Keluar dari kawasan Poring Hotspring kami menuju ke Kampung Luanti Baru untuk ke 'tagal' Sungai Moroli yang terletak kira-kira 18 km dari sini. Sangat teruja untuk ke sini kerana ingin merasai spa ikan yang tinggal di habitat asalnya. Ikannya pun besar-besar. Bayaran masuk cuma RM5 untuk dewasa.
Tempat letak kenderaan agak terhad di sini, jadi pandai-pandailah mana nak parking. Tempat jual tiket masuk ada berhampiran jalan utama. Beli tiket dulu sebelum bawa kenderaan ke kawasan berhampiran sungai. Sepanjang jalan masuk banyak gerai menjual makanan ringan dan gorengan, Yang paling best semuanya murah-murah. Seringgit boleh dapat tujuh ketul pisang goreng.
Ada kawasan menunggu berhampiran tepi sungai. Tukarkan tiket di sini untuk mendapatkan nombor kumpulan. Kita akan dipanggil masuk ke kawasan sungai mengikut nombor kumpulan yang diberi. Dalam sesuatu masa ada beberapa kumpulan yang dibenarkan masuk. Masa yang diberikan ialah lima belas minit. Cukup masa nombor kumpulan akan dipanggil. Tapi kalau kita buat berlengah-lengah dia orang pun tak perasan sebenarnya. Slumberland je kita orang kat situ sampai hampir setengah jam.
Ada beberapa spesis ikan di sini. Yang paling banyak ialah ikan Pelian, sejenis ikan kap bersisik besar. Ada juga terselit seekor dua ikan keli yang agak besar. Makanan ikan boleh dibeli di kaunter tapi terhad satu pek kecil untuk setiap orang. Takut terkenyang ikan-ikan tu agaknya.
Ikan Pelian ni tak ada gigi, jadi agak selesa bila ikan tu menyedut. Kekadang bila kita beri makanan, jari kita pun boleh tersedut masuk dalam mulut ikan. Di sini ada juga beberapa spesis ikan lain yang bersaiz lebih kecil berwarna putih. Ikan-ikan ini suka mengigit dan agak terasa sakitnya.
Selesai di tagal Sungai Moroli kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke ladang teh Sabah yang terletak satu kilometer dari sini. Satu-satunya ladang teh organik yang ada di Borneo. Ladang ini dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Ada juga di sediakan bilik-bilik penginapan bagi yang ingin bermalam di sini.
Jalan masuk ke Ladang Sabah Tea. Jalan bertar hanya sampai ke sungai.
Selepas sungai jalan masuknya tidak bertar. Gegarvaganza seluruh badan.
Sampai di kawasan ladang.
Ada restoran dan kedai menjual produk teh di sini.
Teh dari spesis Camellia Sinensis.
Lokasi berfoto.
Sempat pekena teh di restorannya.
Ladangnya tidak begitu luas berbanding di Cameron Highlands.
Kilang memproses teh. Lawatan bersama tour guide ada disediakan dengan caj RM14 seorang.
Pekan Ranau, 20 km dari ladang Sabah Tea.
salam ziarah & follow..
ReplyDeleteSabah..antara tempat yang belum puas untuk dijejaki.. :)
Bolehlah mengulang nanti...
DeleteBanyak kali itu ikan nya
ReplyDeleteMemang banyak mas Toro... sila berkunjung ke Sabah untuk next trip...
DeleteIkan SPA itu paling best sekali. unik dan tiada di tempat lain.
ReplyDeleteTapi masa yang diberi singkat sangat en Din...
Deletebestnya spa kat sungai..besar2 ikannya..
ReplyDeleteTapi ikan yang kecil lebih aktif menggigit kaki kita... yang besar cuma menyudu je...
Deletebanyak betul ikannya
ReplyDeleteHaah... goreng pun sodap ni...
DeleteSeronok tengok ikan-ikan tu. Ikan-ikan tu sedut toksin ke?
ReplyDeleteMurahnya pisang goreng tu, kalau di sini seringgit dapat 3-5 .
Ikan tu katanya menyedut dan mengutil kulit mati... terasa juga sakitnya sebab ikannya besar berbanding yang ada di shopping complex tu...
DeletePisang tu boleh dijual murah mungkin hasil dari kebun sendiri...
Seronok tengok ikan-ikan tu. Ikan-ikan tu sedut toksin ke?
ReplyDeleteMurahnya pisang goreng tu, kalau di sini seringgit dapat 3-5 .
Murah banget pisang goreng 7 biji hanya seringgit Pak Mie.
ReplyDeleteBanyaknya ikan itu Pak Mie. Enak ngak kalau digoreng ikan itu ?
Sangat murah mungkin pisangnya tak perlu dibeli... tanam sendiri...
DeleteIkan itu sebagai tarikan di sini dan katanya memang dilatih untuk melakukan aktiviti spa... tapi kalau digoreng pun sudah tentu sedap... hehe
sekali melawat ke sabah rasa tak puas.terutama di kundasang...sejuk nyaman.
ReplyDeletePemilik blog Cempaka Biru dah tukar nama eh... Kundasang memang best dan mendamaikan...
Deletesekali melawat ke sabah rasa tak puas.terutama di kundasang...sejuk nyaman.
ReplyDeletewalau pun saya duduk sabah tapis emua tempat tu saya x pernah pi lagi. hahah
ReplyDeleteBiasanya macam tu lah Ren... tempat dekat nanti-nantilah dulu... bila-bila boleh pergi...
Deleterindu plak nk gi KK lg
ReplyDeletePergi aje lah Shin 3H2M pun dah cukup...
DeleteWow Pak Mie! Kat Sabah Tea tue dah ada signage I Love Sabah Tea ek? Masa sy pergi last time, mcm tak terjaga je tempat tue except the restaurant and tea shop situ.
ReplyDeleteSignage tu memang nampak macam baru siap. Teko besar ayah pin pun ada... lupa nak snap plak...
DeleteSatu masa nanti, saya akan pergi ke tempat2 di atas.
ReplyDeleteSilakan JJDN encik... banyak tempat menarik kat sana...
DeletePart kena gigit ikan tu best tp geli
ReplyDeleteKalau kena gigit orang lagi takut JM...
Delete