Monday, March 14, 2016

Trip Kansai Area Pt 5 - Rose Cafe | Kyoto Islamic Center

Lama juga kami di Nijo Castle rupanya. Tak sedar dah hampir jam dua petang. Dari sini kami ambil teksi yang sentiasa ada menunggu di pintu keluar Nijo Castle untuk ke Rose Cafe di Kawaramachi Dori. Sekejap dah sampai sebab ikut jalan pintas. Tambangnya cuma 990 yen. Lokasinya tak begitu jauh, tapi kalau guna subway terpaksa bertukar sekali baru sampai. Itu pun terpaksa berjalan sejauh hampir setengah kilometer. 

 Rose Café... berhampiran lampu isyarat. Lorong di sebelah van biru terletaknya Kyoto Islamic Center.

Lokasi Rose Cafe dan Kyoto Islamic Center yang terletak berdekatan.

Gembira rasa hati bila sampai di sini.

Hujan punya pasal... terpaksa pakai baju juga.

Nasib baik set lunch masih boleh disediakan. Rasanya masa tu dah jam dua lebih.

Boleh makan tanpa was-was.

Ada juga dessert jika mahu.


Salad dan sup cendawan sampai dulu.




Kami order ketiga-tiga set yang ada. Setiap satunya disertakan dengan salad dan sup cendawan. Tapi yang ayam adalah yang paling sedap. Harganya agak berpatutan iaitu di bawah seribu yen setiap set. Memang sangat mengenyangkan selepas salad dan sup habis licin semuanya masuk ke dalam perut.

Senang dia orang nak cuci nanti.

Kecil je restorannya. Masa kami sampai ada beberapa orang Malaysia sedang makan di situ.

Selepas makan kami ke sini.

Belum bertaraf masjid lagi dan biliknya ada di aras bawah tanah. Masih mengumpul dana untuk pembinaan masjid. Tangganya curam lebih 45 darjah.

Ruang solat yang dapat menampung kurang dari seratus orang.


Kedai menjual makanan halal terletak bersebelahan.

Saki baki autumn.


 Menapak menyeberangi Sungai Kamo ke stesyen subway Jingu Marutamachi untuk ke destinasi seterusnya.

19 comments:

  1. masa ke kyoto takdan nak ke rose cafe tu...haish mmg dpt bayang la keseronokan dpt jumpa kedai makan halal kat luar negara ni kan...hehehe tu yg licinnnn tu...hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin itu satu-satunya restoran halal di Kyoto... memang tersangat happy bila dapat makan kat situ...

      Delete
  2. memang mudah travel ober the sea kalau tahu port2 restoran yang halal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah sebab ada sahabat blogger yang pernah ke sana dan review pasal restoran tu...

      Delete
  3. Haritu restoran Rose tu tutup masa nekcik pergi..kenalh makan briyni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada restoran halal lain ke kat Kyoto tu atau Nekcik makan di Kobe...

      Delete
    2. Oh oh ya ampuun silap kapal lah..oh itu kat kobe..rose cafe jugak namanya..he..he

      Delete
    3. Oh oh ya ampuun silap kapal lah..oh itu kat kobe..rose cafe jugak namanya..he..he

      Delete
    4. Silap kapal tak apa Nekcik jangan silap flight...bahayo tu...

      Delete
  4. Memang senang orang tu nak basuh pinggan tu :D Rose Cafe tu milik siapa? Jepun ke?
    Kagum melihat ada usaha untuk menjadikan tempat itu masjid :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cafe tu rasanya milik orang Turkey...

      Dewan solat di situ mungkin sementara. Masjid akan dibina di kawasan lain sebab memang dah takde kawasan kosong di situ. Wang terkumpul pada masa itu pun dah melebehi sejuta ringgit rasanya...

      Delete
  5. besar jg tempat solat di tkt basement tu..haritu pegi, tengah renovation..semoga cukup dana tuk bina masjid di Kyoto..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruangnya sederhana besar dan ada bahagian wanita. Tapi tangganya terlalu curam... memang kena berhati-hati bila turun... Dana belum capat sasaran...dan kalau dibina masjid mungkin bukan di situ lokasinya...

      Delete
  6. Tak jumpa kami this cafe.. kat Nijo jenjalan jumpa vegetarian cafe. makan je kat situ. i suka Kyoto.. bestkan.. naik taxi is the best choice kalau ramai.. tak larat nak jalan dan amik subway kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu pasal restoran ini pun dari blog orang... so kira nasib baiklah juga. Kyoto memang lebih best berbanding bandar lain kat Kansai cuma masa di sana memanjang hujan. Kitaorang naik teksi sebab nak cepat sebab lunch kat cafe tu cuma sampai jam dua ptg je...

      Delete
  7. kalo begini sih ngapain kawatir, hajar semua makanannya,
    ramah juga Kyoto ini untuk islam. alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin itu satu-satunya restoran halal di Kyoto... yang lain cuma restoran vegetarian... Selamat menempuh alam rumahtangga buat Yudie...

      Delete
  8. jepang, dimanapun sudutnya selalu jadi wishlist aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... saya sendiri mungkin akan ke lain destinasi di Jepun pada masa akan datang...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...