Sunday, March 20, 2016

Trip Kansai Area Pt 6 - Fushimi Inari

Masih lagi hujan dan perjalanan terpaksa juga diteruskan. Destinasi terakhir kami hari ini ialah Fushimi Inari Taisha yang terletak berhampiran stesyen Inari. Dari sini kami ambil Keihan line dan berhenti di stesyen Tofukuji utuk bertukar ke JR Nara line. Kena ingat, Fushimi Inari terletak berhampiran stesyen Inari bukan di stesyen Fushimi Inari di Keihan line.

Tujuan ke sini ialah hendak melihat deretan ribuan tori gate yang di susun rapat-rapat antara satu dengan yang lain.

Stesyen subway Jingu Marutamachi.

Satu bangku boleh duduk seorang. Kyoto memang kurang sesak berbanding Osaka.

Stesyen Tofukuji.

Di stesyen Tofukuji kena pilih train yang betul kerana ada perkhidmatan train semi ekspres dan train biasa. Train semi ekspres tidak berhenti di stesyen Inari.

Tori gate ini terletak betul-betul menghadap pintu keluar stesyen Inari.

Jalan lebih kurang 200 meter untuk sampai ke kawasan shrine.



Cantik terpelihara.

Peta kawasan.

Deretan tori gate ini terletak di atas bukit di bahagian belakang.

Dimulakan dengan tori gate yang tinggi.

Bergerak menuju ke deretan tori gate yang lebih rendah.

Agak sempit laluannya. Masuk ikut sebelah kanan. Ada satu kumpulan awek dari Malaysia yang kebetulan ada di situ.






Orang masih lagi datang walaupun hari dah mulai gelap dan masih hujan.

Beransur gelap walaupun baru jam lima lebih.

 Cukuplah tu... dah jom balik ke hotel.

20 comments:

  1. Bersih kan negara Jepun ni...lawa pulak Tori Gate tu Mie...tu tempat apa sebenarnya ek..untunglah anak bujang dia..manjang jadi model hihihj

    ReplyDelete
  2. Bersih kan negara Jepun ni...lawa pulak Tori Gate tu Mie...tu tempat apa sebenarnya ek..untunglah anak bujang dia..manjang jadi model hihihj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ini macam temple untuk dia orang... tori gate tu ada kat bahagian belakangnya. Boleh baca kat sini sejarahnya...
      Fushimi Inari Taisha

      Delete
  3. wahhh tori gate tu besar betul..guna kayu balak agaknya..hhihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada berbagai saiz tori gate tu Zila...yang besar mungkin guna kayu balak...

      Delete
  4. Panjang jugak tori gate tu ye Mie..nekcik x sampai ke situ haritu..

    ReplyDelete
  5. Panjang jugak tori gate tu ye Mie..nekcik x sampai ke situ haritu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak panjang jugalah Nekcik... ada beribu tiang...

      Delete
  6. ada kecik ada yang besar ek Tori Gate ni. Oren nau kaler beliau..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Jea dan warna oren itulah yang menambah serinya...

      Delete
  7. Saya tak sampai lagi ke sini, tapi pernah tengok Tori Gate ini dalam filem,tapi tak ingat filem apa...nampak cantik betul.

    Memanjang hujannya ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nampak menarik tapi hujan seharian jadi tak dapat berlama-lama kat situ... Boleh NA ke sana lagi satu hari nanti...

      Delete
  8. Masa saya gi dulu awal2 pagi...org tak ramai, dia nyer imam2 baru nak keluar gi ke temple tu. Menarik kan tpt ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sampai dah petang... hujan pulak tu. Saya baca perjalanan Liza di North Island NZ dengan penuh minat... Tiket dah ada tapi lambat lagi... hehe

      Delete
  9. harap ke sana lagi bila dah lanjut usia..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ingin ke sana lagi tapi lain kawasan... En Din jangan tunggu lanjut usia nanti gigil kesejukan...

      Delete
  10. oo..masuk ikut kanan, balik ikut kiri..dulu tk de arahan mcm ni..pakai hentam je..

    tori gate kt Fushimi Inari ni mmg unik..tengok je, dah tau kt Jepun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut laluan yg betul... barulah nampak tulisan kat tiang tu walaupun tak faham. Kalau tak... kita cuma nampak tiang yg kosong je...

      Delete
  11. Replies
    1. Hehe en Din... Memang banyak tempat menarik kat Kyoto ni... tak dapat nak pergi semua sbb tak cukup masa...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...