Hari ini pagi terakhir di Mile 36 Lodge. Sebelum sampai waktu sarapan kita orang ronda-ronda sekitar chalet. Dari sini boleh juga nampak Gunung Kinabalu tapi kena naik satu pelantar yang terletak di kawasan paling belakang sekali.
Cuaca agak mendung pagi ini.
Mula diliputi awan. Memang kena keluar awal pagi kalau nak tengok gunung tanpa awan.
Antara bilik yang terletak jauh ke belakang.
Ada banyak spesis bunga dalam kawasan resort ini.
Antara bangunan chalet di sini.
Selesai meronda barulah kami bersarapan.
Pokok senduduk ungu yang sangat meriah dengan bunga.
Selepas sarapan kami check out dan ke Kundasang semula.
Pelangi pagi.
Sampai di pekan Kundasang hujan mulai turun. Tempat lain tak ada pula hujan. Tapi misi kami untuk ke Kundasang War Memorial Park tetap diteruskan. Hujan pun hujanlah, kami redah juga. Bukan selalu nak ke sini.
Pemandangan penempatan yang terletak di kaki gunung dari War Memorial Park.
Tugu peringatan Perang Kundasang ini dibina untuk memperingati tentera British dan Australia yang gugur di Sabah semasa perang dunia kedua. Terdapat empat taman dalam kawasan ini iaitu Taman Australia, English, Borneo dan Contemplation. Menarik tempatnya. Kalau nak tahu kenalah datang sendiri ke sini.
Pintu masuk ke kawasan Memorial Park. Tiket masuk cuma RM2 sahaja.
Bendera yang mewakili negara-negara berkenaan.
Taman Australia
Contemplation Garden
Kebetulan kami ke sini sempena Hari Pahlawan pada 31 Julai.
Hujan semakin lebat. Tak dapat nak berlama-lama di sini. Foto English Garden pun tak sempat nak ambil.
Kami keluar dari taman ini untuk meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Sampai di Kinabalu Park pun masih hujan, jadi kami tak masuk.
Pemandangan gunung kinabalu dari war memorial park indah banget Pak Mie. waktu saya ke sana ada orang lagi pre wedding.
ReplyDeleteMemang cantik... untung tak hujan semasa mas Gunadi ke sana...
Deletekalau hujan, bertambah sejuklah suasana di sini..
ReplyDeleteLagi sejuk lagi bagus nohas... cuma susah nak bersiar-siar...
Deletetenangnya war memorial tu. nak kena pergi ni :D
ReplyDeleteSilakan JJDN Zuan... banyak tempat menarik kat dalam negara sendiri yang belum kita terjah...
DeleteUntung dapat tengok pelangi di pagi hari.
ReplyDeleteUntunglah jugak tapi susah nak snap foto sebenarnya...
Deletehikmah hujan adalah dapat tengok pelangi kat kundasang. pergi 3 kali pun tak penah nampak pelangi kundasang tau!
ReplyDeleteNampaknya kenalah GB pergi untuk kali keempat dan seterusnya... hehe
DeleteAssalamualaikum PLM. Wah lama sungguh saya tak singgah sini. Malu pun ada gak. Dah berkulat rasanya rumah maya saya tu. Anyway, syok baca entry dan gambar jalan-jalan PLM.
ReplyDeleteW'salam Farel. Orang sibuk ngalahkan menteri mana ada masa nak update blog... hehe
DeleteWhoa..mcm kat windows of the world pulak Mie..macam macam kampong ada...
ReplyDeleteDalamnya ringkas je Nekcik sebab tu tiketnya murah bangat...
Deletealaaa nak duduk sini lama-lama boleh x.. sejuk and nyaman jeee tengok..
ReplyDeletebest ni golek2 tidooo tarik selimot..
Tunggulah cuti sekolah nanti CT... boleh je stay lama-lama kat sini...
DeleteKundasang!!! Rindu plak bila tgk gambar d kundasang ni
ReplyDeleteRindu... sambar ajelah tiket ke sana... pasti ramai yang menunggu JM nanti... retis kan... hehe
DeleteAlahai syg nyer hujan... Takde la view nak layan
ReplyDeleteKakau ada masa memang nak mengulang lagi ke Kundasang ni... harap masa tu cuaca baik...
Delete