Monday, September 28, 2015

Sejam di Danok dan lain-lain tempat yang sewaktu dengannya.

Ini cerita masa hari raya yang lepas. Masa tu kita orang turun ke Perlis sebab ada satu majlis ahli keluarga di sana pada keesokan harinya. Oleh kerana sampai agak awal nak check in hotel pun belum boleh lagi. Jadi kita orang bercadang nak masuk ke Danok, Thailand sekejap.

Proses kat imigresen Malaysia agak lancar. Kenderaan kita orang tinggalkan di kawasan bebas cukai Bukit Kayu Hitam. Bagi yang cuma nak ke kawasan bebas cukai, ikut laluan paling kiri semasa melalui kawasan imigresen.

Kawasan bebas cukai Bukit Kayu Hitam.

Kakak Siam tolong isikan borang putih. Pastu dia siap boleh tiru tanda tangan kita lagi. Semuanya ditanggung beres.

Ada terbaca dalam blog, beritahu lebih senang suruh orang isikan borang putih sebelum menyeberangi sempadan. Rupanya borang ada berlambak kat kawasan imigresen Thailand. Semua free saja. Terbang dua belas hengget suruh kakak Siam tu tuliskan untuk enam pasport.

Masa di imigresen Thai, jangan lupa selitkan RM2 untuk setiap pasport!!! Sudah jadi tradisi. Kepimpinan melalui teladan. Waktu balik pun macam tu. Tak ada resit pun. Maknanya duit tu akan masuk poket dia orang. Bayangkan berapa banyak dia orang pungut dalam tempoh sebulan. Tak usik gaji beb...

Berjalan ke kawasan Imigresen Thailand, cuma kira-kira 300 meter dari kawasan bebas cukai.

Beratur di kawasan imigresen Thailand. Agak ramai orang di sini tetapi kebanyakannya meneruskan perjalanan  ke utara bukan untuk ke Danok.

Sabar menunggu.

Cuaca memang agak panas pada hari tu. Masa tengah berbaris ada seorang makcik tak tau warga negara mana potong barisan kita orang. Dalam hati kata tak apa lah sebab cuma seorang. Rupanya dia cuma mengambil posisi. Masa dia sampai di kaunter tiba-tiba ada hampir sepuluh orang berkerumun kat dia sambil menghulurkan pasport. Mahu tak hangin masa tu. Siap kena sound lagi. Nasib baik semua tak menjawab. Kalau tak memang makcik tu sorang sajalah yang boleh lepas dulu.

Kalau tengok dari pasport  dia orang nampaknya sebahagian adalah warga Malaysia dan selebihnya warga Thailand. Mungkin mereka ada tali persaudaraan, cuma dipisahkan oleh negara yang berlainan.

Masuk ke negara Thai.

Pekan Danok terletak betul-betul selepas imigresen Thai.

Kompleks imigresen Thailand.

Kedai-kedai di pekan Danok.

Banyak bahan kudapan di sini.

Buah-buahan segar.

Selain mangga dan longan yang popular di sini, buah sentul pun ada juga.

Harga jualan ialah dalam Thai Baht. Tapi bila bayar boleh guna duit Malaysia. Kalau harganya THB100 sekilo dia orang akan minta RM12. Siap beritahu duit kita dah turun. Hampeh betul...

Lori berbaris untuk masuk ke Malaysia.


Hari yang amat lengang di Danok. Mungkin masa itu kebanyakan orang masih bercuti hari raya. Cuaca pun amat panas berdenting. Rasa macam tak ada apa istimewanya pekan Danok ni kecuali kehidupan malamnya bagi sesetengah orang.

Selapas lebih kurang sejam berada di Danok kita orang pun balik semula ke sempadan. Kita orang cuma membeli dua kg kacang gajus yang memang jauh lebih murah harganya di sini dan juga sedikit buah-buahan.

Cuma sejam saja di Danok? Buat penat je. Tak apa yang penting ada cop kat pasport. Hehe...

Melepasi sempadan Thailand.

Berjalan semula ke kawasan bebas cukai.

Selamat datang ke Kedah, Malaysia.

Sampai semula di kawasan bebas cukai. Bayaran parking cuma seringgit saja.

Masa balik melalui imigresen Malaysia setiap orang dikenakan bayaran sebanyak enam puluh sen, Pelik juga ni... kenapa ada bayaran. Tapi memang ada dikeluarkan resit. Maknanya bayaran itu memang bukan masuk poket dia orang macam di Thailand.

Check in di hotel yang terletak di Arau.

Acara petang itu ialah melepak dalam bilik dan tidur ganti. Keluar dari rumah pagi tadi ialah pada jam 4 pagi.

Bangun tidur terus datang ke sini. Kedai ini dibuka mulai jam 6 petang. Kira makan untuk dinner sekali.

Embun Dingin Corner diberi nama.

Dapurnya guna arang. Bahagian tengah untuk memanggang.

Makanlah sebanyak mana yang mampu.

Bayarannya cuma RM15/pax. Air pelbagai perisa disediakan. Boleh isi semula dan minum sampai kembung.

Keesokan harinya selepas majlis kita orang makan di Restoran Yasmeen yang terletak di pekan Arau. Kalau mengikut aturcara majlis untuk sesi pagi, ada makan tengah hari disediakan sebelum sesi disambung pada sebelah petang. Rupanya disediakan untuk VIP saja. Hampeh kan.. Kalau dinyatakan dengan jelas tak payahlah kita orang tertunggu-tunggu sebab ada perkara lain yang perlu diselesaikan sebelum balik.

Restoran Yasmeen di pekan Arau. Beratur panjang untuk makan tengah hari.

Nasi seakan nasi minyak tapi bukan. Lauknya cuma ayam goreng tanpa sayur bagai. Kos cuma RM4 sepinggan. Tapi memang sangat sedap.


Pilih minuman ikut selera masing-masing.

Licin...

Selesai makan kita orang teruskan perjalanan. Ada yang cadangkan supaya singgah di Pulau Pinang. OK lah kita masuk sebab dah lama tak menyinggah di sana. Masuk ikut jambatan lama. Rupanya di bahagian pulau jalan sesak gila-gila punya. Banyak buang masa atas jalan raya. Ingat nak singgah di Padang Kota Lama untuk pekena pasembor tapi tak menjadi. 

Bosan punya pasal, akhirnya kita orang cari jalan keluar untuk ke jambatan kedua. Terjumpa satu medan selera tepi laut menghadap Pulau Jerejak selepas Queensbay Mall. Rasanya macam di kawasan perindustrian Bayan Lepas. Alhamdulilah ada beberapa kedai makan yang sudah dibuka. Kebanyakannya masih ditutup sempena cuti panjang hari raya.

Keluar dari pulau sudah hampir jam sembilan malam. Jadi kita orang ambil keputusan untuk transit di Batu Gajah, Perak di rumah BIL. Kebetulan keesokannya kita orang masih lagi bercuti. 

33 comments:

  1. saya tak bagi.....tunggu dia minta. kalau hati kering buat-buat tak paham...hahhaha
    tapi kalau kanak-kanak dia tak minta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... tak terfikir pulak... saya main bagi terus je...

      Delete
  2. hari tu tak kena caj 60 sen....mungkin sebab berkereta, En mie jalan kaki ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk ke Bukit Kayu Hitam dan melepasi imigresen kita orang memang berkereta, begitu juga waktu balik. Caj 60 sen tu memang tak pernah ada orang cerita...jadi memang agak pelik sikitlah..

      Delete
  3. oo..best jugak eh aktiviti camgini, pergi perlis masuk danok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau macam takde hala tuju pun bosan juga... lagipun duit Msia tengah rendah...haish..

      Delete
  4. bro kena check out blog saya mengenai Kaedah masuk Siam dulu sepatutnya.... bleh bawak kereta lagi mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang sengaja tak mau bawa kereta sebab cuma nak menyeberang sempadan saja. Leceh nanti nak kena ambil insuran bagai...

      Delete
  5. dah lama benor last sampai padang besar..lepas ni boleh lah jalan jalan dalam malaya ni dan sewaktu dengan nya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah nanti kalau Nekcik ke Padang Besar lagi... bolehlah menyimpang ke Bukit Kayu Hitam dan Ke Danok sekali..

      Delete
  6. Oh pekan Danok itu suasana malamnya yg asyik ya Pak Mie ? Salah pilih waktu dong Pak Mie. Harusnya malam hari ke Danoknya ya ?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kebanyakan kota di Thailand waktu malamnya lebih hidup... tapi untuk aktiviti yang kurang sihat. Saya tak mahu terlibat... sebab saya ni ayah mithali mas Gunadi... hehe

      Delete
  7. yang penting dapat cop passport kan ? bukan famous ke makanan2 kat Danok tu..
    pulut mangga la pulut ayam la.. ehehe.. tu famous asam jawa =P

    tak suka bekas stimbot macam tu.. tak puas nak bakar.. elok dah masak jatuh tenggelam dalam sup..

    tulaaa PLM datang penang tak hello2 CT.. kalo dak boleh banje ikan bakar.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah CT... tak jumpa pulak makanan yang CT sebutkan tu... lagipun jalan2 ke sana cuma nak membunuh masa je..

      Stimbot versi paling murah macam itulah gayanya CT... janji kenyang... hehe

      Memang tak plan nak masuk Penang sebenarnya...tapi termasuk...

      Delete
    2. CT x confirm.. mcm penah bace je org ke Danok makan sedap sedap.. ceq tak sampai pun sana lagi.. xdak geng..

      tak murah jugak sebenarnya.. kat kawasan rumah ni ada kedai buat stimbot bekas macam tu.. kejap je lepas tu dia tukar guna bekas leper.. kan seeenang ^^

      Delete
    3. Mungkin sebab weols sekejap saja kat sana.... tak sempat nak explore terutama tempat makan2...

      Delete
  8. geramnya nengok buah dia.. lelagi pelam tu.. nakkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah-buahan kat sana memang mengancam... biotech dia orang agak maju...

      Delete
  9. terror kakak Siam tu tiru tandatangan orang lain..hehe..

    makanan di Perlis still murah lagi dan sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pro dah dia tu... hehe

      Makanan masih lagi murah banding kat Lembah Klang.. dan sodap...

      Delete
  10. Salam pak lang mie. Nk tnya sket... klu ke guangzhou area mna best duduk? Beijing lu ke? Best tu in terms of public transport nya, kedai mknan halal, shopping n other attractions.

    ReplyDelete
  11. Dulu saya stay di kawasan Beijing Lu. Ada restoran halal.. stesyen subway pun dekat pastu boleh jalan kaki je ke jeti untuk night cruise... Cuma shopping kena pergi tmpt lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok... lg satu, google map x blh access kan sana? Jd plm pkai apa ya? Terima kasih...hehe

      Delete
    2. Saya cuma guna subway map...siap2 print. Lokasi cari kat google map...pun siap2 buat kat Msia juga... lagipun saya cuma 2 hari di Guangzhou...

      Delete
  12. Best jugak sambil sambil ada urusan menyeberang sempadan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dicuba Man... bila ke utara nanti..

      Delete
  13. Saya pun baru balik Dannok...lebih mudah suruh Makcik Siam isikan borang masuk tu. Di Imigresen kami selitkan seringgit je...bukan 2 ringgit...tapi sepanjang hari di sana hujan, jadi tak boleh nak ke mana--mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... kali ke berapa agaknya NA ke sana... Saya sebenarnya tidak punya banyak masa untuk meninjau keseluruhan pekan Danok tu... mungkin lain kali...

      Delete
    2. Banyak kalilah jugak sebab tak jauh dari Penang. 2 jam 1/2 dah sampai.

      Delete
  14. pandai kakak siam tu buat duit pastu pegawai imigresen tu aduh!!!! Sampai mati mkn x habis kalau rm2 seorang, mesti kalau dh keje kat kauntrf tu mesti dh x nk tukar tempat lain, untung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kayo pegawai imigresen Siam... gaji tak payah usik pun... hehe

      Delete
  15. Ttg bg duit rm2 tu no komen sebb semlm keluar danok tak kena pun....msk melalui hatyai pun tak kena byr jg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sekarang dah berubah atau sebab ramai orang komplen kot... baguslah kalau macam tu...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...