Monday, March 28, 2016

Trip Kansai Area Pt 7 - Nara Park

Hari ini kami check out hotel di Kyoto untuk ke Nara. Dua malam di Kyoto rasanya memang tak cukup. Banyak lagi tempat yang kami tak sempat pergi. Hari ini cuaca agak baik dan kami keluar dari hotel pada jam sembilan pagi untuk mengelakkan bersesak dengan rakyat diaorang yang nak pergi kerja. Lagipun Nara ni tak jauh sangat dari Kyoto.

Selamat tinggal Kyoto Tower.

Boleh juga kalau nak naik bas.

Nara City Tourist Information Center.

Sampai di Nara perkara pertama yang kami cari ialah tempat simpan beg. Bangunan stesyen kereta api Nara ni nampak baru tapi sebiji locker tempat simpan beg pun tak ada. Takkan nak kena heret beg ke Nara Park. Nasib baiklah kat Tourist Information Center ada kemudahan untuk menyimpan beg. Cajnya 800 yen untuk satu beg. 

Bas untuk ke Nara Park terletak di jalan besar berhampiran stesyen.

Sebenarnya boleh saja kalau nak menapak ke Nara Park ni. Tak adalah jauh sangat tapi jalannya agak mendaki sikit. Bagi kami yang sayangkan tenaga ni  lebih suka memilih untuk naik bas saja. Tambangnya pun murah. Bas ke Nara Park ini menggunakan sistem jalan sehala. Maknanya bila balik nanti akan menggunakan jalan yang lain. Kami turun di perhentian bas pertama di dalam kawasan Nara Park.

Kat sini pun ada perkhidmatan lanca.

Rusa pertama yang menyambut kami berhampiran perhentian bas.

Beli sikit biskut untuk rusa. Rusa di sini langsung tak menganggu biskut yang dijual. Tapi bila kita dah beli semua berkerumun kat kita.

Tanda amaran tentang apa yang rusa boleh buat terhadap kita.

Rusa di sini sebenarnya adalah rusa liar yang sudah terbiasa dengan manusia.  Habitat asalnya adalah di hutan di kaki Gunung Wakakusa di mana Nara Park ini terletak. Kenalah juga gigit kat peha. Nasib baik tak lebam sebab seluar tebal. Semua rusa dewasa di sini sudah dipotong tanduknya.

Tengok tu... cepat je rusa-rusa ni mengekor...


Tunggu giliran...

Rusa yang sporting. Boleh ajak selfie lagi...

Ada orang kata rusa ni berbau tapi nampak semuanya bersih dan tak berbau pun. Mungkin sebab berhujan sehari sebelum tu.

Tak pasti bangunan apa tapi senibinanya agak menarik.

Kawasan plum grove.


Ada yang dah mula mengeluarkan kudup.

Baru sikit yang mengembang.

Kalau datang ke sini lewat sikit memang meriah dengan bunga.

Jalan-jalan hingga ke kawasan Todaiji temple.

Obasan menjual keledek bakar.

Penat berjalan kami pekena keledek bakar. Tapi harga di sini teramatlah mahalnya jika dibandingkan dengan di Beijing. Harga bagi 100 gram ialah 100 yen. Kami cuba beli dulu sebiji. Biasanya keledek bila dibakar akan jadi ringan sikit lagipun nampak kecil je keledeknya. Bila ditimbang 1.1 kg beratnya. Ambil kau... sebiji keledek bakar berharga lebih RM40. Kat Beijing cuma RM6 saja.

Rusa yang kami jumpa masa datang masih di situ lagi. Merasalah kau kulit keledek bakar yang mahal tu.

Sampai di stesyen kereta api Nara,

Meneruskan perjalanan ke Osaka. Alhamdulillah kereta api pun banyak seat yang kosong.

18 comments:

  1. Wah mahal giler keledek bakar tu....rasanya padan tak dengan harganya? Bertuahlah rusa tu dapat makan keledek bakar hasil belanja Mie ... :D

    Nampak manja betul rusa tu dengan anak Mie, siap berselfie macam artis. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah rasanya sedap tapi harganya memang terlajak mahal... Rusa kat sini sangat mesra alam, mungkin sudah terbiasa...

      Delete
  2. Replies
    1. Memang best... anggap macam jumpa kangaroo kat Australia...hehe

      Delete
  3. mahalnya keledek bakar....adehhhh tapi segala brg mahal kat jepun ni...bertabahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik sedap... tapi rasa macam tak berbaloi... pasrah je...

      Delete
  4. Replies
    1. Rasa macam nak bawa balik... kalau bolehlah...

      Delete
  5. Perjalanan luar biasa, jadi ingin singgah ke sana meski sebentar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yang wajib singgah jika ke kawasan Kansai...

      Delete
  6. Kangoro,.... australi negara yang mengingatkan masa kecil lewat lagu2 anak2 Indonesia :D
    Thanks artikelnya menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sini yang ada cuma rusa tapi bolehlah feeling macam kangaroo di Australia... hehe

      Delete
  7. Kasihan ya Pak Mie, rusa itu tanduknya pada dipotong. Kalau tidak dipotong, kan gagah kelihatannya tuh Rusa. Kelihatan mana jantan mana betina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin belum lama dipotong... sebab jika search di yahoo foto yang dulu rusanya masih bertanduk... Mungkin juga disebabkan banyak kes rusa menanduk pengunjung di situ...

      Delete
  8. kena gigit...ganas jg rusa ni..cantik pokok plum dgn kudup2 bunga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah ganas sangat... gigit manja je sebab lambat distribute biskut tu...

      Delete
  9. wajib masuk list kalo sampai sini !!! iols dahla suka animals lagi2 kalo manja cenggini ehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloknya datang sini siap2 bawa biskut... beli kat situ agak mahal. Rusa2 tu memang manja giler...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...