Thursday, September 3, 2015

Perth, Western Australia Pt 9 - Rottnest Island

Hari ini adalah hari kelima kami di Perth sebelum balik pada keesokan harinya. Aktiviti hari ini ialah meronda di Rottnest Island. Kami keluar agak lambat sikit kerana feri yang akan kami naiki hanya berlepas pada jam 9.30 pagi dari B Shed di Fremantle. Perjalanan dengan kereta api ke Fremantle cuma mengambil masa lebih kurang setengah jam saja. Bas dari tempat penginapan kami pun sangat menepati masa dan memang tiada traffic jam.

Roe Street Bus Station. Sebelah kanan tempat turun dan disebelah kiri tempat naik bas.

Perth Station berhampiran Roe Street bus station.

Orang pun tak ramai. Memang Perth ni bandaraya yang tenang.

Simple je tiket kereta api di sini.

Tiket kereta api dari Perth Station ke Fremantle. Fremantle berada di zon 2. Mana-mana stesyen yang berada dalam zon 2 tiketnya ialah AU$4.40. Tiket ini sah laku untuk dua jam. Maknanya jika kita balik semula ke Perth sebelum tempoh dua jam, tiket ini masih boleh digunakan lagi. Kalau mengikut tiket di atas, kami beli tiket ini pada jam 7.46 pagi.

Makcik kat sebelah tu offer untuk ambil gambar kami berempat.

Kereta apinya pun  tak sepanjang seperti di Korea atau Jepun.

Stesyen Fremantle, stesyen terakhir bagi laluan ini.

E Shed tempat kami singgah membeli cenderamata pada hari pertama di Perth.

B Shed, lokasi terminal untuk feri ke Rottnest Island terletak bertentangan dengan E Shed.

Kaunter tiket, tapi kami sudah beli secara online.

Brosur Rottnest Island. 

Feri sampai tepat pada masanya.

Feri dua tingkat ini boleh membawa hampir seratus orang.


Tambang feri ini ialah AU$60 return dan bayaran masuk ke pulau AU$17. Jumlahnya AU77/pax. Agak mahal. Macam tak berbaloi kerana kami cuma berada di sana selama 4 jam saja kerana trip baliknya pada jam 2.10 pm. Lainlah kalau kita menginap di sana.

Menghampiri jeti Rottnest Island.

Sampai di jeti Rottnest Island atau panggilan manjanya Rotto.

Burung ini menyambut kedatangan kami.

Pusat Informasi Rottnest Island.

Bangunan bersejarah.



Sebelum sampai di sini kita orang memang sudah putuskan cuma akan pergi ke kawasan utara pulau ini di mana terletaknya Bathurst Lighthouse dan windmill. Cuma itu kawasan yang dapat di capai jika kita cuma berjalan kaki dalam tempoh beberapa jam di sana. Ada di sediakan perkhidmatan penyewaan basikal tapi OR pulak tak pandai nak kayuh. Bas pun ada tapi tiketnya AU$39 seorang untuk tempoh 90 minit mengelilingi pulau ini.


Bathurst Lighthouse.


Longreach Bay Beach di bawah lighthouse.

Tak ada sorang pun mandi di sini. Cuaca agak sejuk pada masa itu kerana sudah hampir penghujung musim gugur.


Batu kapur yang agak rapuh. Ada banyak papan tanda melarang kita berdiri hampir di  tebing terutama di kawasan tinggi.



Quokka adalah diantara penghuni pulau ini. Sejenis haiwan marsupial sekumpulan dengan kangaroo, wallaby, koala dan wombat.

Boleh jumpa di mana-mana dan sangat jinak.

Rumah penduduk tempatan. Pulau ini mempunyai penduduk tetap cuma lebih kurang seratus orang.


Satu-satunya windmill di sini.

Agak jauh lokasinya dan terpaksa mendaki bukit untuk nampak lebih jelas.



Lunch yang ditapau dari apartment.


Balik semula ke jeti. Feri dah siap menunggu.

Kesimpulannya, bagi orang yang punya masa terhad di Perth, tak perlulah untuk ke Rottnest Island. Kos untuk ke sini juga agak mahal. Tarikannya pun cuma pantai yang boleh didapati di negara kita. Lebih baik gunakan wang lebihan yang ada untuk shopping dan makan-makan, ye dak...

30 comments:

  1. Cantik betul viewnya kan.... memang awsome untuk pencinta alam....lagi satu tak de pun bangunan tingi-tingi kat Perth ni kan Mie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik terutama pantainya... Ada juga bangunan tinggi di Perth ni, tapi tak banyak macam di KL...

      Delete
  2. Replies
    1. Memang ohsem Azra dan kalau dapat menginap di situ lagi best.. boleh explore semua bahagian pulau...

      Delete
  3. Replies
    1. Next trip bolehlah en Din ke Perth pulak...

      Delete
  4. Cantik view!
    Saya mmg tak sampai la kot..tumpang baca pengalaman en.Mie je lah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja Ujie sampai sini satu hari nanti... cuma empat jam lebih je dari M'sia...

      Delete
  5. Huyuh besarnya tikus tu...eh silap nama dia Quokka. Cantik juga ye view kat pulau ni, tak sempat pegi dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spesis macam kangaroo quokka ni tapi sekali pandang macam tikus besar... Cantik pulau tu tapi kalau tak bermalam.. macam tak berbalui...

      Delete
  6. simple tiketnya..yelahh, tiket akan dibuang juga...tenang sungguh pulau tu..penduduk pun 100 org je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila nohas ke Perth bolehlah ke sini... dan cuba menginap di sana...

      Delete
  7. Indah sekali pantai nya. Langitnya sangat biru. Saya sangat suka pemandangan pantai dengan langit yang sangat biru. Pertanda udara masih sangat bersih, pak Mie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan hari itu cuacanya sangat baik... memang di Perth dan keseluruhan Western Australia nampak macam tiada pencemaran...

      Delete
  8. Woaahhhh best best.. Nanti kalau nak pi Perth boleh refer sini kan..

    ReplyDelete
  9. chantek kann rottnest island tuu., hehe2
    2006 dlm ingatan ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama Wak ke sana tu... sekarang ini rasanya lebih cantik...

      Delete
  10. Dah lama tak singgah.. tup2 dah ke australi dia.. bestnya.. cantik2 gambo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah Australia ni jadi destinasi percutian Yan seterusnya... memang best macam negara maju yang lain... bersih dan cantik...

      Delete
  11. cantik pulau tu...nampak putih je bangunan dia...tenang je rasa tengok pantai dia...kalau dekat Malaysia ni mcm kelam dgn manusia gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan terjaga pulau tu... Orang tak ramai mungkin disebabkan bukan hujung minggu. Lagipun kos ke sana agak mahal...

      Delete
  12. cantiknyaaaa !!! cantiknyaaa !! time CT search tempat kat Google Maps.. wondering..
    betoi ke air laut jernih sngt.. isk.. bila dah sampai.. okay.. memang layak dari Google Maps
    lagi dapat nampak..

    mandi berenang kuak lentang isk.. kalau dah sampai tu buat je.. tapi takot tetiba
    nampak sirip menjelma =P ada ke PLM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langit yang biru tanpa jerebu... itu yamg membuatkan pantainya nampak lebih cantik kot... Rasanya pantai2 kat pulau kita pun setanding dengan pantai kat sana...

      Tapi pantai kat Ostolia ni popular dengan jerungnya...tak bolehlah nak kuak lentang sangat...kang kena ngap tak pasal2...hehe

      Delete
  13. Cantik! Terutama sekali di atas bukit batu kapur tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik tapi kos untuk ke sana agak tinggi. Kalau sesiapa nak ke sana dicadangkan untuk menginap... baru sempat nak menjelajah sekeliling pulau tu...

      Delete
  14. okay.. Rottnest Island tak boleh masuk itinerary.. mahai mahai!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat mahal CT... lebih RM200 seorang... guna untuk shopping lagi bagus...

      Delete
  15. Dengan rate sekarang telah menjadi RM234.06 (20 Jun,2016). Mahal kan, cuma 4 jam. Kalau saya 4 jam memang tak cukup....tak tentu arah dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak mahal dan rasa tak berbaloi ke sana...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...