Sampai di depan pintu masuk Kundasang War Memorial hujan semakin lebat. Kami tak jadi masuk. Tapi ada juga orang yang meredah masuk. Nampak macam orang setempat. Betul-betul di depan pintu masuknya ada semacam pasar pagi. Nampak macam sendu je sebab tak ramai orang. Jadi kami ambil keputusan untuk terus ke Poring Hot Spring yang terletak 33 km dari Kundasang.
Kundasang War Memorial.
Sampai di Poring Hot Spring lebih kurang setengah jam kemudian. Elok pulak cuaca di sini. Orang agak ramai di sini terutama pelancung dari negara Korea dan China. Ini disebabkan adanya penerbangan terus dari sana ke Kota Kinabalu. AA belum ada penerbangan terus ke Korea tapi ada syarikat penerbangan dari Korea terbang ke KK iaitu Jin Air.
Lokasi berfoto.
Peta kawasan Air Panas Poring.
Kawasan air panasnya terletak di seberang sungai.
Kawasan tempat mandi terbuka.
Ada beberapa tempat mandi yang disediakan di sini. Tempat mandi air panas terbuka adalah percuma. Ada juga yang berbayar. Yang ini lebih privasi kerana terletak di dalam pondok khas. Selain itu ada juga kolam mandi biasa yang di panggil rock pool. Pilih saja mana yang berkenan di hati. Tapi tak ada siapa pun yang nak mandi, jadi perjalanan diteruskan masuk ke dalam hutan.
Kolam ini punca air panasnya. Berasap-asap lagi. Di belakang sana tempat mandi berbayar.
Antara tarikan lain yang ada di dalam kawasan ini.
Buat lintas hormat saja di Taman kupu-kupu.
Kami ke Air Terjun Kipungit yang jarak kira-kira 400 meter dari kawasan air panas.
Pokok besar ini menunjukkan kita sudah hampir sampai di kawasan air terjun.
Kecil je air terjunnya, tapi memang cantik. Ada satu lagi air terjun di sini iaitu air terjun Langanan tapi kedudukannya agak jauh di atas.
Ramai pelancung luar negara mandi di sini.
Terpaksalah di censor...
Main celup-celup kaki lebih kurang, lepas tu balik. Banyak nyamuk di sini.
PLM ni terbang tiap-tiap bulan ke?
ReplyDeleteTakdelah tiap-tiap bulan maksu wei... tabung ayam pun susah nak penuhkan...
Deletetabung itik, kucing , arnab dah penuh kan !!
DeleteKalau penuh memang boleh join maksu panjat Great Wall lagi... hehe
Deletesemasa kami ke sana ...saya mndi dlam pondok khas.nak sexy pun ok lah..hahaha
ReplyDeleteBest kan... boleh kuak lentang bagai... sape pun tak nampak... hehe
Deletewah...nice sharing......tempat ini cukup menyenangkan saya.
ReplyDeleteMemang bagus tempat ni... rasa rugi pulak tak mandi kat sini...
Deleterendah je air terjunnya..tapi cantik kawasannya..
ReplyDeleteAir terjun yang lebih besar ada kat atas lagi... lebih kurang 2 km nak kena jalan... tak dapek den...
Deletecantik air terjunnya
ReplyDeleteMemang cantik... suci murni tanpa pencemaran...
Deletebelum sampai sini lagi, takat kundasang je heheh.kalau dia buat style onsen kat jepun tuh best kan
ReplyDeleteTak sesuai kat sini cara oonsen tu... nanti kena mandi vogel pulak...
Deleteduh klo liat air terjun jd mau bersemedi di bawahnya hahaha
ReplyDeletenonton film subtitle indonesia
syonkya
ReplyDeletefuyooooo PLM bloooog ada rupa baruuula.. hehe.. CT datang sini gak dulu.
ReplyDeleteand naik ke atas bukit lagi pegi lalu trail hutan tu semua.. jambatan gantung semua.
nyesal saaangat sebab da naik x berani nak turun lagi seram.
T.T jambatan gantung tinggi2.. and halus je.. sorang lalu at a time.. memang bikin jantung tak stabil.. huwaaa..
Sekarang lagilah tak boleh naik jambatan gantung tu... sbb...jawab sendiri...
Deleteok syukur da selamat lalu and turun kembali ke darat.. memang seram sangat. isk isk..
Deletekalo nxt time pegi sana nak kena masukkan Kundasang War Memorial dalam itinerary..
ReplyDeletedengan tempat lembu tu.. semua x pi tu dulu.. lama dah time form1 f2 kot hehe..
Ada beberapa lagi tempat menarik kat Kundasang dan Ranau... sebab tu sekurang-kurangnya kena dua malam kat sana...
Deletenak pi Semporna tapi x dee geng lagi.. ada kawan duduk sana sorang cantiknyaa la tempat tu..
DeleteKalau ke Semporna kena turun di Tawau... tapi memang berbaloilah kalau nak snorkeling kat sana...
DeleteNekcik sampai kat tempat ikan geget kaki jer
ReplyDeleteBoleh ngulang lagi Nekcik...JJDN lah pulak...
DeleteNekcik sampai kat tempat ikan geget kaki jer
ReplyDeleteKenalah Nekcik pergi lagi ke Kundasang nampaknya...
DeleteSaya suka air terjun. Tapi kalau ada banyak nyamuk, kena sapu repellent le.
ReplyDeleteSaya pun suka... rugi tak bawa baju mandi...repellent pun tak terlintas langsung nak bawa...
DeleteSaya suka air terjun. Tapi kalau ada banyak nyamuk, kena sapu repellent le.
ReplyDeleteaduh cantiknya kawasan hot spring ni. tak pernah ke sabah. memang nak kena rangka perjalanan ke sana gak suatu hari nanti
ReplyDeleteSatu hari nanti UC sampailah ke Sabah tu...
Delete1ah best nya
ReplyDeleteMemang best cikgu...
DeleteKlau ke sabah poring hot spring wajib masuk list
ReplyDeleteBanyak tempat kat situ boleh explore kat situ... kena ambil masa panjang sikit..
Deletenice sharing!! :) bdw, daripada round about berdekatan Desa Cattle Farm ada tak agaknyer public transport to Poring and Sabah Tea? plan nk drive je sampai Ranau nu ha.. tapi, 2jam drive la pulak... lps balik hot spring mesti mengantuk kan.... so, lebih baik elakkan.. dats y tanya, if ada public transportation within Ranau-Kundasang..
ReplyDeleteSaya cadangkan memandu saja untuk ke sana sebab dah tak jauh sangat Poring tu untuk ke Sabah Tea dan Sungai Moroli. Kundasang ke Ranau cuma 20 minit memandu. Ranau ke Poring 25 minit dan Poring ke Sg Moroli dalam setengah jam.
DeleteYang penting mesti bermalam di Kundasang...