Tuesday, January 12, 2016

Autumn in Beijing Pt 9 - Fragrant Hill

Hari ini hari terakhir kami di bumi Beijing. Penerbangan baliknya agak lewat iaitu pada jam 2.30 pagi. Tak banyak tempat yang kami nak pergi hari ini. Jadi pagi ini baru sibuk berkemas barang-barang kerana terpaksa check out hotel sebelum bergerak keluar.

Jam sepuluh kami keluar selepas siap-siap simpan beg di stor hotel dan destinasinya ialah Fragrant Hill atau Xiangshan. Untuk ke sini laluan subwaynya sama macam nak pergi ke Summer Palace iaitu berhenti di stesyen Beigongmen di laluan empat. Dari sini perjalanan diteruskan dengan menaiki bas. Perhentian basnya terletak bertentangan dengan pintu keluar stesyen Beigongmen di seberang jalan.

Tempat berbaris khas untuk ke Fragrant Hill bagi bas bernombor 331 dan 696.

Bila dah berbaris tak perlu risau nombor bas yang kita perlu naik sebab semua bas akan berakhir di tempat yang sama walaupun nombornya lain. Bas akan diisi sepadat mungkin, jadi jangan haraplah nak dapat tempat duduk. Kalau dapat kira nasiblah. Nasib baik perjalanan cuma ambil masa lebih kurang setengah jam. Apa yang paling bagus tambangnya sangatlah murah iaitu cuma dua yuan seorang. Tempat turunnya ialah di perhentian terakhir.

Kenapa nak pergi ke Fragrant Hill ni? Katanya di sinilah "The best place to see autumn leaves" mengikut posting di Travel China Guide. Tapi sebenarnya kita orang agak cuak sebab musim luruh pun dah hampir di penghujungnya. Kita tengoklah nanti...

Tempat perhentian terakhir bas.

Sempat menyambar beberapa batang kayu selfie kat sini buat souvenir. Yang best di pemegangnya siap ada button untuk ambil gambar. Jadi tak perlulah nak set timer. Murah pulak tu cuma 10 yuan saja.

Bila nak ke sini kena siapkan kaki tu, sebab kena berjalan lebih kurang satu kilometer secara mendaki untuk sampai ke pintu masuknya. Tapi kalau jalan perlahan-lahan OK je sebenarnya.

Banyak kedai di kiri kanan jalan sepanjang laluan ke sana.

Antara yang boleh dibeli untuk dimakan ialah buah berangan.

Sudah menghampiri tempat kaunter tiket.

Berhenti di kawasan parkir. Di sini ada tandas awam yang agak bersih. Bolehlah kosongkan pundi-pundi dulu sebelum naik ke atas.

Kaunter tiket. Tiket masuknya cuma 10 yuan.

Agak ramai orang pada hari itu. Di sebelah kanan terletak kaunter tiket untuk cable car.

Harga tiket cable car di sini agak mahal, 100 yuan seorang untuk perjalanan sehala yang mengambil masa lebih kurang dua puluh minit untuk sampai ke puncak bukit.

Mengapa cuma sehala? Kerana kita boleh pilih untuk menapak bila turun kerana ada disediakan laluan yang agak selesa. Cuma agak mengambil masa sikit.

Fragrant Hill cable car.

Tak terlalu tinggi jaraknya dari tanah.

Pokok-pokok yang berubah warna daunnya masa autumn sengaja ditanam disepanjang laluan.

Banyak bangku yang kosong walau pengunjung agak ramai, mungkin sebab mahal. Sebelumnya tiketnya cuma 60 yuan.

Tapi dah tak berapa cantik.





Puncak pertama. Cable car cuma berhenti di puncak kedua yang boleh kita nampak di hadapan.

Laluan yang disediakan jika memilih untuk berjalan.



Di kawasan puncak bukit. Kesian pokok ini kena buli sebab tak ada daun yang cantik


Naik atas pun tak nampak apa-apa sebab berkabus memanjang.


Terjumpa dengan dua orang pelajar BFSU tajaan JPA yang membuat pengkhusan dalam Bahasa Mandarin. Dari diaorang kami tahu yang tiket cable car tu cuma untuk sehala. Memang respek dengan diaorang ni sebab masa datang ke sini pengetahuan tentang tulisan China mereka adalah zero. Selepas tiga tahun di BFSU sudah hampir tiga ribu karakter yang dapat dihafal.

Kedai-kedai souvenir di puncak bukit.

Laluan untuk turun naik.

Sempat menunggu beberapa jam di atas dengan harapan kabus akan berkurangan tapi nan hado. Masa nak turun bodyguard kami secara sukarela nak turun ikut laluan. Mula-mula berat juga nak bagi sebab takut susah nak jumpa nanti. Rupanya sampai di bawah hampir kurang sama. Jimat 100 yuan di situ.

Pokok-pokok di kawasan bawah lebih cantik.


Yang merah...

Yang kuning...

Yang oren...

Di Beijing masa ni musim buah delima agaknya. Buahnya pun besar berganda dengan yang ada di tempat kita. Sempat beli perahan jus delima tulin tanpa dicampur air. Cuma 5 yuan sebotol.

 Untuk pulang semula ke stesyen Beigongmen kena naik bas di stesyen bukan di tepi jalan.

25 comments:

  1. buah delima tu mmg byk juga masa sy pi...ada la merasa sekali...hehehe

    ReplyDelete
  2. sama la ...hujung tahun di thai pun ada jual delima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi rasanya taklah sebesar yang di China NR..

      Delete
  3. cantik juga autumn foliage disini...tak tinggi sangat cable car nya, takle gayat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masa peak autumn rasanya lebih cantik. Cable car tu memang sedang elok je...tapi return tiketnya 200 yuan...mahal...

      Delete
  4. Ramai org ya.... kalau saya memang kompom x larat nak menapak PLM.. memang la naik cable car..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu hari Sabtu... agak ramai orang. Cable car memang pilihan terbaik untuk naik ke atas... tapi kalau turun mungkin OK sikit kot...

      Delete
  5. Cantik view musim luruh. Murah jus delima tuh. Masa saya pegi time summer musim buah peach sebiji 1-2 yuan, besar dan manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. View boleh tahan juga... jus tu memang murah... kat sini jus fresh macam tu ada juga nampak kat pasar tani tapi berbelas ringgit harganya...

      Delete
  6. Harap dapat ke Bejing buat kali ke 2...dulu pi sana tahun 2003...dah lama sangat tu..keadaan mesti dah berubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tu en Din... memang boleh sangat kalau nak mengulang...

      Delete
  7. Pokok yang kena buli itu digantung dengan kepingan merah, rasanya untuk meminta sesuatu. Perkara kurafat ini sama seperti yang saya saksikan semasa di Cyprus. Lihat entri saya bertajuk "Petra tou Romiou: Mandi Bogel Malam Jumaat Untuk Awet Muda."

    Di Bukit Wangi ni orang sentiasa ramai, terutama musim luruh. Daun-daun merah lebih banyak pada pertengahan musim luruh. Semasa saya pergi dulu, terlalu awal, jadi daun merah tak banyak lagi. Cuma dapat bawa balik daun maple merah yang telah dilaminasi :) Tapi penat giler naik bukit tu...tak larat saya...saya pergi dengan orang muda terpaksalah menapak sikit-sikit, kesian pulak orang muda tu sebab terpaksa ikut rentak orang tua he..he..he..

    Beruntung Mie dapat melihat banyak perkara yang saya tak dapat tengok..Saya tak pernah jumpa delima tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula sampai di sana hampir akhir musim luruh... Alhamdulillah masih agak cantik pemandangannya cuma berkabus. Wah maknanya NA mendaki naik ke atas.... pergh hebat... saya turun naik ambil cable car je sebab sayang lutut... hehe. Kebetulan masa tu musim buah delima agaknya...

      Delete
  8. kalau saya naik cable car macam tu if pakai selipar/sandal jenis sauk, harus tanggalkan dulu pastu simpan dalam beg.. takut tercabut dari kaki. macam tu otak saya memproses keadaan kalau kaki duk tergantung dan berayun, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu cuaca sejuk jadi memang tak pakai sandal pun. Selalunya kalau ke tempat bercuaca panas memang saya bawa sandal... lebih senang. Tapi cable car yang di sini rendah je... taklah risau sangat...

      Delete
  9. naik cable car tu, menarik juga boleh tengok pemandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu... boleh jimat tenaga dan masa juga...

      Delete
  10. kalau CT yaaa 100Yuan pun bayar.. tak kuasa nak mendaki ahahaha.. tapi a ahla PLM.. pokoknya tak ada uuumph sngt.. mungkin peak season dah berlalu kan.. foliage nyaa da kesenduan.. tapi better than nothing..

    sejuk sangat ke berkabus tu.. ehehe.. kawan CT dulu amek course Mandarin jugak tapi kat Hangzhou..

    aaaa air delima tu 5Yuan saja ?? nangeh la cemni.. CT beli kat Korea 5000Won T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiket cable car tu utk return hampir RM130 padahal taklah jauh sangat... Mungkin lokasinya kat tanah tinggi jadi autumnnya cepat sikit... tu yang sendu je... pastu sejuk yakamat...

      Murah sesangat air delima tu... kat Msia ada juga tapi sampai RM12...kat sana RM3 je..

      Delete
  11. kalau naik n turun guna cable car.. 200Yuan la sorang ?? pengshaaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tiga orang...dah dekat RM400 tu... memang mahal gila...

      Delete
  12. kiranya kalo musim lain mcm spring takde cherry blossom ke? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti... mungkin ada tapi rasanya tak secantik di Jepun dan Korea...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...