Dari Masjid Niu Jie kami teruskan perjalanan untuk ke Silk Street pula. Sebenarnya Silk Street ni adalah sebuah pusat beli belah yang bersambung dengan stesyen Yoganli di laluan satu. Ikut exit A untuk ke sini. Silk street ini boleh dianggap sebagai pusat beli-belah yang agak standard dan yang datang ke sini kebanyakannya adalah orang asing. Walaupun namanya Silk Street, tapi ada banyak kedai lain yang menjual pelbagai jenis barangan.
Laluan untuk ke Silk Street dari stesyen Yoganli.
Kedai Jameelah yang jadi tumpuan orang Malaysia dah bertukar nama jadi Jamiah Shop.
Pemiliknya masih orang yang sama.
Kedai cenderamata.
Kedai pakaian.
Kedai alat solek.
Kompleks Silk Street dari luar.
Tak besar mana pun kompleks nya.
Jam enam lebih tapi macam dah malam sangat.
OR sempat menempah cermin mata yang siap dalam 2 jam. Jenuh menunggu sampai kegelapan. Dari sini kami terus balik ke hotel sebab dah kelaparan. Sempat menyinggah ke Masjid Dongsi yang terletak berhampiran hotel penginapan. Dua tiga hari asyik lalu di hadapannya tapi tak sempat nak singgah. Jadi kita orang sesaja singgah untuk tengok keadaan di dalamnya. Senang esoknya nak buat tempat transit sebelum ke airport.
Pintu masuk utama.
Di pintu masuk ini ada seorang pakcik yang menjaganya. Kami minta kebenaran untuk masuk tapi disangkanya kami nak menumpang bersolat. Siap dibukakan lampu di bilik berwudhuk. Masa itu sudah melepasi waktu isyak di Beijing.
Ruang selepas bilik pengawal.
Menara masjid. Bangunan solat berada di hadapannya.
Masa berjalan balik terjumpa dengan penjual kebab ini. Hari sebelumnya penjualnya adalah perempuan. Mungkin yang ini adaalh suaminya. Sempat membeli lagi untuk buat penyendal perut. Padahal kami nak singgah ke restoran halal yang terletak di sebelah hotel selepas itu.
Pergh... baunya...
Restoran halal di sebelah hotel.
Restoran Yang Shi diberi nama.
Boleh buat pesanan guna buku menu atau tunjuk je gambar yang di dinding.
Lamien dan nasi apa entah... tapi sedaplah juga.
Makanan kemestian bila ke China.... sate kambing. Tapi yang ini agak kurang umph jika dibandingkan dengan sate kambing jalanan yang saiznya lebih kecil.
Makanan kami pada malam itu.
sate dia ..saiz jumbo
ReplyDeleteYang dalam restoran memang agak besar satenya sebab penyucuknya besi...kalau yang di jalanan guna seakan lidi...
Deletesaya emo bila pi silk market tu...harga dia letak kemain mengarut...pastu cakap macam nak bergaduh je rasanya kan...hehehe alaaaa sedapnyaaaa kedai makan tu...rindu la pulak!hehehehe!
ReplyDeleteHarga kat situ memang tak logik... tapi boleh tawar sampai 10 peratus dari harga asal... macam FM dari 35 yuan boleh dapat 5 yuan je...
DeleteSepanjang saya di sana cuma sekali je makan di situ... makanannya kira boleh tahan juga...
bestnyer...tgk deretan kedai tu penuh dgn cenderahati jer..mau siap duit je tu kan
ReplyDeleteTapi kalau ke situ hati kena kering macam penjualnya juga. Tawar seberapa rendah yang boleh... kekadang memang dapat...
Deletebila tengok makanan tu, terus lapar!
ReplyDeleteRen singgah sini jam 12 lebih memanglah nak nak masuk waktu makan...
Deletelamien tu..mee tarik ya?
ReplyDeleteYa betul Ujie... mee tarik yang di masak berkuah camtu...
DeleteSetakat yang saya perasan, kalau geng PLM makan kat kedai makan kat sana, diorang tak ambil order minuman eh? Teringin nak tengok minuman-minuman yg ada kat sana..
ReplyDeleteDia orang memang tak ambil pesanan untuk minuman kecuali kita minta... tu yang ada pun cuma minuman botol made in China en Zul... Beberapa restoran di bandar lain yang pernah saya masuk... memang macam tu lah caranya...
Deleteadoiii..nape lah saya tak terpergi ke silk street tuh?
ReplyDeleteBoleh Syieda mengulang lagi ke Beijing... pergilah lain musim...
Deletedah macam tu rupanya silk street tu ye.. pegi tahun 2001 dulu tu macam lain. macam kat luar2 je..
ReplyDeleteSemua dah kat dalam kompleks dan nampak macam tempat mahal... padahal boleh je tawar gila2...
Deletetak sempat pergi silk street masa beijing trip 2013. macam best je nyoping situ haha
ReplyDeleteKalau ada AA sale lagi nanti boleh rembat tiket ke sana... takde hal punya...
Deleteuihh satay dia menarik perhatian sungguh.. berapa kos tu sepinggan? teringgin nak pi china satu hari nanti nak shopping hehe
ReplyDeleteIni sate versi restoran Bobo...a gak besar... harga 5 yuan secucuk. Kalau yang di jalanan punya lebih kecil dan sedap...
Deleteagak sepi juga silk street itu ya Pak Mie. ngak banyak pengunjung.
ReplyDeletesate kambingnya gede-gede, makan 10 tusuk sudah kenyang kali ngak usah pakai nasi tuh Pak Mie.
Yang datang ke sini kebanyakannya pelancong asing... harga barangan agak tinggi. Tapi sebenarnya boleh ditawar hingga 10 peratus dari harga asal kalau berani...
DeleteMemang mengenyangkan malah tidak habis dan dibungkus...
huwaaaaa PLM banje gambar sate kambing tu aiseh.. menggodaaaanya !!!!! kijam.. hahaha..
ReplyDeletesronok heh shopping kat Silk Street.. semua ada. murah2 ke harga souvenirs kat sini ? ke ada spot lain yang lebih murah ?
Tak guna ke China kalau tak pekena sate kambing...kih3... Barang kat Silk Street tu agak mahal cuma kena berani tawar hingga ke harga yang tak logik pun kekadang boleh dapat...
Deletememang saja je PLM ni goda nak suruh pegi China balik =P
ReplyDeleteSilakan CT ke China lagi... lain destinasilah...
Deletewah minat betul dengan satay kambing ye Mie...mana pergi mesti carik satay kambeng..ha..ha..
ReplyDeleteSate kambing ni jadi satu kemestian kalau ke China Nekcik...mabeles...
DeleteBanyak ke shopping silk tu Mie..Jameelah tu mmg famouslah ..dari dulu lagikan.. tapi sate kambing tu memang sedap dan murah je kalau kat China.
ReplyDeleteKita orang jarang nyoping sebenarnya bila jalan=jalan... yang penting dapat sampai ke sesuatu tempat. Sate kambing China memang sangat ohsem wa...
Deletekeren habis gannn
ReplyDeletedisumatran ada juga niii
https://www.youtube.com/watch?v=1kQJaJ5-lGU
famous Kedai Jamiah..ramai pelanggan...
ReplyDeleteMungkin jadi terkenal sebab ramai orang buat ulasan dalam blog... terutama dari Malaysia...
DeleteKedai Jameelah dah tukar jadi Jamiah...layout kedai dan design di dalamnya juga berubah. Dulu kedainya agak sempit, tapi kini dah luas dan lebih tersusun barang-barangnya. Lokasinya dulu depan kedai sutera tetapi nampak gayanya lokasinya pun berubah.
ReplyDeleteSaya masih kenal pemilik kedai ini seperti yang ada dalam gambar di sini, dalam blog saya pun ada gambar dia.
Wah! Lamien dan sate kambing dah jadi kegemaran keluarga Mie :)
Ada kemajuan nampaknya kedai tu... mungkin ramai orang Malaysia yang datang ke kedainya.
DeleteKalau ke China tak makan lamien dan sate kambing... memang sangat rugi rasanya...