Tuesday, July 28, 2015

Perth, Western Australia Pt 5 - Orang Melayu Katanning

Sementara menunggunya masuk waktu zuhur, kami bergerak semula ke bandar Katanning. Bandar ini sederhana besarnya dan banyak bangunan lama yang cantik dan tersusun. Bandar ini juga mempunyai stesyen kereta api yang menghubungkannya dengan Perth dan Albany di selatan.

Sampai di bandar, kami parking kereta di hadapan sebuah bank. Tiada bayaran parking dikenakan.

Federal Hotel, bertentangan dengan sebuah bank.

Pejabat Pos Katanning







Kami berjalan perlahan-lahan sambil ambil foto dalam udara yang nyaman. Tapi disebabkan ada tertinggal barang, kami balik semula ke kereta. Sebaik sampai di kereta, ada sebuah kereta merah masuk parking betul-betul di belakang kereta kami. Bila pemandunya keluar, dia dah tersenyum. Memang rezeki kami dapat berjumpa orang Melayu lebih awal di sana. Dia nak ke bank kerana nak keluarkan duit pencen katanya.

Masyarakat Melayu Katanning di sini asalnya tinggal di Pulau Cocos dan Krismas dan dibawa ke sini untuk bekerja di pusat penyembelihan di sekitar Katanning.

Macam-macam yang diceritakan. Dari awal dia pindah ke Katanning lebih 40 tahun dahulu hingga kemalangan jalan raya yang di alami hingga menyebabkan isterinya jadi lumpuh. Memang ramah sungguh. Siap ajak datang ke rumah. Nampak bahagianya dia bila dapat berjumpa dengan orang yang serumpun dan seagama dengannya. Bahasa Melayunya juga masih sangat bagus. Ada campuran slanga Bahasa Melayu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Mengikut kata Pak Kadir, kebanyakan orang Melayu generasi muda lebih suka bekerja di luar Katanning terutamanya di bandar Pelabuhan Port Hedland yang terletak di bahagian utara wilayah Australia Barat ini kerana menawarkan gaji yang agak lumayan. Seorang juruteknik boleh mendapat gaji sehingga AU$3000 untuk tempoh dua minggu.

Pakcik Kadir yang kami jumpa.


Sebenarnya kami memang ingin sangat hendak melihat rumah dan cara kehidupan dia orang. Rasa menyesal pula sebab tidak dapat memenuhi pelawaannya kerana bimbangkan perjalanan kami yang masih panjang untuk ke Perth.

Sebelum berpisah sempat kami bertanya dengan pakcik Kadir tentang restoran Chicken Treat yang ada di sini. Mengikut pembacaan, restoran ini menyediakan makanan berasaskan ayam yang halal. Pakcik Kadir mengesahkannya kerana terdapat agak ramai komuniti muslim di sini. Pakcik Kadir juga beritahu kami ada sebuah kedai runcit yang menjual barangan halal milik orang Melayu di sini. Terdapat juga sebuah café yang di jalankan oleh orang Melayu tempatan dan di modalkan oleh orang Malaysia yang terletak di jalan yang sama dengan Restoran Chicken Treat. Tapi kami tak sempat singgah.

Restoran Chicken Treat.

Mini shopping complex, Target Country yang terletak di belakang Restoran Chicken Treat.

Norni Trading, kedai runcit barangan halal yang terletak dibahagian belakang di dalam Target Country.

Stesyen kereta api bandar Katanning.

Rel kereta api yang melalui tengah-tengah bandar.

Bandar yang sangat aman. Tak nampak sebuah motorsikal pun yang lalu.

Terjumpa lagi pakcik Kadir bersama jirannya di kedai Norni. Siap belanja keropok lagi. Kita orang sempat juga menambah stok makanan di sini.

Woolworths supermarket di sebelah Restoran Chicken Treat.



Sebelum balik semula ke masjid, kami beli sedikit makanan tengah hari di sini. Kami double check dengan pekerjanya mengenai status halal.

Surat mengenai bekalan ayam halal yang ditujukan kepada ketua komuniti Melayu di sini, encik Alep Mydie.

Makan di perkarangan masjid.

Masa ini sudah menghampiri waktu zuhur. Tak lama selepas satu persatu kereta masuk ke kawasan masjid. Kesemuanya kurang sepuluh orang termasuk orang Pakistan. Cepat-cepat kami makan. Azan cuma dilaungkan di dalam masjid.

Agak luas juga masjid ini.

Sebahagian penduduk yang sudah masuk.

Ruang sebegini ada di bahagian kiri dan kanan masjid.

Selesai solat barulah kami dapat berjumpa dan berbual sikit.

Tiga orang ini saja yang ada. Yang lain terus balik sebab ada yang masih bekerja.

Hampir jam dua petang kami meninggalkan bandar Kattaning.

Terasa amat puas hati kerana dapat berjumpa dengan sebahagian daripada orang Melayu di sini.

42 comments:

  1. lengang sgt pekannya, En. Mie..kebanyakan yang tinggal di sini dari golongan veteran atau macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lengang sangat pekannya Zilla. Semua generasi ada di sini. Cuma orang pertengahan umur lebih suka bekerja di luar mengikut kata Pakcik Kadir.

      Delete
  2. Waaa baca entry mcm tpnggil plk nkpi perth...mnarik btol dt jupe or melayu kt sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri pun sangat teruja bila dapat bertemu dengan orang Melayu di sana. Bolehlah DJ ke sana nanti... sebab agak mudah pemanduan di sana...

      Delete
  3. Bertuah betul Mie dapat berjumpa dengan orang Melayu yang berasal dari Cocos Island atau Pulau Kelapa. Walaupun pulau ini di dalam Australia, majoriti penduduk Cocos Island adalah orang Melayu, bercakap Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Saya menonton dokumentari Cocos Island ini dalam rancangan Getaway semasa saya tinggal di Australia. Sebelum ini Cocos Island adalah milik Singapura tetapi telah dijual kepada Australia apabila Singapura dikeluarkan dari Malaysia.

    Cantik tempat ini dan kelihatan tenang (mungkin juga 'pace'nya agak 'slow' - berdasarkan gambar)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bersyukur sangat dapat berjumpa dengan pakcik Kadir tu. Cuma agak kesal tidak memenuhi undangannya, sebab dia bersungguh benar menjemput ke rumahnya.

      Pekannya agak tenang sebab kebanyakan pekerjaan adalah di luar kawasan. Tapi pekannya cukup dengan semua kemudahan walaupun semuanya nampak macam slow...

      Delete
  4. waahhh terasa kembali zaman dulu pekan ni ye PLM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu John...kebanyakan bangunan di sini bersenibina lama dan tak nampak ada bangunan baru yang dibina. Sesuai untuk shooting filem cowboy...hehe

      Delete
  5. Replies
    1. Apa kurangnya dengan tempat kita en Din... lagipun yang sempat datang ke masjid cuma orang yang dah pencen...

      Delete
  6. Replies
    1. Taklah begitu ramai... mengikut pakcik yang saya temui, ada lebih kurang 40 keluarga Melayu di sini...

      Delete
  7. Alhamdulilah..ada kedai runcit dan restoren halal memang satu rahmat dan nikmat apabila berada jauh dari kampong laman kaan Mie..especially bila dapat masuk masjid..rasa sayu di hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nekcik... Katanning ni kena jejak kalau jalan2 ke Western Australia sebab ada banyak kemudahan untuk orang Islam...

      Delete
  8. Salam... Follow & bookmark blog ni untuk tips jalan2

    ReplyDelete
  9. bagus owner Chicken Treat tu, memahami kehendak pasaran..mereka selalunya ada integriti, walk the talk, takde tipu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nohas...jadi sesiapa yang pergi ke Perth, tempat ni kena masuk senarai...rugi kalau tak singgah...

      Delete
  10. Mie.. best jugak sekali sekala dapat pergi town yang lenggang. Ada satu hotel je ke kat situ? Mana tahu kan di masa akan datang ada peluang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang teramatlah lengangnya bandar Katanning ni. Ada beberapa hotel lain tapi semuanya agak mahal dan nampak eksklusif. Mungkin ada yang lebih murah, cuma tak boleh di booking secara online...

      Delete
  11. wahh tenang aman dan damai sungguh... kemudahan pun ok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... yang lebih menyenangkan kemudahan untuk orang Islam siap tersedia...

      Delete
  12. bestnyaaaa.. jumpa orang islam kat sana ^^ best lagi kalo dapat duduk sana terus mcm diorang.. migrate.. bestnya.. merah mak ngah sungguh kapet masjid tu hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best jumpa orang Melayu Australia yang masih bercakap Melayu dan masih mengekalkan agamanya.

      Wah CT ada cita2 nak migrate ke... tak payahlah sian mak ayah...

      Karpet masjid mengingatkan saya masjid2 di China...

      Delete
  13. Tenang nyer tempat ni....best kalau dapat duduk tempat macam ni...hujan emas di negara orang...buat apa stay kat hujan batu kan...hahahaahaaa.....Info terbaikk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu en Deen memang best... Tapi bagi dia orang yang di bawa masuk ke sana berpuluh tahun dulu, Australia ni dah jadi tanah air mereka...

      Delete
  14. bagi alamat kat email saya... Khairuddinlim@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. Tenang dan aman je bandar Katanning..dah pencen nanti nk berhijrah ke sana lah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga tu JM... senang nanti bila kita orang nak ke sana. Sekurang2nya dah ada tempat menginap... hehe

      Delete
  16. sy teringin nak berhijrah ke Australia.. nak meniaga makanan Dan tgl di sana..tp sy xthu mcm mana cara sy nak bergaul,berjumpa dgn org melayu yg boleh bantu sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba masuk ke facebook Melayu Katanning ni... https://www.facebook.com/IslamicAssociationOfKatanning/?fref=ts

      Delete
  17. Naramas.. jumpa awak lg kat blog ini. Lama tak ikut kisah pengembaraan kamu. Cuma sampai bila nk dpt tengok muka yg sentiasa dilindungi..

    ReplyDelete
  18. di masjid Kattanibg ada buat korban pada hari raya haji?

    ReplyDelete
  19. Abdul Halim...email halim3108@gmail.com

    ReplyDelete
  20. di masjid Kattanibg ada buat korban pada hari raya haji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Abdul Halim... saya pasti diaorang ada buat ibadah korban tu...

      Cuba masuk ke Facebook diaorang... boleh buat pertanyaan di sana :

      Malay Association of Katanning

      Delete
  21. Assalamualaikum. Saya adilah, wakil student Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). InsyaAllah, awal tahun depan kami akan mengadakan program di Katanning. Boleh ke nak mintak contact number untuk dapatkan apa2 maklumat? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam adik Adila... Sebenarnya saya ke sana cuma sebagai pelancong... jadi info yang saya ada semuanya ada di sini. Kalau nak berhubung secara lebih berkesan cuba masuk facebook mereka seperti link di atas. Mungkin lebih banyak info boleh didapati dari mereka...

      Selamat menjejaki bumi Katanning...

      Delete
  22. Terbaik blog ni...boleh saya jadikan refference nanti...
    casabayafana.blogspot.com
    yahya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog tuan pun sangat best... saya dah masukkan dalam bloglist..

      Delete
  23. Assalam , saya sedang mencari orang melayu yang tinggal di australia untuk bntu saya dan rakan2 menjelajah di perth. ada suggestion???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... Cuba masuk website ini... http://homestayzperth.blogspot.my/ mungkin dapat membantu....

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...