Friday, August 7, 2015

Perth, Western Australia Pt 6 - Giant Ram Park, Wagin & Malibu Apartment

Keluar dari bandar Katanning lebih kurang pada jam dua petang. Kalau memandu terus ke Perth masa yang diambil ialah lebih kurang tiga jam. Tapi ada satu tempat lagi yang kami nak singgah iaitu di Giant Ram Park yang terletak di bandar Wagin, 55 km ke utara Katanning. Sebelum sampai di Wagin kita akan menempuh pekan kecil Woodaniling terlebih dulu.


Cuaca agak redup tengah hari itu.

Seperti biasa pokok-pokop eucalyptus menemani perjalanan.


Menghampiri pekan Wagin.


Selain lembu dan biri-biri, gandum juga merupakan salah satu hasil keluaran di sini. Terdapat silo-silo menyimpan gandum yang terletak berhampiran stesyen keretapi. Di sini juga terdapat hasil pertanian lain seperti barli, oat dan canola.

Sampai di Wagin wetland di mana terletaknya Giant Ram Park.


Giant ram yang ada di sini merupakan binaan serupanya yang kedua terbesar di hemisfera selatan. Mempunyai ketinggian 13m, lebar 6m dan panjang 13m. Siap sepenuhnya pada bulan September 1985 dan telah menjadi ikon utama bandar ini.







Kalau dapat sewa caravan macam kat belakang tu best juga rasanya, tak payah cari hotel.

Taman ini sesuai dijadikan tempat berhenti seketika dalam perjalanan. Ada kemudahan bilik air dan meja untuk makan.

Perjalanan diteruskan dalam hujan renyai.

Sampai di bandar Perth hampir waktu maghrib.

Tempat penginapan untuk tiga malam lagi di Perth.

Apa yang best tentang Malibu Apartments ialah kita tak perlu jumpa dengan tuannya untuk check in. Kunci di tinggalkan di gril pintu bersama dengan kod nombornya yang diberikan melalui email. Jadi kalau nak isi ramai orang pun rasanya tak ada masalah sebab dia orang cuma akan datang pada waktu pagi hari terakhir kita di sana untuk mengambil kunci. Kedudukannya pun tak begitu jauh dari pusat bandar Perth. Perkhidmatan basnya pun cekap dan mengikut masa. Dan yang paling bagus, bas di sini mengenakan caj cuma sehala. Biasanya tambang dikenakan masa kita naik dari pusat bandar, tapi bila kita nak ke bandar tiada tambang yang dikenakan.

Bas yang melalui kawasan ini ialah bas Transperth bernombor 15.




Boleh melepak dan tidur di ruang tamu yang agak luas.

Bahan makanan yang sempat ditambah masa di Katanning.

33 comments:

  1. wooooah.. kat taman tu mmg ada patung tu je ke ? tp mmg cantik la surrounding kat situ..
    yep rumah tu memang osem.. boleh sumbat ramai2 tanpa orang cek bestnya hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu je yang ada tapi antara yang terbesar di Australia. Persekitaran pun bersih dan cantik. Memang sesuai sangat buat tempat berehat seketika.

      Apartment tu kalau nak sumbat sepuluh orang pun boleh...hehe

      Delete
  2. Check in tak perlu ketemu pemilik apartement. Kunci ditinggalkan begitu saja. Aman bener di sana pak Mie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mas Gunadi... tapi kuncinya ada kod khas yang diberikan melalui email... jadi hanya tetamu apartment saja tahu...

      Delete
  3. Bagusnya apartment macam ni..boleh sumbat ramai-ramai. Memasak pun senang. Berapa sewanya semalam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best tapi kenalah senyap2 sikit. Saya pun patutnya bertiga saja masa booking tapi sorang join saat akhir. Sewa semalam AU$110 je...

      Delete
  4. mcm kat US..Malibu...lengkap apartmentnya, banyaknya stock mee segera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat US tempat mewah tu... tapi aptnya memang OK.. lengkap semuanya...

      Stok kenalah tambah... makan luar sekeluarga mahal wei...

      Delete
  5. Best lah leh sumbat reramai kat bilik.. owner x marah .. jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya owner tak tahu sebab kita pun self check in... tapi kalau kantol pasrah je lah bayar extra...

      Delete
  6. Replies
    1. Haah en Din... tersenarai binaan seumpamanya yang kedua terbesar di sini...

      Delete
  7. Bila la nak berpeluang nak pergi ke australia ni. Hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Offer AA masih ada tu... bolehlah rembat... lama lagi tu utk tahun depan... sempat lagi menabung...

      Delete
  8. Giant Ram di Wagin tu kan PLM cuma ada satu je..then park nya? x ada apa yg menarik pun..so kalau ke Perth boleh exclude eh tempat ni ke mcm mana?

    *tempat berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan tempat ini dalam laluan balik ke Perth dari Kattaning... jadi singgahlah sekejap...

      Delete
  9. Menarik!!! tambang sehala je...kalau mcm tu kalau nk ke Pusat Bandar is FREE..katakan hari ni dari pusat bandar bayar one way tiket so esoknya kalau nk ke pusat bandar is FREE camtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss betul JM... camtulah. Mula-mula macam tak percaya... tapi memang tak payah bayar...

      Delete
  10. bestnya kalau stay di apartment mcm ni lebih jimat pastu boleh masuk ramai, memasak dan membasuh...itu maggie bekalan dari Msia or Katanning?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu JM... memang tak sangka kita boleh check in sendiri... kelengkapan pun cukup. Ration tu kita orang tambah sikit masa di Kattaning...

      Delete
  11. Giant ram tu sebijik dgn yg sy jumpa di nz dulu..cuma size dia lbih kecik...hehe amboi stok megi jelas kelihatan di situuu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini diiktiraf binaan kedua terbesar... tak tahu yang pertama di mana... Megi tu penting terutamanya bila malam2 mengadap TV...

      Delete
  12. salam..sy nk tny la...sy akn ke sana in shaa Allah end of this yr...tp dlm group famili yg agak ramai..14 org..so bleh suggest x mne nk tggl..hrga berpatutan..klu amik apartmnt silap2 mau 3 bilik tu...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...Wah ramainya rombongan. Kalau ramai biasanya memang apartmentlah yang sesuai. Kalau nak ambil bilik, banyak tu kosnya. Dulu saya stay di Malibu Apartment. Apt satu bilik dengan ruang tamu yang agak luas. Self check in... jadi memang tak berurusan dengan tuanpunya. Jadi bolehlah isi ramai sikit dalam satu apartment tu. Apt sebilik tu sebenarnya untuk 3 orang, tapi saya isi 4 orang. Mungkin puan boleh ambil 3 apt. untuk ahli rombongan seramai 14 orang tu. Kosnya masa tu AU$110 semalam utk satu apt.

      Delete
  13. Mie tu boleh plan pergi dgn geng tu apartment pun macam budget jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bisa di atur... apartment pun memang luas dan cukup semua kelengkapan...

      Delete
  14. Dulu dah pernah baca...kembali lagi ...pasal kena perlu khatam betul2..nak perth tak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ en Din... tapi ada banyak lagi blog lain yang lebih ohsem... saya punya picisan saja...

      Delete
  15. kat sini ada provide kan tilam extra tak?

    ReplyDelete
  16. Assalam..nk tanya..kat sini ada provide tilam extra tak?

    ReplyDelete
  17. Assalam..nk tanya..kat sini ada provide tilam extra tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada... tidor atas sofa je afau bentang cadar kat dpn tv...

      Delete
    2. Tiada... tidor atas sofa je afau bentang cadar kat dpn tv...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...