Di Kundasang ni terasa cepat sangat siangnya. Sementara menunggu breakfast pada jam tujuh pagi, kami bergerak ke pekan Kundasang untuk menikmati pemandangan Gunung Kinabalu dari sana. Ramai orang cakap kalau nak tengok gunung Kinabalu tanpa dilindungi awan, kenalah datang awal pagi.
Baru jam enam pagi tapi dah terang benderang.
Antara bangunan chalet di sini.
Pemandangan Gunung Kinabalu dari bulatan di pekan Kundasang.
Rasa macam best kalau dapat tinggal kat sini.
Pemandangan dari atas bukit bersebelahan masjid Kundasang.
Dari bahagian yang lebih tinggi.
Masjid Kundasang.
Kami balik semula ke chalet untuk bersarapan. Bangunan chalet di sini kedudukannya terasing-asing kerana terletak di kawasan berbukit. Tempat makan berada di tengah-tengahnya. Tak banyak pilihan makanan yang disediakan. Selain mee dan nasi goreng, ada juga roti bakar.
Sarapan kami yang ringkas tapi mengenyangkan. Alhamdulillah...
Musim bunga di Mile 36 Lodge.
Banyak bunga senduduk ungu kat sini.
Lepas sarapan kami bergerak ke Desa Dairy Farm yang terletak di Kampung Mesilau, Kundasang. Boleh lah perasan macam berada di New Zealand kalau di sini. Tapi udara pagi di sini tak berapa sejuk seperti di Cameron Highlands. Boleh pakai baju biasa, tak perlu baju sejuk bagai.
Perjalanan ke Desa Dairy Farm. Kalau kereta 1300cc auto muatan empat orang memang semput bila nak naik ke atas.
Pemandangan Gunung Kinabalu berhampiran pintu masuk Desa Dairy Farm.
Mana lembunya...
Lembu hitam putih yang sinonim dengan New Zealand.
Sihat-sihat betul lembu kat sini.
Masa lawatan dari lapan pagi hingga lima petang. Bayaran masuk lima ringgit seorang.
Bayar tol masuk di sini.
Sampai di sini terus je ke cafenya. Susu coklat, yoghurt dan aiskrim semuanya berharga RM4 setiap satu.
Melayan anak lembu. Rumput untuk makanan lembu ada di jual di sini. Dua ringgit seikat.
Boleh juga beli susu botol.
Pemandangan dari dalam kawasan ini. Gunung pun dah tak nampak.
Hujan dah mula turun. Payung pun terlupa nak bawa. Padahal ada banyak disediakan kat chalet. Sampai di War Memorial Park hujan semakin lebat. Kami tak jadi masuk dan teruskan perjalanan ke Poring Hot Spring.
aiskrim..terbaik dari ladang...walaupun cuaca sejuk, mesti nak makan jg..
ReplyDeleteAiskrim dan susu coklat tu OK tapi yoghurt kureng sikit...
DeleteBanyaknya lembu hitam putih..view pun cantik.
ReplyDeleteKat situ memang cuma lembu spesis tu yang ada... lembu import rasanya. Pemandangan memang sangat ohsem...
DeleteNak juga ulang niuzilang nii...kena tidor situ 3mlm baru puas menikmati cuaca yg nyaman tu
ReplyDeleteKalau dapat seminggu kat situ pun best... tapi Kundasang ni tak sesejuk Cameron Highlands...
Deletecantiknya tempat...
ReplyDeleteCantik dan nyaman udaranya... silakan ke sana kalau ada kesempatan...
DeleteCantik warna bunga senduduk tu. Bunga dalam gambar paling akhir tu namanya Brush Bottle, ia lebih banyak di Australia, dalam kampus universiti saya di sana pun ada, pasal tu saya tahu nama bunga ni. Boleh buat berus botol susu budak ha ha ha :D
ReplyDeleteAnak saya pergi ke farm ni bulan 12 tahun lepas, katanya sejuk sangat, kena pakai jaket tebal. Ais kerim tu dia kata sedap. Macam mana dengan Mie, sedap ke?
Betullah NA... bunga akhir tu memang macam pemberus botol... hehe
DeleteMasa saya di sana tidak sejuk sangat... boleh pakai baju biasa saja. Aiskrimnya sedap dan halus teksturnya. Tapi katanya gelato disitu lagi sedap tapi terlupa nak mencuba...
hai mie, cantik gambar2nya
ReplyDeletesy pegi april lepas, pemandangan cantik mengingatkan kami pd new zealand
ada rezki nak pegi lagi
Memang best tempat ni... bolehlah mengulang ke sana nanti...
Deletehai mie, cantik gambar2nya
ReplyDeletesy pegi april lepas, pemandangan cantik mengingatkan kami pd new zealand
ada rezki nak pegi lagi
haaaai PLM iols datang ni.. ada kat rumah x hehehe.. dulu time pergi Kundasang tak ada lagi tempat lembu ni. lama da nearly 10 years ago.. ke ada tapi kami tatau ahaha.. kena repeat nampaknya..
ReplyDeleteRasanya tempat tu agak baru. Bolehlah CT ke sana nanti. JJDNlah pulak...
Deleteboleh feeling2 NZ dah ni PLM.. hehehe.. jauh sangat NZ kita pi Kundasang dulu ye dak..
ReplyDeleteTapi PLM nak yang real punya... Insya Allah tahun ni juga kot...hehe
Deletecantik view dia
ReplyDeleteSangat cantik... sesuai untuk percutian bersama keluarga...
DeleteSekali pandang like d new zealand
ReplyDeleteBetul tu sbb saya baru balik dari sana...
DeleteCantiknya. Tak sabar nak pergi.
ReplyDeleteMemang berbaloi pergi ke sana... macam NZ baq hang...
Delete