Tuesday, January 19, 2016

Autumn in Beijing Pt 10 - Panda House

Dari Fragrant Hill kami bergerak pula ke Beijing Zoo. Beijing Zoo terletak berhampiran Beijing Zoo Station di laluan 4. Keluar ikut pintu A dan jalan ke bahagian kiri. Sampai di sini dah hampir jam tiga petang. Tujuan kami ke sini cuma nak melihat beruang panda saja kerana kami perlu sampai di Masjid Dongsi sebelum masuk waktu maghrib. Bahagian lain dalam zoo ini memang kami tak pergi. Tiket masuknya agak murah cuma 14 yuan.

Pintu masuk Zoo Beijing.



Laluan ke tempat kurungan haiwan.

Pintu masuk khas untuk ke kawasan beruang panda.

Tidur pulak dia...

Makanan rujinya... buluh.

Dapat rebung lagilah sedap agaknya.



Ruang pameran dan informasi mengenai beruang panda.




Di dalam kawasan zoo ini pun ada banyak pokok yang masih cantik lagi daunnya. Mungkin keadaan di Beijing lebih panas berbanding di kawasan bukit jadi daunnya lambat gugur. Pada keseluruhannya agak berpuashati juga dapat menikmati kecantikan autumn leaves walau kami berada di sana sudah di penghujung musim gugur.







Selamat tinggal Beijing.

Cuma dalam sejam lebih kitaorang ada kat dalam zoo ini. Perlu segera balik untuk ke Masjid Dongsi sebab jam 5 petang hari sudah beransur gelap sedangkan kewajipan masih belum diselesaikan. 

Kami duduk di masjid sehingga waktu maghrib. Maghrib di Beijing pada masa itu ialah pada jam 5.30 petang. Sempat bersolat jemaah sekali. Jika tiada kami dan rakan sehotel, mungkin cuma ada seorang imam dan dua orang makmum penjaga masjid saja yang ada masa solat jemaah. 

Selesai semua urusan kami pergi ke hotel untuk ambil beg dan terus bergerak ke airport, Flight kami ialah pada jam 2.30 pagi dan sampai di Klia2 pada jam 8.50 pagi.

33 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah ada juga orang yang rajin singgah kat blog skema ni...

      Delete
  2. Replies
    1. Padahal kat Zoo Negara pun ada... tapi tak pernah menjenguk pun...

      Delete
    2. Untunglah kita dah boleh tengok panda di Zoo Negara, tak jauh. Sesuai untuk mereka yang tak dapat berjalan sampai ke China. Tapi lagi untung orang yang dapat tengok sendiri panda di negara asalnya ~ China. Cuaca berbeza, suasana berbeza, perasaan pun berbeza :)

      Delete
  3. Bertuah keluarga Mie ke Zoo Beijing semasa panda jaga, tak tidur...kalau tidur rugilah...

    Semasa saya dan keluarga ke Zoo ini, orang terlalu ramai, nak tengok dan tangkap gambar panda pun susah. Kami seharian di situ, jadi banyaklah binatang yang kami tengok termasuk tenuk dari Malaya :)

    Tapi sangat cute panda tu kan? Gebu, kan? Kenapa tak tangkap, bawak balik Malaya? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tangkap tak dapek... tangkap foto pun jadilah... Masa saya di situ panda ni agak aktif mungkin disebabkan waktu makan...

      Delete
  4. Yang kat zoo negara pun saya belum pergi.. tapi betul macam Naramas Aman cakap, tengok panda kat China lagi best sebab suasana tak sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa memang macam tu.. yang kat depan mata buat tak kesah... sibuk pulak dengan yang jauh..

      Delete
  5. Replies
    1. Memang cantik dan gebu... rasanya panda ni tak ganas macam spesis beruang yang lain...

      Delete
  6. Kalau nk tengok panda kat Malaysia, mahal byrnnya.

    Alhamdulillah..en.mie berpeluang meramaikan solat jemaah kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak murah harga tiket masuk ke Zoo Beijing bi ~RM10 je... Adalah lapan orang masa solat berjemaah tu termasuk seorang pelajar China tempatan...

      Delete
  7. sy tak dan pun pi sini tgk panda...last day tu macam2 plannya tp last sekali kepenatan gila...lepak buang masa kat Cafe Bene sebelah Masjid Dongsi je sampai ke malam...heheheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flight kan pada awal pagi... banyak tempat boleh pergi tu... pergh melepak kat cafe sampai malam...

      Delete
  8. lucu banget ya Pandanya Pak Mie. bawa pulang pelihara satu di rumah..asyik kali ya...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana mungkin nak dibawa pulang ... yang ada di zoo Malaysia... cukup tempoh pandanya harus dipulangkan semula ke China...

      Delete
  9. eeeerrrrr...usahkan zoo di negara orang, zoo kat Malaya pun keme tak jengah lagi...muekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengembara ekstrem macam maksu ni manalah ada masa nak singgah zoo bagai... hehe

      Delete
  10. Cutenya lahai panda tuh, lagi murah nengok kat China ye,kat Zoo negara lagi mahal hehe

    ReplyDelete
  11. Eh mana panda ysng nekcik kirim tu...
    Dah siap kutip buluh nak bagi maksn nii..mmg awesome

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah poslaju kat Nekcik... tak terima ke...

      Delete
  12. salam abg Mie..sy Kemang adik Wa..hehe ingat lagi? nak emel abg mie..☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat sesangat walau lama sangat Kemang berhibernasi... hehe

      Sorry lambat respon... saya blum balik Msia lagi...

      Tapi email saya ada kat atas tu...

      Delete
  13. Geramnya tengok panda2 tu....murah gile tiket..tu yg best gi China ..serba serbi murah... :)
    Mie..boleh send no tel ke emel kemangkuk@gmail.com ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emai ada kat atad tu Wa...

      Bercuti kat China mmg agak murah... bila Wa nak ke sana lagi...

      Delete
  14. china zoo cakep yua kak bisa lihat panda

    ReplyDelete
  15. ooookay !!! yang ni i issss so jeles okay PLM !! aaaa nak panda jugak..
    tak ada ke tempat kat China yang boleh peluk panda ??? baby panda ke.. pegang ke.. aaagh geram !!

    panda tidur ada gaya okay..

    ReplyDelete
  16. best kat China ni sebab semua murah.. entrance tu bunyi macam mahai tapi lepas convert still murah..

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...