suka cempedak..tapi buah terap sedap

    ReplyDelete
  4. susah nak dapat buah terap. buah hutan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah ni kurang nilai komersil NR... dulu2 selalu orang guna getahnya untuk menangkap burung...

      Delete
  5. next time pergi CT nak cuba jugak buah terap tu.. tapi ada musim ke memang sentiasa ada ? hewhew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah tu tak bermusim rasanya... macam bauah sukun, sepanjang tahun ada...

      Delete
    2. Oh ye ke... lain spesis rupanya... memang tak pernah nampak orang jual buah tu di Semenanjung... kecuali guna getahnya untuk menjerat burung...

      Delete
  6. jus tembikai yg asli..blend dlm buah je, boleh apply kt buah2an lain..nenas ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanas mungkin susah sikit sebab ada empulur kat dalamnya... kena buang dululah nampaknya... tapi kalau ada memang mabeles...

      Delete
  7. Pernah makan buah terap masa kecil-kecil dulu. Macam sukun sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pernah merasa lagi... cuma nampak isinya macam cempedak tapi lebih kecil dan berwarna pucat...

      Delete
  8. Air tembikai fresh Rm10? besar tu je..untung berganda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mahal yakamat... buahnya pun seciput je...

      Delete
    2. Hahahaa.. dah kata melancong kan.. mahal2 pun minum jugak :P

      Delete
    3. Perasan macam pelancong padahal dalam negara sendiri je pun... hehe

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...